CH28: Tumpang (P2)

377 17 32
                                    

Aridh dan Naufal sedang berjalan bersama-sama menuju ke kelas mereka. Kedua-dua memakai senyuman yang lebar di bibir. Najwan dan Syakir pula sudah jauh di hadapan mereka. Berkejaran.

"Handsome kau pagi ni," kata Aridh.

Kening Ryane Naufal terangkat sebelah. Tersengih sebentar.

"Kau nak apa sampai puji aku pagi-pagi ni?" tanya Naufal.

"Nak kiss," jawab Aridh lalu memuncungkan bibir ke arah Muka Naufal. Naufal mengelak. Dia berlari laju ke hadapan.

Mata Aridh terbuntang. Dia kaget melihat dia berdiri seorang di hujung tangga itu. Naufal sudah jauh berlari ke kelas mereka. Pemain hoki itu mulakan larian.

Naufal sampai di hadapan pintu kelas mereka. 4 SE. Langkah lelaki itu terhenti. Di hadapannya, Tania dan Tahira Tulip sedang berdiri sambil menyilangkan tangan di dada mereka. Pandangan mereka tidak lepas dari Ryane Naufal.

Naufal buat tak kesah lalu memulakan langkah pergi ke mejanya. Tapi totie beg nya disentak dari belakang. Dia ditarik ke belakang.

"Woi, jantan gay," ayat itu keluar dari mulut salah seorang kembar itu. Mata lelaki kulit putih membulat. Gigi diketap.

"Kau dengar tak, akak aku panggil," Tahira pula bercakap.

Mata seluruh kelas itu memandang ke arah mereka bertiga. Perempuan dua orang ini takde keje ke pergi kelas tingkatan 4?  Pergi study SPM lah!

Naufal pusing memandang mereka berdua. Lelaki itu cuba mengukirkan sebuah senyuman.

"Ya apa boleh saya bantu?" soal lelaki itu. Pada waktu ini, Aridh Adzriel baru tiba di kelas itu. Dia terkejut melihat situasi sekarang ini.

"Apa kau buat kat Aridh sampai dia suka kau?" soal Tania kakak kepada Tahira Tulip.

Dahi Naufal berkerut. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh perempuan itu.

"Pardon me?"

"Kau bagi apa kat dia, sampai dia nak dengan lelaki gay macam kau?!!"

"Saya tak bagi apa pun dekat dia. Awak tak payah nak tuduh lebih-lebih,"

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Naufal. Kepalanya terteleng ke kiri. Hampir satu kelas bangkit dari duduk melihat rakan sekelas mereka ditampar begitu sahaja.

Aridh cepat pergi ke sisi Naufal. Lengan lelaki itu disentuh lembut. Mata pemain hoki lelaki itu tajam memandang kembar dua itu.

"Kau tak payah menipu. Kau buat-buat dekat Aridh kan. Sebab tu, dia nak dengan jantan bengkok macam kau kan?!!" Tahira menyambung.

Najwan sudah menggenggam sebelah tangannya. Geram. Syakir disisi meleraikan genggaman itu. Menahan amarah teman lelakinya itu. Syakir Tyler Lee juga sedang marah tetapi sedaya upaya menahannya.

Aridh memegang bahu teman lelakinya itu erat. Naufal memandang lantai. Dia malu satu kelas melihatnya sekarang.

"Jawablah bongok!"

Tangan Tania cuba mencapai tubuh Naufal. Laju tangan perempuan itu dihentikan. Aridh menghalang perempuan itu menyentuh tubuh Ryane Naufal. Tajam pemain hoki itu memandang wajah riak Tania.

"Kau jangan berani sentuh dia, Tania!"

"Apa you ni. Macam mana you boleh confess dengan jantan ni? Dia guna-guna you kan?!"

"Aku memang suka dia lamalah gila! Sejak dia masuk sekolah ni lagi!"

Tania dan Tahira mengetap bibir. Mereka berdua memang sudah lama minat dengan Aridh. Pernah confess tapi kene reject.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now