Tanpa sedar air mata Aridh jatuh. Begitu juga dengan Ryane Naufal. Tangannya mengusap kedua belah tangan Naufal. Cuba memenangkan teman lelakinya itu.
"So.. after that I stay with my dad. Dulu tak paham sangat apa yang jadi, tapi sekarang I sedar what actually happen. Dia buatlah perkara yang tak senonoh dengan I, sesuka hati dia," sambung Naufal. Dia mengesat air matanya dengan lengan baju panjang hitam yang dipakainya.
Naufal cuba tersenyum, menguatkan diri. Hidung lelaki itu merah digosok.
"And because of that I harm my self. Sebab tu I cut myself. Sebab I rasa jijik . Sebab I rasa hina. Sebab tu I trauma. And sebab itu juga I selalu pakai lengan panjang. Malu dengan luka yang ada,"
Naufal bangun dari katil. Dia pergi ke hadapan sliding door yang menjadi penghadang untuk ke balkoni. Air mata sekali lagi dilap.
"I know, you mesti rasa I ni jijik. Sebab I dah tak virgin. It's fine kalau you taknak dengan I dah,"
Tiba-tiba pelukan erat memeluk pinggang langsing Ryane Naufal. Aridh menyium leher teman lelakinya.
"I terima you sebab, I sayangkan you. Bila I terima you, maksudnya I terima segala baik buruk you. I tak bodoh untuk tinggalkan you," bisik Aridh.
"You're my little munchkin," sambung lelaki itu.
Aridh menyingsing lengan baju Naufal. Nampak pelbagai luka lampau teman lelakinya itu. Perlahan dia mencium kawasan itu.
Naufal dan Aridh tersenyum. Mereka mencium satu sama lain. Melepaskan cinta mereka.
"Sebab tu I rapat dengan D. D selalu tolong I and lindungi I. Dia yang tolong I pindah sekolah you," terang Naufal.
Mereka membuka sliding door itu. Masing-masing menghirup udara malam. Tenang. Air mata dilap.
"Your father doesn't deserve three of you," ungkit pemain hoki itu.
"Yeah, what to say," balas putera kepada Niami Angeline itu.
"Now it's my turn to tell you my story,"
Naufal memandang wajah Aridh.
"I ada abang dulu. Nama dia Arif Adzriel. Kami memang rapat. Sangatlah rapat sampai waktu dia pergi kerja I selalu menangis, sebab taknak dia pergi. Tapi..
Satu hari tu waktu I form 1, dia tak balik. Puas I tunggu, tapi dia tak balik-balik. Malam tu, mama dengan papa baru nak buat report polis, tapi pihak polis sampai dulu kat pintu rumah ni.
Diaorang bagitau abang I dah takde. Dia mati kena bunuh dengan orang lain. Sejak tu, I jadi pendiam. I cuba happykan diri depan mama dengan papa je. I pun teruskan kumpul koleksi barang antik untuk dia. Sebab tu jarang I rapat dengan orang," terang Aridh panjang lebar.
Naufal sudah berada di sisi mengurut lembut belakang pemain hoki itu. Nafas mereka berdua lancar. Tidak lagi menangis mungkin kerana diri sudah tenang.
"Abang you kerja apa?" tanya Naufal.
"Dia kerja bodyguard," jawab Aridh.
Suasana senyap seketika. Angin malam bertiup di telinga mereka. Damai.
"Feeling much better?" lelaki berkaca mata itu bertanya.
"Yup,"
Kawasan tidak jauh dari situ~~~
Ada dua orang lelaki memandang ke arah balkoni tingkat atas sebuah balkoni itu. Mereka berdua memakai baju hitam yang mempunyai corak bintang merah. Konco Bintang Merah.
"Mereka dekat rumah Dato' Aqwan Adzriel," kata salah seorang lelaki.
"Kita inform Abang Daus dengan Abang El dulu," balas seorang lagi.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...