BAB 99

2K 88 13
                                        

LIYANA Lisa dan Isaac Haxton sekadar memerhatikan dari jauh Humayraa yang sedang bersendirian di pondok tidak berdinding yang di kelilingi pokok bunga mekar di rumah agam milik Michael. Gadis itu hanya diam dan termenung, seakan tenggelam dalam dunianya sendiri. Sesekali dia akan melihat skrin telefon bimbitnya sebelum meletakkan kembali di sisi. Wajahnya kelihatan sedikit hampa. Gadis bermata biru itu langsung tidak sedar bahawa tingkah lakunya diperhatikan oleh Isaac dan Lisa sedari tadi.

Sepasang suami isteri itu kemudiannya berpandangan sesama sendiri. Isaac memeriksa telefon bimbitnya, seakan menanti notifikasi untuk masuk. Lisa pula melihat jarum jam tangannya sebelum keluhan halus terhembus keluar.

"Dah empat jam dia tunggu dekat situ, abang. Flight dari Malaysia dah sampai pukul 6 pagi tadi. Where did he go? It's almost twelve noon already." Wanita itu kelihatan risau. Matanya kembali memandang ke arah Humayraa yang ada di taman bunga itu.

"Mungkin dia nak buat kejutan pada Humayraa sebab dia fikir kita semua tak tahu yang dia nak datang ke sini," Isaac membuat andaiannya sendiri.

"But... she... oh, poor my baby," Lisa meletakkan tangan kanannya di dada dan kembali memandang satu-satunya anak kepada David dan Aisya itu.

Bunyi notifikasi yang masuk ke dalam telefon bimbit Isaac membuatkan kedua-dua mereka berpandangan sesama sendiri sebelum tumpuan mereka jatuh pada alat telekomunikasi canggih itu.

"He didn't take the flight. He didn't come here," mesej daripada salah seorang pekerja Isaac di Kuala Lumpur itu benar-benar menghancurkan harapan mereka. Isaac menggenggam buku limanya manakala Lisa sudah mengetapkan bibir. Perasaan mereka kini bercampur baur sebaik sahaja menerima berita itu. Mereka kembali membaca sambungan mesej yang diterima.

Perhatian sepasang suami isteri tersebut teralih apabila Mateen melangkah mendekati Humayraa di pondok tidak berdinding itu. Mereka kelihatan berbual seketika sebelum akhirnya Humayraa mengikuti langkah Mateen meninggalkan kawasan taman itu.

Isaac dan Lisa yang memerhati dari tingkat dua rumah banglo mula bergegas turun sebaik sahaja melihat Humayraa mula melangkah masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang-barangnya. Gadis itu menyapa Emilia yang sedang duduk di ruang tamu.

"Humayraa," panggilan Isaac yang sedang menuruni anak tangga bersama-sama isterinya itu mematikan gerak Humayraa. Gadis itu mengangkat pandangan, mencari punca suara. Dia melakarkan senyuman nipis ke arah pakcik dan makciknya. Pipinya kelihatan sedikit kemerah-merahan akibat panas sang mentari di luar.

"Humayraa dah nak pergi ke?" Lisa bertanya dengan wajah yang prihatin. Dia memandang Mateen dan gadis itu silih berganti. Tidak sedar bahawa dia sedang bertutur menggunakan bahasa Melayu.

"Flight kami petang ni, tapi uncle Mateen nak bawa Mayraa pergi jumpa ahli kumpulan yang lain yang akan bergerak sekali ke Gaza." Humayraa bertutur dengan lembut.

Isaac dan Lisa berpandangan sesama sendiri. "You really want to go?" Lisa tidak dapat menyembunyikan rasa gusarnya. Dia memandang ke dalam anak mata biru milik Humayraa sebelum menoleh ke arah Mateen. Lelaki Palestin itu hanya diam.

"Doakan keselamatan kami," itu sahaja jawapan gadis itu.

"Humayraa, Fahryil..." Isaac terhenti bicaranya sebaik sahaja dia melihat perubahan reaksi wajah gadis kacukan Inggeris-Palestin itu. Terasa tidak sampai hati untuk menyambung pertuturannya.

"Fahryil tak datang ke sini. Dia cancel flight sebab Juvieya-" belum sempat Isaac menghabiskan penerangannya, gadis itu menyampuk.

"Tak apalah uncle. Dah memang jelas siapa yang dia akan pilih. Kami akan teruskan haluan masing-masing." Gadis itu tersenyum nipis, berkata sambil mengangkat begnya lalu digalas di bahu. Isaac dan Lisa hanya diam seribu bahasa, jelas sekali mereka dapat melihat wajah kecewa gadis bermata biru itu.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang