BAB 43

1.8K 67 5
                                        

"LADIES, bila nak... Oh my God! Cinderella!" Lisa yang tiba-tiba menyergah bilik persalinan itu terpana melihat Humayraa yang sedang disolek oleh seorang jurusolek profesional. Gadis itu nampak begitu cantik menyarung gaun kembang yang bertona royal blue dan biru gelap, dihiasi dengan kilauan manik berwarna emas, seakan bintang-bintang yang bersinar di langit malam. Gaun itu sangat cantik dan amat padan digayakan pada gadis simple seperti Humayraa.

Rahimah, Puan Sri Jeanne serta Humayraa serentak menoleh ke arah Lisa yang terpaku di situ. Jurusolek wanita tersebut terpaksa menghentikan kerjanya buat seketika.

"Humayraa ni dah tak payah nak disolek-solek lagi dah. Tepek bedak Baby Johnson's dekat muka dia tu pun dah cukup. She's already Miss Universe!" tambah pengarah hospital itu lagi sambil matanya tidak lepas daripada memandang satu-satunya anak saudara tirinya itu.

"Just did a little touch up, okay? Make it look neutral," Puan Sri Jeanne memberi arahan.

"Most of the VIP dah sampai. Isaac suruh mama dengan ibu jumpa dia dengan Fahryil sekarang. Majlis dah nak mula. Ramai yang nak bertemu dengan penganjur majlis," Lisa pantas kembali ke topik asal.

"Kami gerak dulu ya, Humayraa," ibu sempat merangkul bahu anak susuannya.

"Cantiknya anak ibu ni." Tambahnya lagi.

"Nanti mama panggil assistant Humayraa, orang yang akan assist Humayraa untuk malam ni. Jumpa nanti ya, Cinderella." Puan Sri Jeanne sempat mencuit hidung mancung milik Humayraa menyebabkan gadis itu tersenyum.

.....

LANGKAH Humayraa terasa sukar dengan kain gaun yang tebal entahkan berapa lapis, dan labuh menyapu lantai karpet hotel. Gadis itu bersusah-payah berjalan sambil terpaksa mengangkat sedikit kainnya bagi memudahkan perjalanan. Laju sahaja pembantu perempuan yang kemas berpakaian formal - berkot dan berskirt hitam, berjalan di hadapan untuk mengiringi Humayraa ke Grand Ballroom, Mandarin Oriental Hotel.

"Jauh lagi ke, Belle?" Humayraa bertanya kepada pekerja yang dipanggil Belle itu.

"Cik Puan kena masuk lalu VIP Entrance. Dekat hujung lorong tu,"

Humayraa mengangguk biarpun wanita itu tidak menoleh. Dia melepaskan kain gaunnya yang diangkat sedari tadi.

"Berapa tan berat baju ni, agaknya?" dia mendesis perlahan sambil matanya tunduk memandang bawah. Bimbang juga terpijak kain sendiri lalu jatuh tergolek.

"Cik Puan boleh masuk melalui pintu yang lagi satu, ya." Teguran Belle membuatkan Humayraa mengangkat pandangannya. Serentak dengan itu juga, mata biru itu terbeliak, seperti mahu tercabut dari soketnya. Cepat-cepat Humayraa berpaling dan segera melangkah menjauhi VIP Entrance itu.

"Ya Allah, menyesalnya tak baca senarai tetamu yang Fahryil suruh tu sampai habis! Betul ke apa yang aku nampak tadi?"

"Cik Puan! Cik Puan!" Panggilan daripada pembantunya itu tidak diendahkan sama sekali. Apa yang paling penting baginya sekarang adalah misi untuk melarikan diri!

Jeritan kecil daripada seorang wanita lengkap berpakaian sut itu menarik perhatiannya. Perbualannya terhenti seketika. Dia turut memandang ke arah yang sama, dari jauh kelihatan seorang perempuan yang memakai gaun labuh sedang membelakangi mereka. Gadis itu berjalan ke arah yang bertentangan, oleh itu dia tidak dapat melihat wajah pemakai gaun yang cantik tersebut.

"Fateh, mari masuk." Sapaan daripada ayahnya, menyedarkan dirinya dari lamunan. Fateh mengangguk sedikit sebelum mereka mula melangkah masuk ke dalam Grand Ballroom.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang