Pagi itu semua pemain hoki yang terlibat dalam Pertandingan Hoki itu sedang berkumpul di dalam dewan. Akhirnya semua telah selesai. Majlis penutupan pertandingan itu berakhir dengan jayanya.
SBPXXX mendapat tempat pertama dalam kategori atas 15 lelaki dan perempuan. Manakala naib johan pula jatuh kepada SMK Baiduri. Juara keseluruhan pertandingan ini semestinya SBPXXX. Cikgu Baharom bangga sekali dengan pencapaian kali ini.
Sekarang para pelajar serta guru-guru dan sukarelawan PBSM sedang menunggu tibanya bas-bas mereka untuk mengambil mereka. Kemudian pulang ke negeri dan lokasi masing-masing.
Aridh, Naufal, Najwan, Syakir, D dan Ikris sedang duduk dalam satu bulatan. Mereka berbual-bual seketika menunggu waktu bas SMK Baiduri tiba.
"Thank you so much sebab sudi tengokkan dan jaga Naufal sepanjang dia duduk sekolah sini," ucap D. Dia melemparkan senyuman kepada para lelaki di situ.
"Our very pleasure," jawab Najwan wakil kepada Aridh dan Syakir. Ketiga-tiga lelaki itu mengangguk.
"BAS SMK BAIDURI!"
Pengumuman itu kedengaran. Lantas D dan Ikris bangkit dari duduk. Ikris mendahului D bersalaman dengan 4 pelajar lelaki SBPXXX.
"Aku pergi dulu," bisik Ikris pada telinga D. D membalas dengan anggukan.
Mikail Ikris mendahului ke pintu keluar dewan. Dia mengetuai beberapa kumpulan pelajar dari sekolahnya. Turut ditemani beberapa orang guru.
Tinggal D sahaja pelajar SMK Baiduri di situ. Dia merapati Naufal. Satu pelukan erat diberi kepada lelaki itu. Dia melepaskan segala rindu.
Rezeki dia dapat menyertai program kali ini. Rezeki dia juga dapat berjumpa kembali dengan sahabat karibnya dari kecil. Ryane Naufal.
Satu kertas kecil diberi dalam tapak tangan Naufal. Dahi lelaki kulit putih itu berkerut.
"Apa ni?" tanyanya.
"Nombor aku. Bila kau ade phone nannti, save nombor ni. Anything happen I mean ANYTHING happen just ring it. Help will come," jawab D lalu sekali lagi tersenyum.
Lelaki yang pendek dan berisi itu berpaling pula kepada Aridh, Najwan dan Syakir. Dia menunduk sedikit kepala. Tanda hormat.
"Maafkan aku dan Ikris selama kita kenal. Maaf atas perangai kitaorang pada korang. Harap dapat kosong-kosong lepasni. Especially waktu kita jumpa kat hospital haritu," ucap D.
Mata ketiga-tiga pemain hoki itu terbuntang. Mereka tidak beritahu lagi Naufal akan pertemuan mereka dengan D dan Ikris semasa di Hospital Jendayu. Nasib Syakir sudah tahu akan hal ini.
"Don't worry. D dah cerita," potong Naufal. Lelaki yang lain menghembus nafas lega.
"Yeah, maafkan salah silap kitaorang jugak," Aridh bercakap wakil sahabatnya yang lain.
Sekali lagi, Danny Flynn Handerson itu menunduk hormat. Dia tersenyum lagi. Haih pemurah betul budak ini.
"Till we meet again," kata D sebelum berlalu keluar dewan. Dia sempat melambai kepada para sahabat barunya sebelum hilang di balik pintu keluar dewan itu.
"Till we meet again," ucap Naufal lalu bangkit dari duduk. Dia perlu menolong mengemas dewan pula selepas ini. Aridh, Najwan dan Syakir juga bangkit.
Bas SMK Baiduri~~
"Aku dah bagitahu Fatin," kata Ikris.
"Bagus, sekarang masa untuk kita bertenang. Naufal berada dalam jagaan yang terbaik. Fatin akan masuk campur tak lama lagi," balas D lalu melentokkan kepalanya pada bahu bidang Ikris.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...