“HUMAYRAA belum balik lagi, Mah?” Tanya Puan Sri Jeanne sebaik sahaja dia dipersilakan masuk ke dalam rumah. Rahimah menggeleng seraya menjemput tetamu itu untuk duduk. Dia menuangkan air teh ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Puan Sri Jeanne.
“Belum lagi. Entahlah, saya pun tak pasti sangat dengan jadual balik dia tu. Maklumlah, kelas tambahan banyak akhir-akhir ni. Budak nak SPM, kan. Lagipun, kalau dia balik pun, tengoklah kalau basikal dia okey,” beritahu Rahimah tanpa berselindung. Puan Sri Jeanne mengangguk-angguk faham.
“Kenapa you cakap ‘kalau basikal dia okey?’ Selalu ke basikal dia rosak dekat sekolah?”
Mendengarkan pertanyaan itu, Rahimah mengeluh sedikit sebelum tersenyum nipis. “Selalu juga basikal dia dirosakkan oleh budak-budak sekolah tu. Dalam kawasan ni, sekolah tu dikira sekolah ranking yang ketiga. Biasanya orang dekat sini panggil sekolah tu sekolah budak-budak nakal. Tapi itulah sekolah yang paling dekat dengan rumah ni. Humayraa pun kata dia okey je.”
“Iya ke? Dia patut ditukar ke sekolah lain. Macam royal college ke, private school ke?” Soalan yang ditujukan itu membuatkan Rahimah tersenyum kelat. Dia ragu-ragu untuk menjawab soalan itu.
“Err... jadi macam mana ya, Puan Sri? Dah memang confirm tarikh tu?” Rahimah cuba menukar topik dan kembali kepada perbincangan asal.
“Eh, tak payahlah nak panggil Puan Sri. Kita kan nak jadi besan dah. Panggil Anne je.” Rahimah mengangguk-angguk faham dan tersenyum nipis.
“Tapi, Mah. Awak sebenarnya kena beritahu Humayraa juga. Dia pun ada hak nak tahu tentang hidup dia. Cepat atau lambat, dia akan tahu juga, kan?”
Hal itulah yang sering kali membuatkan Rahimah mengeluh berat. Bagaimana dia hendak memberitahu Humayraa sedangkan anak susuannya itu sedang sibuk memikirkan peperiksaan SPM yang akan diduduki? Dia tidak mahu mengganggu emosi dan pemikiran satu-satunya permata kesayangannya itu. Lagipun sudah menjadi lumrah pelajar untuk fokus pada pembelajarannya.
“Tak apa, Anne. Saya akan cuba. Saya tahu, insyaAllah dia akan terima dengan hati yang terbuka. Humayraa tu... Semasa dalam kandungan, semasa bayi sehingga sekarang, terlalu banyak dugaan yang dia dah tempuhi. Terlalu banyak kepahitan yang dia dah telan. Jadi, saya harap selepas ini, dia dah tak terlalu banyak menangis lagi di samping suaminya,” ujar Rahimah. Hatinya terasa sebak mengenangkan kisah hidup Humayraa. Kali ini, Puan Sri Jeanne pula yang tersenyum kelat.
“Pernah suatu ketika, masa itu Humayraa baru saja masuk tadika di KL. Saya ingat semuanya okey sahaja. Tiba-tiba suatu hari, cikgu tadika Humayraa telefon kami beritahu yang mata Humayraa sakit. Kami terus sahaja pergi jemput dia di tadika. Mata dia... macam celak yang kena air tu. Kawasan bawah mata dia meleleh warna hitam dan masa tu Humayraa menangis tak henti-henti. Bukan sebab sakit atau apa tapi, dia kata dia pun nak mata hitam macam kawan-kawan dia semua. Dia rasa macam dia tu makhluk asing. Kawan-kawan dia semua pinggirkan dia. Sampai macam tu sekali. Lepas tu, kami terus hantar dia ke International School. Sampailah dia masuk sekolah menengah. Waktu itu, disebabkan yuran sangat mahal, jadi kami hantar dia ke sekolah biasa sahaja.” Puan Sri Jeanne tekun mendengar. Matanya tegak menatap wajah Rahimah yang bercerita sepenuh hati.
“Saya ingat lagi waktu nak pergi mohon kerakyatan untuk Humayraa. Masa tu, Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan kami. Ada orang, makan masa sampai lima tahun untuk memohon kerakyatan. Tapi Humayraa tidaklah mengambil tempoh selama itu. Lagipun, prosedur yang macam-macam tu dapat dilakukan dengan lancar sampailah Humayraa akhirnya berjaya mendapat kad pengenalannya sendiri.”
.....
“ARIL, mama ada benda nak bincang dengan kamu,” beritahu Puan Sri Jeanne sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tidur anak lelakinya. Fahryil yang sedari tadi sibuk melayan telefon bimbitnya kini mengalihkan pandangan. Melihatkan mamanya, Fahryil terus merebahkan badan sasanya ke atas katil bersaiz King itu dan buat-buat tidak tahu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
