CH15: Rawat (P1)

510 30 41
                                    

Suasana bilik itu sejuk. Aman. Seorang lelaki sedang terlentang di atas sebuah katil yang besar untuk dirinya. Bibir lelaki itu kering. Mukanya pucat. Naufal. Wayar berselirat di tangannya.

Di sisinya setia seorang pemuda berkaca mata. Aridh. Dia sudah tertidur diatas kerusi empuk hospital itu. Hospital Jendayu. Ditambah pula dengan kepenatan semalam dan sejuknya pendingin hawa, sudah semestinya dia terlelap.

Dibalik tingkap bilik pesakit bernombor 301A itu, berdiri seorang guru berbangsa cina. Puan Lingling, guru yang paling muda di SBPXX. Dia ditemani oleh dua orang lagi pelajar. Najwan dan Syakir.

Sudah hampir 1 hari 1 malam, Naufal terlantar di dalam rumah sakit ini. Aridh juga masih setia menanti di situ. Hinggakan tidak mahu pulang ke asrama.

Nasib baiklah Najwan dan Syakir bawakan pakaian, kalau tidak busuk bilik itu jadinya. Aridh betul-betul tidak mahu meninggalkan sisi Naufal. Dia berjanji pada dirinya sendiri.

"Jarang saya tengok Aridh macam ni," ucap Puan Lingling memecahkan suasana. Dia berpaling, berjalan ke arah tingkap hospital.

"Kami pun sama, puan," balas Syakir. Najwan hanya mengangguk lemah.

"Dari saya jumpa dia di kantin malam tu. Dia berubah. Dia bukan yang selalu kita tengok,"

"Rasa menyesal sebab tak dapat jalankan tanggungjawab mungkin?"

Puan Lingling memandang Syakir dan Najwan. Baju kurung merahnya dibetulkan sedikit. Dia menyilangkan tangan di dada.

"Aridh jalankan tanggungjawab dengan rela hati?" soal guru wanita itu.

"Maksud puan?" Tina giliran Najwan membuka mulut.

"Setakat apa yang keluar dari mulut kamu berdua, Aridh setuju untuk teman Naufal kan?"

Dua pelajar tingkatan 4 SBPXXX itu mengangguk.

"Kamu pun tahu Aridh jarang nak tolong siapa-siapa. Lagi-lagi dengan orang yang dia kurang rapat. Kamu berdua pun susah untuk mintak tolong dia kan?"

Suasana di koridor Hospital Jendayu itu hening. Hanya terdengar bunyi selakan kertas jururawat dan pendingin hawa. Betul apa yang Puan Lingling katakan.

"Jadi puan rasa?" tanya Najwan.

"Ini semestinya bukan hanya atas sebab 'tanggungjawab', tetapi atas sebab perasaan dia," jawab warden muda itu. Dia menyimpulkan sebuah senyuman.

Najwan dan Syakir pelik dengan senyuman guru perempuan sekolah mereka itu. Puan Lingling tidak marah atau terkejut, tetapi tenang.

"Puan rasa yang Aridh sebenarnya sukakan Nau-,"

"Ya," potong guru itu. Tidak jadi Syakir menghabiskan ayatnya. Dia masih tersenyum. Guru perempuan itu menghampiri cermin bilik Naufal.

"Puan tak marah?" Sekali lagi Syakir menyoal.

"Perasaan itu unik, Syakir. Sangat unik. Tiada bentuk atau syarat yang tetap untuk semua individu dalam dunia ini bila kata tentang perasaan atau cinta. Yang perlu ada ialah sikap hormat menghormati antara individu," ulas Puan Lingling sambil tangannya diletakkan kembali ke belakang pinggang.

Najwan dan Syakir terkesima mendengar ayat daripada warden mereka. Jarang mendengar ayat itu keluar dari mulut seorang guru. Mereka berdua senyum hingga ke telinga.

"And don't you both dare think, I don't know about your relationship," ujar Puan Lingling sambil mengjongkitkan sebelah kening.

Mata Syakir terbuntang. Pipinya memerah. Najwan pula tersengih nakal, pipinya juga merah.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now