6 tahun kemudian~~
Dia sedang menghirup udara segar. Lelaki berkulit putih itu sedang membaca sebuah buku novel. Dia membaca di sebuah pondok kecil rumah keluarganya. Nyaman dan selesa.
"Little munchkin,"
Satu panggilan datang dari belakang. Lelaki berkulit putih itu berpaling, dia tersenyum melihat seorang lelaki berbaju hitam. Lelaki berbaju hitam itu sedang berjalan sambil membawa dua biji cawan air milo buatan Puan Niami.
Lelaki berbaju hitam itu meletakkan dua biji cawan itu ke atas papan pondok. Dia naik. Dia duduk bersila di sebelah lelaki berkulit putih.
"Mak you buatkan," kata lelaki berbaju hitam itu. Aridh Adzriel. Kaca mata dibetulkan.
"Thanks, you" balas lelaki berkulit putih itu dengan segaris senyuman.
Mata Aridh dikecilkan. Dia melihat baju yang teman lelakinya sedang pakai. Kuning?
"Ehh? Ni bukan baju aku ke?"
Mata Ryane Naufal membulat. Lelaki itu tersengih seperti kerang.
"Perasan ehh? Haah.. baju kau," balas Naufal.
"Macam mana kau dapat?" soal Aridh mahu memukul belakang teman lelakinya.
"Haa.. elok sikit ehh. Mama bagi," ucap Naufal lalu menjelirkan lidah pada lelaki berkaca mata di tepinya itu. Pukulan daripada Aridh tergendala.
Lelaki itu mengeluh. Dia mencapai secawan air milo lalu meneguknya. "Asal mama nak bagi dia pulak?" omel Aridh seorang diri.
"Sebab mama sayang aku," jawab Naufal. Dia dapat mendengar apa yang Aridh katakan tadi. Dia tersenyum riang lalu menyambung membaca buku.
"Nasib, comel," detus Aridh.
Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajah mereka berdua.
"You ingat tak waktu pertama kita jumpa?" soal Ryane Naufal. Dia bersila di atas pondok. Novelnya diletakkan ke tepi. Mata Aridh berkerut.
"Ingat. Dekat dalam kelas,"
Sebelah kening Naufal terangkat. Dia menggeleng beberapa kali. Dahi Aridh makin berkerut.
"Dah tu kat mana?"
"Dekat tandas kat padang, masa tu you lalu pergi stor sukan,"
Mata Aridh Adzriel terbeliak. Dia tidak percaya. Selama 6 tahun berkenalan, barulah waktu ini dia tahu perkara itu."Wait, so youlah lelaki baju kemeja putih dalam tandas tu?"
Naufal mengangguk. "So, kita ni boleh kira cinta pandang pertamalah,"
Mereka berdua gelak serentak. Sekali lagi wajah mereka berdua ditampar angin nyaman. Aridh mencapai sesuatu dari poket seluarnya.
"Nah," ucap Aridh aambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku itu.
"Apa ni?" soal Ryane Naufal sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca diletak ke tepi.
"Tape," jawab Aridh Adzriel . Dia menatap wajah lelaki di sebelahnya itu dengan tenang. Baju berwarna kuning dipakainya. Dia memakai cermin mata berbingkai hitam.
"Kenapa tak voice ke? Vid ke? Kan senang,". Lelaki yang mendapat pita rakaman itu mengomel. Dia membalas pandangan teman lelakinya itu dengan penuh tanda tanya. Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Anak Datin Lyane Rose itu senyum sebentar sambil melepaskan pandangan ke hadapan. Dia melentokkan kepalanya ke atas bahu lelaki yang mendapat pita rakaman itu
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...