Keesokan paginya 6.30 pagi~~
Naufal telah bersiap di awal pagi. Dia mahu mengambil kembali set-set First Aid yang disimpan di stor sukan. Stor itu pula berada di sebelah kantin. Mengambil masa dalam 5 minit dari turf hoki. Memang inilah rutin Ryane Naufal setiap pagi perlawanan.
Naufal sekarang berada di bawah laluan susur gajah menuju ke kantin. Nafas dihembus. Penat.
Tiba-tiba mata lelaki berkulit putih itu menangkap seseorang sedang berada di hadapannya. Orang itu seperti membawa sesuatu. Beberapa langkah diambil.
"Ouhh, Syakir rupanya," kata Naufal.
Lelaki itu berlari mendapatkan Syakir Tyler Lee. Dia ingin melihat Syakir membawa apa. Diperhati sekejap. Syakir membawa beberapa kotak.
"Syakir nak aku tolong tak?" pelawa Naufal.
Syakir mengangguk laju. Dia bersyukur dan terkejut pada masa yang pertama. Sejak dia lihat Naufal dalam keadaan menangis tempoh hari, dia dengan Naufal tidak bertegur sapa.
"Thank you so much. Tolong bawakkan kotak-kotak ni dekat lobi," tutur Syakir sambil menjuihkan bibir pada arah 2 lagi kotak itu.
Naufal tidak patut salahkan Syakir mahupun Najwan. Mereka tidak bersalah. Jadi apa salahnya untuk menolong Syakir pagi ini. Biarlah Naufal menebus silapnya pada Syakir kerana lama tidak bertegur.
Naufal terus mengangkat kotak itu. Mereka berdua menuju ke lobi SBPXXX. Nasib tidaklah jauh mana dengan jarak mereka berada.
Mereka sampai di lobi sekolah mereka. Syakir meletakkan kotak yang dibawanya terlebih dahulu. Naufal baru sahaja sampai.
"Kau letak je tepi kotak aku," arah kapten hoki SBPXXX itu.
"Okey,"
Naufal mahu bergerak. Kakinya tersadung sebuah lubang kecil. Kotak-kotak yang dipegang sudah terbang melayang entah ke mana. Takde benda lain nak tersadung ke? Haih.
Mata lelaki berkulit putih itu terbuntang. Jarak dia dengan lantai lobi itu, hanya sejengkal. Mata dikatup, menahan impak. Setelah lama, Naufal pelik.
"Tak rasa apa pun?" detus hati Naufal. Mata dibuka perlahan-lahan. Jarak wajahnya dengan lantai hanya satu inchi.
"Kau selalu jatuh ke apa?"
Satu suara menyapa. Kening Naufal bertaut. Dia kenal suara ini. Ini suara.
"Aridh?" kata Naufal.
Dia dapat rasakan pegangan tangan Aridh pada lengan dan pinggangnya. Air liur ditelan. Aridh menarik badan Naufal naik. Secara tidak langsung Naufal memeluk tubuh Aridh. Mata mereka bertentang. Jantung Naufal berdegup kencang.
"Kau memang nak aku selamatkan ke apa," tutur Aridh. Bibir lelaki itu mengukir sebuah senyuman.
Naufal teringat pada petang hari itu. Dadanya kembali berdegup kencang. Amarahnya kembali tiba. Matanya ditala ke arah Syakir. Najwan sedang berdiri di sebelah kapten hoki itu.
"Kalau takde apa-apa, aku mintak diri dulu. Aku ada hal," ucap Naufal lantas membuka pelukan Aridh. Langkah seribu dibuka. Dia masih marah dengan Aridh. Ego.
"Naufal, tunggu aku," ucap Aridh pula. Dia lalu mengejar kembali Naufal. Dia perlu berbincang dengan lelaki itu. Najwan dan Syakir hanya mengikuti larian Aridh.
"Naufal, listen! We need to talk!"
"For what? Nak hasut aku untuk putus kawan dengan D?"
"Tak!"
"Nak hina aku lagi?!"
"Naufal, I'm sorry!"
Sepanjang mereka bercakap itu, Naufal langsung tidak menoleh ke belakang. Sekarang mereka sudah memasuki ruang kantin pelajar. Jarak store sukan dengan kawasan itu semakin pendek.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...