CH22: Rindu

415 23 8
                                    

Aridh sedang berdiri di bawah khemah. Dia sedang berehat di situ sementara menunggu perlawanan yang seterusnya. Sekarang mereka berada di Turf Hoki SBPXXX 1.

Mata lelaki itu tidak pernah lepas memandang seseorang. Berbaju putih dengan lambang PBSM di dada. Seluar track beserta kasut sukan berwarna hitam menjadi pelengkap. Kulitnya yang putih sudah semestinya akan gelap sedikit. Naufal.

Lelaki sekelas dengan Aridh itu sedang berada di sebelah turf hoki kedua. Di sampingnya ada pasukan PBSM sekolah. Serta beberapa ahli PBSM sekolah luar yang menjadi sukarelawan.

"Kau okey tak?"

Satu soalan hinggap di telinga Aridh. Pemain hoki itu mengenali suara itu. Najwan. Dia menoleh.

Cyrill Najwan sedang menongkat tubuh menggunakan kayu hoki miliknya. Peluh masih bergayutan di dagu pengawas itu. Mata Najwan fokus memerhati wajah Aridh.

"Kau tahu jawapan dia apa kan?" jawab Aridh Adzriel. Nafas dihembus kuat. Bibir lelaki berkaca mata diketap.

Najwan hanya mengangguk faham. Termasuk hari ini, sudah 3 hari Naufal dan Aridh tidak bertegur sapa. Naufal tidak langsung pulang ke dorm mereka.

Hanya Aaron sahaja yang hadir. Itu pun hanya untuk mengambil barang Naufal. Aridh seperti orang lain. Banyak termenung.

Naufal memang sibuk mengurus bahagian rawatan pertandingan kali ini. Langsung mengelak berjumpa Aridh. Malahan Najwan dan Syakir.

"Kau tak cuba cakap dengan dia ke?" soal Najwan lalu bergerak ke sisi sahabat berkaca mata seperti dirinya itu.

"Macam mana nak cakap. Dia selalu lari dari aku, elak aku," beritahu Aridh Adzriel. Lelaki itu memuncungkan bibirnya.

"Maybe dia busy kut. Tunggulah lagi 2 hari, lepas habis pertandingan ni, kau cakaplah dengan dia. Explain apa yang patut,"

"Kau rasa aku boleh tunggu lama tu ke? Tiga hari tak cakap dengan dia ni, naik gila aku,"

"Aku dengan Syakir akan tolong," ucap Najwan lalu menepuk bahu Aridh. Aridh mengangguk.

Naufal, Turf Hoki SBPXXX 2~~~

Naib Pengerusi PBSM SBPXXX itu sedang termenung memandang tanah. Di dalam poket seluarnya terdapat sebuah walkie-talkie. Alat ini digunakan untuk menghubungi anak buahnya yang lain.

Bahu lelaki itu ditolak. Naufal berpaling. Dia melihat D sedang tersengih memandangnya. Di tangan lelaki yang lebih pendek Naufal itu ialah sebuah telefon pintar.

"Kenapa termenung semacam?" tanya D langsung berdiri di sebelah Ryane Naufal. Matanya tertancap ke arah Ikris yang bersemangat sedang bermain di atas turf itu. Senyuman sekali lagi muncul, mata D kembali memandang Naufal. Menunggu jawapan.

"Nothing," balas lelaki berkulit putih itu sepatah. D menjongkit sebelah kening.

"Aku bukan baru kenal kau sehari Ryane Naufal. Now tell me, what's keep playing in your mind?"

"Aku-"

"Argh!"

Laungan itu memotong ayat Naufal daripada habis. D dan Naufal berpaling ke arah suara itu datang.

Seorang pemain lelaki sedang terduduk di atas turf hoki itu. Lelaki itu memegang lututnya. Kecederaan terjadi.

D dan Naufal segera pergi ke lelaki itu. Naufal segera memanggil konco-konconya yang lain untuk membantu. D memandang sekeliling.

"What happen?" soal D.

"Ikris dengan budak tu berlanggar tadi, D," jelas seorang pemain hoki SMK Baiduri.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now