Naufal sedang berjalan di koridor aras bawah pada Blok A. Blok A menempatkan kelas tingkatan 4 dan 5 SBPXXX. Dia sedang membawa beberapa buah buku rujukan untuk subjek perniagaan tingkatan 4. Dia baru balik dari perpustakaan dan sekarang menuju kembali ke kelasnya yang berada pada tingkat 1 Blok A.
Baru dia mahu menaiki tangga, langkahnya dihalang. Satu buah bukunya terjatuh kerana halangan tersebut.
"Sorry.. saya tak perasan," ucap Naufal menyangka dia telah melanggar seseorang yang sedang menuruni tangga. Tangan kanannya mula menggapai mengambil buku yang terjatuh tadi.
"Ehhh takpe-takpe kitaorang yang sibuk borak tadi," balas satu suara dihadapannya lalu mengambil buku itu dan meletaknya kembali ke atas susunan buku yang Naufal pegang.
Naufal macam kenal suara ini. Dia menurunkan sedikit susunan buku di hadapannnya untuk melihat adakah betul tekaannya. Dia tergamam. Syakir, Najwan dan Aridh sedang berdiri di tangga tersebut. Matanya laju memandang reaksi Aridh. Mata pemain hoki lelaki itu terjegil, seperti memberi amaran kepada Naufal.
"Kau okey tak ni?"soal Najwan prihatin.
Naufal mengangguk laju lalu terus berpusing kebelakang. Dia tidak takut kepada Syakir dan Najwan, tetapi Aridh. Sejak kejadian di tandas beberapa minggu lalu, dia jarang rapat dengan mereka bertiga. Dia takut untuk rapat dengan Syakir dan Najwan kerana amaran Aridh.
Sejak kejadian di tandas itu juga, Naufal mula menjauh dari mereka bertiga. Walaupun mereka sama kelas dan sama dorm, dia akan lari dari mereka apabila boleh.
Budak lelaki yang baharu itu akan pergi ke perpustakaan atau ke bilik prep bila masa terluang. Jarang berada di kelas dan dorm Pada waktu-waktu tersebut. Ataupun dia akan pergi berjumpa dengan Zakwan.
Exco pengawas itu semakin rapat dengan Naufal. Naufal pula selesa belajar dengan Zakwan, yang juga merangkap pelajar terbaik SBPXXX.
Masuk hari itu, sudah tiga minggu Naufal berada di sekolah tersebut. Dia bersyukur semua warga sekolah menerima kedatangannya dengan hati yang terbuka.
~Aridh, Najwan, Syakir~
"Kenapa dengan Naufal tu? Sejak dua menjak ni, asyik elak lepak dengan kita je. Kalau ajak lepak mesti dia tolak," soal Najwan lalu selesai menuruni tangga.
"Entahlah. Aku pun tak tau," jawab Syakir pula. Tiba-tiba langkah mereka berdua terhenti. Aridh terkejut dengan perbuatan itu.
Najwan dan Syakir lantas berpusing menghadap Aridh. Aridh menjongkitkan sebelah kening. Bertanya 'kenapa?'.
"Kau ade buat something kat dia ke?" Syakir pantas bertanya. Dia menyilangkan tangan di dada. Menangis jawapan Aridh dengan sabar.
"Mana ada apa!" Aridh memotong pantas.
"Mana boleh percaya kau ni," potong pulak Najwan sambil sebelah keningnya naik keatas. Dahi Aridh berkerut.
"Kecoh ahh korang ni," ucap Aridh lalu berjalan melepasi Najwan dan Aridh. Dia masuk ke dalam tandas lelaki tingkat bawah itu.
Najwan melepaskan pandangan kepada Syakir. Dia seperti meminta nasihat dari sahabat karibnya itu. Syakir menjongkitkan bahu tanda tidak tahu.
Najwan mengeluh. Dia tidak mahu Naufal berasa tidak selesa di sekolah ini. Lagi-lagi dia bakal menjadi calon Ketua Pelajar sekolah itu. Dia risau Naufal mempunyai sebarang masalah lagi-lagi dengan Aridh yang tidak boleh dibawa main.
Syakir menghampiri Najwan yang sedang sibuk berfikir itu. Dia memeluk pinggang pengawas lelaki itu, menyedarkan Najwan dari lamunan.
"Takde apa pun tu. Kau je yang fikir over," kata Syakir menenangkan hati Najwan. Dia tersenyum memandang Najwan. Najwan membalas senyuman itu dengan senyuman kelat. Najwan hanya mengangguk.
YOU ARE READING
Sampai Bila-Bila (Completed ✔️)
Romance"Nah," ucap seorang lelaki sambil menghulurkan sebuah pita rakaman suara lutsinar. Dia tersenyum lebar memandang lelaki yang sedang membaca sebuah buku. "Ape ni?" soal lelaki Itu sambil meneliti pita rakaman suara itu. Buku yang sedang dibaca dilet...