CH6: Ku keliru

611 37 20
                                    

Petang itu, Aridh bersama Najwan dan Syakir bercadang untuk bermain futsal. Aridh mengikat tali kasut sukannya lalu menuruni tangga. Dia melihat jam tangannya, sudah pukul 5.00 petang. Dia bergegas ke tapak futsal kerana Syakir dan Najwan sudah menunggunya di sana. 

 Sewaktu menuju ke sana, dia ternampak Naufal sedang dikelilingi oleh beberapa orang pelajar tingkatan 5. Rasa ingin tahu mula menguasai diri. Dia tertanya-tanya mengapa Naufal dikerumuni oleh pelajar tingkatan 5.  Dia meneliti wajah pelajar-pelajar itu. 

" Zakwan, El, Riz, Aaron... ni exco-exco pengawas. Kenapa  diaorang cakap dengan budak tu?" bisiknya sendirian. Dia menghampiri kawasan itu. Lelaki itu bercangkung di sebalik semak yang tebal. Dia mahu mencuri dengar apa yang mereka bualkan tetapi jarak mereka terlalu jauh. 

" Ragging ke ni?" soalnya lagi sekali. Dia sebagai seorang pelajar yang berada di sekolah ini sejak tingkatan 1. Dia memang sudah  biasa dengan hal ini. Dia sendiri menjadi mangsa ragging ini. Peristiwa yang dia tidak akan lupa. Selama ini dia tidak pernah kesah tentang mangsa-mangsa ragging, tetapi dia tidak tahu kenapa kalini dia rasa berbeza. Dia rasa ingin  tahu. Rasa melindungi? Rasa sayang? 

"Kesahlah dia tu," kata pemain hoki sekolah itu. Dia cepat-cepat kembali ke dalam kawasan asrama. Konon baru keluar asrama. Kononnya.. Dia buat muka bodoh sambil menuju kembali ke lokasi asalnya. Tapak futsal. Kesian Najwan dan Syakir kena tu nggu mamat sorang ni. 

Naufal terpandang Aridh yang 'baru' sahaja keluar dari asrama. Dia rasa tidak senang. Dia mengalihkan pandangan ke arah 4 individu di hadapannya. 

Zakwan, pelajar pertama yang dia kenal di sekolah ini. 

Aaron, exco disiplin yang tegas. Seorang pemuda yang berdada bidang dan rambut yang disikat rapi. 

El, exco kebersihan sekolah ini. Pemurah dengan senyuman, tetapi otaknya agak nakal. Tidak kesah kepada lelaki ataupun perempuan. Rupanya kacak dengan badan yang sederhana kurus. 

Akhir sekali, Riz exco akedemik. Seorang yang pendiam, tetapi mempunyai idea yang bernas setiap kali pendapatnya diminta. Mereka semua ialah exco tertinggi SBPXXX ini dan tinggal di dalam satu dorm yang sama. 

"Urmm.. Zakwan, aku pergi dulu. Aku nak mandi. Takut lewat sangat nanti," pinta Naufal sopan. Zakwan memberi pandangan yang redup kepadanya. Dia mengangguk perlahan, memberi kebenaran untuk Naufal kembali ke dormnya. Naufal mula mengemas apa yang patut lalu berjalan menuju kembali ke asrama. 

Setelah Naufal menghilang ke dalam asrama, Zakwan mengerutkan dahinya sambil menebarkan pandangan ke arah tiga rakannya itu. Dia rasa tidak puas hati. 

"Korang nak buat apa dengan dia?" soal dia terus. Jelas seperti tindakan exco-exco yang lain tidak digemari olehnya. 

"Aku tahulah aku nak buat apa dengan dia," balas Aaron. Dia menyilangkan tangan di dada lalu duduk di atas kerusi batu, tempat Naufal duduk sebentar tadi. 

"The f*ck? Asal kau kesah pasal dia?.. Kau suka dia ehh?" Giliran El pula bertanya. 

"Mana ada!" balas Zakwan pantas. Suaranya ditinggi sedikit. El tersengih. 

"Tak salah pun... Aku tengak muka dia pun...," El membuat eksperi gatal. Lidahnya menjilat bibir yang agak kering. Mata Zakwan membulat. Dia terkejut mendengar kata-kata El sebentar tadi. Walaupun dia sudah masak dengan perangai El yang miang daun keladi itu, dia rasa tidak senang melihat kawannya berkata demikian kepada Naufal.

"Kalau boleh semua orang kau nak bantaikan El?" soal Riz pula setelah sekian lama mendiamkan diri. Soalan itu diikuti ketawa perlahan. Mungkin dia perasan perubahan ekspresi muka Zakwan. El, Aaron dan Riz ketawa terbahak-bahak di situ. Zakwan hanya mengikuti ketawa itu dengan tidak ikhlas. 

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now