CH20: Siapa?

394 21 24
                                    

Aridh masih memerhati Naufal dari jauh. Lelaki berkulit putih yang sedang dilihatnya itu, sedang sibuk berborak dengan seorang lelaki. Cermin mata Aridh dibetulkan.

Berkerut dahi pemain hoki SBPXXX itu. Mahu sahaja dia pergi ke situ dan menarik Naufal pergi. Akan tetapi, Naufal yang mahu masa bersendirian dengan 'sahabat' lamanya itu. Sudah lama tidak berjumpa katanya.

Mereka sekarang berada di ruang kantin pelajar. Si Ikris itu pula boleh bersenang duduk di sebelah D. Lelaki berbadan kurus dan tegap itu khusyuk bermain dengan telefon pintarnya. Boleh pula Ikris itu ada di situ.

Air kotak Milo yang sudah habis diminum Aridh digenggam erat. Keluar baki air pembekal tenaga itu.

"Tengok apa tu?" tanya satu suara di belakang Aridh.

Pemain hoki itu menoleh ke belakang. Najwan dan Syakir sedang mejongkitkan kening mereka beberapa kali. Mereka tersenyum melihat sahabat satunya itu. Syakir sedang memeluk leher Najwan. Najwan pula sedang menyilangkan tangan di dada.

"Tak tengok apa pun," betah lelaki berkaca mata itu. Dia menghampiri dua sahabat dia itu.

Syakir memanjangkan leher sedikit ke arah Naufal. Rakan sekelas Syakir Tyler Lee itu sedang sibuk berbual dengan D sambil ditemani Ikris.

"Kau cemburu ehh?" tanya Syakir.

"Aku.. aku..,"

Ayat Aridh tidak dapat dihabiskan. Jelas sangatkah dia sedang cemburu. Serentak Najwan dan Syakir ketawa terbahak-bahak. Lucu melihat reaksi sahabat mereka.

"Tak payah nak tipulah, Aridh Adzriel oiii. Jelas sangat," potong Cyrill Najwan. Dia meminta buah hatinya melepaskan pegangan pada leher.

Pengawas tingkatan 4 itu menghampiri sahabatnya. Dia memegang sebelah bahu Aridh. Syakir merapati.

"Kau cemburu kan?" Soalan yang sama diulang oleh Najwan.

"Ya, aku cemburu," balas Aridh. Akhirnya dia mengaku.

Pemain hoki berkaca mata itu memang tidak suka orang lain merapati Naufal. Inikan pula D dan Ikris. Orang yang pernah bertembung dengan mereka. Dia rasakan ada 'sesuatu' sangat dengan dua orang pelajar sekolah luar itu.

"Aku rasa tak sedap hatilah dengan dua orang mamat tu," luah Aridh.

"Maksud kau?" soalan Syakir kembali.

Mereka bertiga memilih untuk duduk di meja hujung kantin pelajar itu. Tidak jauh dari kedudukan Naufal, D dan Ikris. 

"Yelah, SMK Baiduri tu kat Pahang. Naufal tu mana ada phone nak contact orang. Balik pun call guna public phone. Persoalannya, macam mana Si D dengan Ikris tu tahu Naufal ada kat Hospital Jendayu.

Sekolah kita mana ada bagitahu pihak luar. Parents Naufal pun tak dapat contact. Macam mana dua orang mamat tu dapat tahu dulu?" Aridh Adzriel mengeluarkan persoalan yang lama terbuku dalam hatinya.

Najwan dan Syakir diam. Mereka tidak tahu mahu menjawab apa dengan persoalan rakan mereka itu. Masing-masing menggerakkan otak, mencari jawapan.

"Betul jugak, apa yang kau cakap. Haritu waktu kes Naufal tu, parents dia tak datang melawat pun. Tiba-tiba, D ngan Ikris yang datang," balas Syakir Tyler Lee. Dagu lelaki itu diurut.

Najwan mengangguk. Pengawas sekolah itu meniru perbuatan buah hatinya. Dahi Najwan dan Syakir berkerut. Tidak lupa Aridh.

"So benda ni, yang buat kau rasa tak sedap hati?" Najwan bertanya.

"Yes, precisely," balas Aridh.

"Hmmm.. bila difikirkan balik, aku tak pernah nampak parents Naufal. Dia selalu balik naik bas kan? Parents dia tak pernah ambik dia," aju Syakir. Kapten hoki itu menunjukkan persoalan yang baru.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now