"PLEASE welcome, Humayraa." Mereka kini tiba di hadapan sebuah banglo mewah yang terletak di dalam salah satu taman perumahan elit di tengah-tengah bandar London. Kawasan taman perumahan itu terletak lebih kurang 20 minit jarak perjalanan dari bilik sewa Humayraa.
Malam semalam merupakan pertemuan pertama gadis bermata biru itu dengan seorang lagi pakciknya yang merupakan adik kembar kepada Isaac Haxton. Michael Haxton merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah dan ketua eksekutif bahagian kewangan di London Stock Exchange Group dan mempunyai beberapa buah firma kewangan yang beroperasi di beberapa bandar besar di United Kingdom. Michael juga merupakan seorang professor di London Business School. Sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Humayraa tinggal berseorangan di bilik sewanya, dia terus menawarkan gadis itu untuk tinggal di rumahnya.
"Welcome to my home." Michael memberitahu ringkas. Lelaki yang berusia awal 50-an itu meleretkan senyuman mesra.
Sebaik sahaja mereka tiba di muka pintu utama, daun pintu dikuak dari dalam. Terpampang seorang wanita Inggeris yang nampak manis berselendang putih menyambut kedatangan mereka di muka pintu. Wanita itu kemudiannya mendapatkan Michael dan menyalami tangan lelaki itu.
"Welcome back, honey." Lembut sahaja suara wanita itu menyambut kepulangannya.
"This is... Humayraa? Humayraa Ianwood?" Kali ini, dia mengalihkan pandangannya pada Humayraa pula dan menghadiahkan gadis itu seulas senyuman manis.
"Yes." Humayraa membalas dengan sopan.
"Oh, so you are the daughter of David Ianwwod. You can call me aunty Emilia. This is my first time meeting you. You are indeed so beautiful, subhanAllah." Wanita yang berhidung mancung itu terus mendakap tubuh kecil Humayraa. Dia mengucup mesra kedua belah pipi gadis kacukan Inggeris-Palestin itu.
"She will stay with us now," Michael memberitahu sambil kaki mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah agam yang besar bagaikan istana itu.
"That's so good. When our children come back later, I will introduce you to them. When did you come to UK, Humayraa? Did you come alone? If I'm not mistaken, you are married, right? We are very sorry that we couldn't attend your wedding ceremony that day." Mereka kini sedang duduk berehat di ruang tamu utama di rumah itu.
Humayraa tersenyum kelat sebaik sahaja isu perkahwinannya dinaikkan oleh Emilia. Dia tahu wanita itu tidak bermaksud apa-apa, namun dia masih gagal untuk melupakan hal itu sepenuhnya.
"I came alone. I just didn't want to bother anyone. But then, I met uncle Mike at London Central Mosque. At first, I thought he was uncle Isaac."
"Oh, by the way, I heard that Haxton Group is facing its deadpoint. Is it true?" Wajah gadis bermata biru itu terpamer garis-garis kerisauan apabila teringatkan tajuk artikel yang pernah menjadi isu hangat beberapa minggu lalu.
"Are you seious? Isaac didn't tell me anything about it. I bet, they planned something. I believe in Isaac and Lisa. They are the best fantastic duo." Michael tergelak besar dengan apa yang diucapkannya sendiri. Setahunya, Isaac dan Lisa tidak akan mengalah semudah itu. Tentu ada sesuatu yang dirancang oleh pasangan suami isteri tersebut.
"Well, Lisa told me that it has something to do with the Woods Group." Emilia memberitahu.
"Woods Group? Ianwoods?" Humayraa keliru.
"Well, dear. I think they want to fight the position for you. Since David went to Palestine and passed away, the company had been in its critical phase. Darren took over the company but there were many corruptions happened within the company. The company suffered a big lost and the Ianwoods are doomed." Jelas Michael.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
