CH2: Berkenalan

926 41 17
                                    

"Kreak...," pintu tandas sekolah Itu dibuka. Keluar seorang lelaki berbaju sekolah putih berlengan panjang. Budak lelaki itu membaiki bajunya agar nampak kemas.

Dia pergi ke sinki putih lalu  memandang cermin di hadapan.
Dibukanya pili air lalu membasuh tangannya dengan perlahan.

"Boleh. Kau boleh,"kata-kata itu dirulang berkali-kali menjadi pemangkin semangatnya. Dia baru sahaja berpindah dari Pahang ke SBPXXX di Selangor.

Suasana di sini sangat berbeza daripada suasana di Pahang. Mahupun kedudukan SBP ini jauh dari bandar, kemewahan sekolah ini sangat terserlah.

Sekadar pemerhatiannya sejak sampai di pondok pengawal yang menjadi pintu masuk sekolah itu. Reka bentuk sekolah ini menarik dan unik. Tiada langsung sampah sepanjang laluannya menunjukkan peghuni sekolah ini semua berintegriti menjaga kebersihan sekolah.

Sekarang dia singgah sekejap di tandas yang berada sebaris dengan laluan masuk tadi. Selepas ini, destinasinya ialah pejabat sekolah ini. Nasib dia sempat bertanya abang pengawal tentang selok belok sekolah ini.

Pili air ditutup. Segera dilapkan tangannya dengan tisu yang disediakan lalu membuangnya ke dalam tong sampah di luar tandas. Langkah disusun lalu berjalanlah lelaki Itu menuju ke pejabat yang berada di tingkat 1 sekolah itu.

~dalam pejabat~

Selepas urusan pendaftaran dengan kerani sekolah, dia kemudian akan diiring oleh seorang sekolah exco pengawas untuk ke asrama menuju ke dorm budak lelaki tersebut.

Dia melangkah keluar dari pejabat. Nampak seorang lelaki berbaju kuning sedang berdiri tegak di belah kanannya. Exco pengawas? Tekanya.

Lelaki berbaju kuning itu menghampiri dirinya.

"Ryane Naufal?"soal lelaki berbaju kuning itu dengan sopan.

Lelaki yang ditanya itu mengangguk.

Lelaki berbaju kuning itu tersenyum kecil. Dia menghulurkan tangan kepada Naufal, lelaki berbaju sekolah putih berlengan panjang.

"Aku Zakwan. Aku exco pengawas tingkatan 5 yang akan iring kau ke asrama harini," ucapnya lagi. Naufal berjabat tangan dengan Zakwan.

'Lembut,' detus hati Zakwan semasa berjabat tangan dengan Naufal yang kulitnya putih dan lembut itu.

"Jom," ucap Zakwan setelah selesai berjabat tangan dengan Naufal. Dia mengangkat satu beg kepunyaan lelaki tingakatan 4 itu yang telah diangkut dari pondok pengawal oleh Naufal sendiri.

Naufal hanya mengangguk lalu menarik beg bagasinya yang bersaiz sederhana. Dia hanya membontoti pergerakan Zakwan.

Sepanjang perjalanan itu, mereka berdua hanya senyap. Zakwan teringin mahu mendengar suara Naufal. Sejak pertama kali berjumpa Naufal, dia tidak pernah bersuara. Hanya lebih suka mengangguk atau menggeleng.

Mereka sampai di hadapan asrama. Zakwan membuka pintu pagar lalu membenarkan Naufal masuk terlebih dahulu. Zakwan mengambil kembali beg Naufal yang diletak diatas simen.

"Alamak!" Satu suara kedengaran di hadapan.

Zakwan cepat-cepat mengembalikan pandangan ke hadapan. Takut dengan keselamatan Naufal yang baru sahaja masuk ke asrama ini. Tapi suara laungannya seperti sudah berumur.

Zakwan terkejut. Di hadapannya Naufal sedang berdiri tegak sambil sebahagian bajunya basah. Nampak badan Naufal yang seksi berotot mahupun dia nampak kurus. Zakwan menelan air liurnya.

"Mintak maaf, nak. Pakcik tak sengaja," satu suara dari tepi mereka kedengaran. Zakwan menoleh. Rupa-rupanya Pakcik Mail yang sedang memegang paip air.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now