CH42: Naufal

323 8 10
                                    

Fatin segera menekan alat komunikasi di telinganya. Dia segera membaling turun mayat ahli Keluarga Handerson yang terkorban ke bawah. Cukuplah mereka ditembak.

"Semua sniper, turun dari lokasi. I repeat. Turun dari lokasi! Ada peluru berpandu ditembak! Down all!!!" jerit Fatin lalu melompat turun menjejak tanah.

Seorang lagi baki kumpulannya turut sama turun. Mereka berdua menjarakkan diri dari kawasan itu. Puteri Niami Angeline itu juga dapat lihat menara lain melakukan hal yang sama.

Fatin Arian dapat lihat peluru berpandu itu menuju ke arah menara kawalan tadi.

"BOOM!"

"Down!" jerit Fatin menundukkan badan. Ahli kumpulannya mengikuti tindak tanduknya.

Menara kawalan itu meletup. Papan-papan yang terbakar berselerak ke seluruh kawasan. Menara itu terbakar dengan dasyhatnya.

"Argh!"

Laungan itu kedengaran dari arah kiri mereka. Fatin melepaskan pandangan. Ada skuadnya yang tidak selamat dari serangan tadi. Terbakar mereka di atas tanah.

Fatin mengetap bibir. "Jangan mengalah! Sniper tukar short range weapon! Kita tolong dalam pulak!"

"Copy!"

"Tunggu akak, Naufal. Tunggu akak,"
bisik Fatin seorang diri. Dia mengeluarkan Uzi miliknya. Dia perlu bertarung. Demi adiknya.

Dalam rumah banglo~~

Qin sedang menjaga pintu masuk bilik itu. Katana dan pistol Glocknya setia di tangan. Bersedia dengan segala serangan.

"Sari dah siap ke belum?" soal lelaki cina itu.

"Wait!" sambut wanita itu. Dia sedang memuat turun semua data Bintang Merah dari computer itu. Maklumat lokasi mereka, mangsa culik, rakan kongsi, semuanya. Di sisi wanita itu seorang lelaki melayu berambut putih. Menanti dan mengawal.

Mereka bertiga sekarang berada di bilik maklumat Bintang Merah. Bilik itu berada di lantai 1 banglo itu.

"Tap. Tap. Tap."

Bunyi tapak kaki kedengaran. Menghampiri bilik itu. Qin menggeleng.

Seorang Bintang Merah keluar dari lorong tepi Qin. Qon mengeluarkan pistol Glock miliknya. Picu ditekan.

"Bang!" Kepala.

Qin pergi ke kawasan itu.

"Bang!" Satu peluru terbang ke arah kepalanya. Qin menggelecek di atas lantai mengelak. Matanya ditala ke kiri.

Dua orang lagi ahli Bintang Merah mendekat. QinLi Handerson itu mengambil inisiatif.

"Hiargh!" Satu cantasan kuat diberi pada kedua-dua pasang kaki dua orang Bintang Merah itu. Mereka berdua terduduk.

"Argh!"

"Sial!"

Qin mengambil peluang ini dia kembali bangkit. Lajak tangan diambil. "Mampus!"

Tetakan itu berjaya menamatkan dua individu itu serentak. Qin menarik nafas.

Magazine pistolnya yang lama dikeluarkan. Diganti baru. Hanya satu lagi pusingan tembakan boleh dibuat.

"Tap! Tap! Tap!"

"Tak guna," Qin segera kembali ke bilik tadi. Bilik itu berada betul-betul di sebelah tangga.

Dia dapat lihat dari atas. 3 orang lagi ahli Bintang Merah sedang menuruni tangga. Niatnya untuk kembali ke bilik terbatal.

Lelaki cina itu menggelongsor di hadapan tangga itu. Pistol Glock diarah ke musuh.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now