CH44: Menang

322 12 7
                                    

Liu Meng sedang berlari ke dalam banglo. Dia diikuti 5 individu yang lengkap bersenjata bersama perisai. Dia masuk. Pintu dikunci. "Jaga pintu ni, jangan bagi diaorang tembus," 

"Baik, tuan," balas kelima-lima individu itu.

"Boom!" Pintu banglo itu berkecai. Tubuh Liu Meng tertolak ke hadapan. Cebisan-cebisan kayu terlempar ke seluruh arah. Liu Meng perlahan-lahan bangkit.

Dia memandang pintu banglo yang tudah berlubang itu. Mayat orang-orang ya bersepai ke segala arah.

"Tak guna!"

Dia cuba berlari ke dalam lagi sebelum tubuhnya ditolak. Dia terkejut. Pandangan lelaki cina itu tidak menangkap penyerangnya.

"Sial,"

Satu biasan angin dirasa. Dari kiri. "Argh!" Laung lelaki itu. Kiri perutnya berdarah. "Apa ni?"

"Skuad Assassin Keluarga Handerson," suara seorang lelaki datang dari arah pintu depan banglo yang berlubang itu. D. Mikail sentiasa bersedia di sisi seperti biasa.

Di belakang dua pemuda itu 2 orang ahli Elit Keluarga Handerson dan 5 orang ahli Keluarga Handerson. D tersenyum lagi.

"Okey tak tu orang tua?" sindir D.

"Jahanam kau," pistol ditala. Picu ditekan.

"Bang!"

D tidak menunduk. Dia dengan berani berdiri menatap mata Liu Meng. Tajam.

"Kting!" Peluru itu terbelah dua di tengah udara. Hanya beberapa jengkal dari wajah Danny Flynn Handerson.

Sebilah katana. QinLi Handerson keluar dari bayang. Dia memusing-musingkan senjata itu. Tiba-tiba hampir 5 orang lagi Keluarga Handerson yang keluar dari gelap. Masing-masing menatap Liu Meng.

"You kill my people.. you kill my brother and sister.. Nyawa kau akan melayang hari ni jugak Liu Meng," tutur D perlahan. Pistol Glock dicapai. Diacu ke wajah Liu Meng. Lelaki tua itu terkejut.

"Pergi mampus, syaitan perosak generasi!" laung D sejurus itu menekan picu. Tindakan itu diikuti anak buahnya di belakang. Bertubi-tubi tembakan dilepaskan. Semuanya mengena tubuh Liu Meng. Mata lelaki cina itu membulat. Darah melayang ke seluruh arah.

"Mati kau!" jerit Qin lalu berlari ke arah lelaki cina tua itu. Katananya mengena tepat ke bahagian perut. 4 orang ahli skuadnya mengambil tindakan yang sama. Seorang tepat ke rusuk kanan tembus ke rusuk kiri. Seorang tepat ke rusuk kiri tembus ke rusuk kanan. Seorang yang mengenakan kunai, menjunamkan kedua-dua kunainya ke belakang bahu Liu Meng. Seorang lagi wanita kulit putih, berbangsa kaukasia datang ke arah Liu Meng.

"Go to hell you son of a b*tch!" jerit wanita itu lalu memancung kepala Liu Meng. Membulat mata ketua Bintang Merah itu. Kepalanya melayang ke kaki D.

D hanya memandang sejenak kepala itu lalu memegangnya. Dia keluar dari rumah banglo itu. Kepala Liu Meng yang tak bernyawa itu dipegang erat.

"BINTANG MERAH!!"  D mengambil perhatian semua orang yang berada di situ. Masing-masing mengalihkan pandangan ke arah lelaki buncit itu.

"Ketua korang dah jumpa ajal!" sambung D lalu melempar kepala lelaki cina itu ke tengah dataran banglo itu. Semua Bintang Merah terkejut melihat pemandangan itu.

Mata mereka membulat. Perlahan-lahan senjata dilepaskan. Jatuh ke tanah. Mereka terduduk sambil meletakkan tangan di atas kepala. Keluarga Handerson di situ semua terkejut dan gembira sehinggakan ada yang mengalirkan air mata.

"Kita menang!"

1 jam selepas itu~~

Matahari subuh pun sudah Mula muncul. Udara pada waktu itu berasa segar walaupun bercampur dengan bau hanyir darah dan letupan di kawasan itu tetapi masih lagi aman. Naufal sedang duduk memeluk lutut di atas tembok pertahanan Pangkalan Utama Bintang Merah yang berjaya mereka kalahkan pada hari ini.

Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)Where stories live. Discover now