CH25: Peluang

375 23 23
                                    

"Perkara sini habis sini," kata Aridh Adzriel. Naufal, Najwan, Syakir, D dan Ikris mengangguk.

"Dah jom, kita pergi padang nanti tercari-cari pulak Cikgu Baharom tu," ujar Syakir lalu masuk ke dalam stor sukan SBPXXX. Dia keluar bersama 3 batang kayu hoki. Satu diberi pada Aridh manakala sebatang lagi pada Najwan.

Naufal pula masuk ke dalam. Dia mengeluarkan beberapa peti kecemasan. Aridh turut membantu lelaki itu.

"Takpe korang pergilah dulu. Biar aku dengan Ikris yang tolong bawak lebihan medkit ni," pinta D sambil mengukir sebuah senyuman. Ikris tidak bereaksi masih tegak berdiri di sisi teman lelakinya.

Naufal mengangguk. Empat sekawan itu memulakan perjalanan beredar dari kawasan itu. Tidak sampai lima tapak Ryane Naufal berlari anak pergi ke D.

"Kau hutang cerita pasal kau ngan Ikris," bisik lelaki itu. Lelaki berkulit putih itu mengukirkan senyuman.

Mata D membulat. Dia tertawa.

"Sibuk jaga tepi kain orang," balas D.

"Naufal! Jom!" panggil Aridh yang sudah jauh di hadapan.

"Coming!" Naufal laju berlari ke sisi pemain hoki SBPXXX. Mereka berdua meneruskan pandangan hingga hilang dari pandangan dua pelajar SMK Baiduri itu.

Senyuman D perlahan-lahan kendur. Dia menapak ke dalam stor lalu mengambil baki 2 peti kecemasan. Dia meletak kotak itu di atas tanah.

Pandangannya pergi ke arah Ikris. Nafasnya dihembus.

"Cari maklumat pasal Bintang Merah," arah D. Dia teringat akan lambang pada bahu penceroboh-penceroboh itu. Tiga Bintang berwarna merah.

Bintang Merah. Salah satu organisasi kongsi gelap yang terlibat dalam perdagangan manusia dan pelacur. Turut terlibat dalam pembuatan dadah. Lama Keluarga Handerson iaitu keluarga kepada D mencari maklumat pasal kumpulan ini.

"Kau perasan jugak?" tanya Ikris.

"Bukan kau sorang je yang memerhati Ikris. Lagipun aku nak tahu apa hubungan El dengan Bintang Merah,"

Ikris mengangguk. Faham akan arahan itu.

"Suruh budak kita cari El dengan budak-budak tadi. Cari sampai lubang cacing," D menambah arahan.

Sekali lagi Mikail Ikris mengangguk.

Suasana senyap kembali. Terdengar bunyi daun kering bertiupan akibat angin. Sejuk juga tubuh mereka yang berpeluh tadi.

"Lepasni apa?" soal Ikris lalu melepas pandang ke arah hutan di sebelah stor itu. Hijau. Tenang.

"Kita boleh berehat. Naufal dah berada dalam jagaan orang yang lebih baik," jawab D.

"Aridh?" Sebelah kening Ikris terjongkit. D mengangguk.

"Lagi satu, hubungi Fatin. Inform kat dia pasal status Naufal," pesan D.

"Fatin yang mana?"

"Fatin Arian,"

Ikris mengangguk. Dia memandang lelaki yang pendek darinya itu. Tidak dapat dinafikan memang dia betul-betul sayang akan lelaki itu. Dia cintakan lelaki itu. Sejak mereka tingkatan 2 lagi.

D mahu bergerak. Dia sudah mengangkat baki peti kecemasan tadi. Lengannya dipegang dari belakang. Langkahnya terhenti.

"Ikris, jomlah," pinta D.

"Don't use that name. Kau tahu aku tak suka kau pakai nama tu," kata Ikris.

D melepaskan nafas. Lembut. Peti-peti itu kembali diletak atas tanah. Dia memusingkan seluruh badan untuk menghadap pemain hoki SMK Baiduri itu.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now