BAB 26

1.9K 67 4
                                        

SETELAH selesai memasukkan semua barang ke dalam but kereta, mereka semua mula bersedia untuk beredar. Fahryil dan Humayraa menaiki kereka Audi R8 manakala Puan Sri Jeanne, Rahimah, Isaac dan keluarganya menaiki kereta Vellfire. Perlahan-lahan, pintu pagar automatik itu terbuka. Dua kereta itu meluncur keluar meninggalkan perkarangan rumah agam.

Perjalanan menuju ke Mersing diketuai oleh kereta Vellfire di hadapan. Mereka mengambil laluan Lebuhraya Utara-Selatan dan akan menyusur keluar di tol Ayer Hitam, Johor, seterusnya menggunakan jalan biasa melalui Kluang. Perjalanan jauh ini mengambil masa lebih 4 jam jika dihitung jaraknya dari rumah mereka yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur menuju ke Mersing. Suasana bisu hanya dihiasi dengan rentak irama instrumental saxophone yang dimainkan oleh Kenny G. Masing-masing hanya diam melayan perasaan.

“Awak memang suka dengar muzik macam ni ke?” setelah hampir setengah jam perjalanan, barulah gadis itu tergerak untuk memecahkan tembok kesunyian.

“Hmm.” Hanya itu sahaja jawapan yang diberikan tanda membenarkan apa yang ditanya oleh gadis kacukan Inggeris-Palestin itu.

“Kenapa? Tak suka ke?” lelaki itu bertanya kembali.

“Eh, tak adalah. Saya suka dengar. It’s relaxing, romantic and somehow, it touches my heart.” Tanpa menoleh ke arah Fahryil, Humayraa berkata. Bibirnya terukir senyuman nipis. Sekali lagi, mereka berdua hanya mengunci mulut, melayan perasaan masing-masing.

Bunyi deringan telefon pintar milik Fahryil membuatkan tumpuan mereka teralih. Lelaki itu menjawab panggilan yang masuk dengan menggunakan peranti tanpa wayar. Humayraa pula hanya sekadar diam, tiada niat untuk mencelah.

“Hello.” Fahryil memulakan bicara.

“Honey, you dekat mana?” Apabila terdengar sahaja suara Vieya yang berada di hujung talian, lelaki itu meleretkan senyuman. Rindu sungguh pada suara merdu kekasih hatinya itu.

On the way to Mersing. Kenapa?”

“Urusan kerja?” soalan itu membuatkan Fahryil terdiam beberapa ketika.

Yes, Vie.

You are… lying,” Ayat itu menyentakkan seluruh jantung Fahryil. Tiba-tiba Juvieya menangis teresak-esak di hujung talian. Lelaki itu terkedu dan terkelu seribu bahasa.

Honey, you are married. Someone sent your pictures to me. Gambar nikah you. What is this, Danny? I trust you so much. Why did everything turned out to be like this? You are a betrayer! You hurt me. Liar!” Lelaki itu mengetap bibirnya, stereng kereta digenggam seerat yang boleh. Perlahan-lahan dia menarik nafas dalam-dalam.

Vie. Calm down. I can explain it to you. Please, honey. Ada sebab kenapa I buat semua ni. You kenal I macam mana, kan? I tak akan mengkhianati hubungan kita. Janganlah macam ni,” dengan tenang Fahryil cuba memujuk kekasih hatinya. Namun, hanya tangisan yang lebat sahaja bergema sebagai pengganti bicara.

‘Honey?’ Humayraa tidak dapat mengelakkan dirinya daripada mencuri dengar. Tiba-tiba hatinya terasa sayu. Dia melontarkan pandangan dan gelora jiwanya ke luar tingkap.

You are with her right now, Danny?” Soalan itu terasa berat untuk diungkapkan dan juga terasa berat untuk mendengar jawapannya. Air mata yang menitis seakan tidak mahu berhenti. ‘Please say no, honey.’ Juvieya hanya mampu berharap dalam hati.

Fahryil menarik nafas dalam-dalam. “Yes,” genggaman pada stereng kereta dieratkan lagi. Biarlah kalau tercabut sekali pun, biar semua orang tahu rasa hatinya kini!

Tut… tut…

Talian terputus.

This is all your faults!” Tengkingan Fahryil yang tiba-tiba itu seperti merentap jantung Humayraa. Gadis itu segera menoleh ke arah suaminya. Wajahnya jelas tergaris kebingungan.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang