BAB 41

1.8K 65 1
                                        

HUMAYRAA terjaga apabila dia dapat merasa ada tangan yang mengusap lembut belakang badannya. Gadis berdarah Inggeris-Palestin itu membetulkan semula posisi duduknya di meja belajar. Wajahnya diraup beberapa kali.

"Kenapa tidur dekat atas meja? Katil cuma sekangkang kera saja tu, hah." Wanita itu tersenyum mesra, menampakkan barisan giginya yang cantik.

"Eh, dah lama ke aunty masuk bilik Mayraa? Mayraa tertidur tadi." Humayraa hanya mampu tersengih.

Lisa melabuhkan punggungnya di birai katil. Posisinya berhadapan dengan Humayraa.

"Apa yang kamu baca tu, Humayraa?" wanita itu sekadar mencari topik perbualan.

"Oh, ini. Senarai biodata tetamu VIP untuk majlis Sabtu ni. Mayraa kena baca semua."

"Guest list? Siapa bagi? Fahryil?" Humayraa hanya mengangguk sebagai menjawab pertanyaan Lisa. Meletus tawa wanita yang berusia hujung 40-an itu.

"Merepek betul Fahryil ni." Kepalanya tergeleng-geleng sedikit. Tawanya sudah reda.

"You totally got me, aunty!" Humayraa beriya-iya mengangguk tanda menyokong.

"Dia takut, nanti Mayraa salah panggil pangkat orang. Alahai, paling-paling Mayraa senyap je nanti." Gadis itu merengus sedikit di akhir ayatnya.

"Well, put aside that thing, kiranya Mayraa free lah kan sekarang ni? Aunty nak ajak kamu sembang-sembang, ambil angin malam." Suara Lisa kedengaran mendatar.

Humayraa sekadar menurut rentak wanita itu tanpa banyak bertanya. Mereka kini duduk di kerusi rehat yang terdapat di balkoni bilik Humayraa. Pemandangan yang dapat dilihat dari situ sangat mengagumkan. Dari jauh, kelihatan menara kebanggaan Malaysia, Menara Berkembar Petronas. Jika dilihat ke bawah pula, kelihatan kolam renang yang cantik disinari lampu-lampu hiasan dan taman bunga. Rumah banglo ini sangat mewah dan berada di tempat yang strategik.

Humayraa menghulurkan dua mug yang berisi air teh panas.

"Eh, bila masa kamu pergi buat air?" Lisa yang baru tersedar dari lamunannya, bertanya.

Humayraa tersenyum nipis. "Ada pantri kecil dekat dalam bilik ni. Pantri tu bersambung dengan pejabat Fahryil." Gadis bermata biru duduk bertentangan dengan Lisa.

"Wow. This mansion is just so... wow." Lisa kagum dengan kemewahan yang ada pada Humayraa. Namun seperti biasa, gadis itu hanya diam dan senyum.

"Ini semua uncle Isaac yang uruskan. Humayraa pun tak tahu apa-apa pasal rumah ni. Mayraa tak tahu kenapa uncle bermati-matian menjaga dan menguruskan segala-galanya." Wajahnya kosong tanpa riak. Dia membuang pandang ke arah keindahan panorama malam.

"Ada sejarahnya yang menyebabkan uncle kamu sanggup buat semua ni. Kami betul-betul terhutang budi pada David." Nada suara Lisa kedengaran sayu.

"Kamu tahu kenapa uncle Isaac macam tak nak sambung apa yang berlaku seterusnya?" Lisa cuba memancing perhatian anak saudara tirinya.

"Kenapa?"

"Sebab dia malu. Dia malu nak ceritakan kisah silam dia pada kamu semua. Jadi, biar aunty yang sambung cerita tu,"

...

(Kesemua perbualan asal adalah dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya)

MARIAH tidak berjaya diselamatkan kerana dia telah kehilangan terlalu banyak darah melalui koyakan arteri femoral di peha kanannya akibat besi pembahagi jalan yang menghimpit. Selepas kematian Mariah Haxton, perwatakan Isaac berubah sepenuhnya. Lelaki itu lebih banyak mengurung diri di dalam bilik. Enggan bertemu sesiapa hatta Lisa sendiri.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang