BERAT hatinya apabila mendengar kisah silam itu. Humayraa menyentuh kedua belah pipinya yang kemerah-merahan. Bulu romanya meremang. Matanya berkaca. Sungguh dahsyat ujian mereka yang terdahulu daripadanya. Lisa pula menarik nafas dalam-dalam. Dia membuang pandang ke arah kecantikan bandaraya Kuala Lumpur yang terasa kecil di mata. Dia faham mengapa suaminya tidak mahu mengungkit kembali kisah silam yang satu itu. Mengimbaunya memerlukan kekuatan di hati. Sedih, pilu dan rindu pasti datang mengundang. Namun, semuanya telah berlalu.
Lisa kembali memandang ke arah Humayraa yang masih setia menunggunya membuka bicara. Wanita itu mengukirkan senyuman. Wajah yang berada di hadapannya itu pasti mengenangkannya pada seseorang terutamanya sepasang mata biru itu. Sahabat baik mereka bertiga – Isaac, Michael dan Lisa. Seseorang yang sangat berjasa dalam hidupnya. David yang sudah pergi bertemu Penciptanya dengan semulia-mulia cara. Pergi buat selama-lamanya.
.....
(Kesemua perbualan asal adalah dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya)
"ARE you serious, Lisa?!" David membulatkan mata birunya, jelas dia sangat terkejut.
Lisa mengetap bibirnya. Perlahan-lahan dia mengangguk. Hatinya terasa sebak yang teramat namun dia cuba untuk menahan air matanya daripada tumpah lagi untuk hari ini. Perasaannya remuk redam.
"Tapi kenapa? Kamu berdua mencintai satu sama lain! Aku boleh nampak semua tu!" David memegang kepalanya.
"Dia yakin dengan keputusan yang dia buat. Aku pun tak ada apa nak bantah keputusan tu. Cuma aku harap untuk bawa Jade dan Jane pergi dengan aku. Merekalah sumber kekuatan aku," Lisa mengenggam hujung bajunya. Tidak mengapa, Allah tahu apa yang terbaik untuk kami. Wanita itu cuba memujuk sekeping hatinya yang sudah pecah berderai.
"Aku akan tolong kau, Lisa. Aku tahu engkau memang untuk Isaac. He just lost and broken." David mula menghidupkan enjin keretanya. Kenderaan itu meluncur laju di jalan raya.
"Tak apa, aku okey. Jangan bazirkan masa kau, Dave. Kau ada lebih banyak masalah berbanding aku. Kau perlu risau tentang Woods Corp. Jangan kalah dengan permainan mereka, Dave. Itu hidup kau," Lisa cuba mengubah arah perbualan. Dia tidak mahu David bersusah payah untuknya. Billionaire itu pasti mempunyai hal yang tersendiri yang perlu diuruskan.
"Aku cuma... aku tak setuju dengan dia. Aku tak nampak kenapa dia perlu salahkan diri dia sendiri atau salahkan kau dan salahkan agama. Itu bukanlah Isaac yang aku kenal."
"Kalau kau dah cakap macam tu, Dave... tolong dia. Dia nak... bunuh diri,"
"Nak bunuh diri?!" Mata David membulat. Langsung tidak menyangka hal tersebut.
"Walaupun pada dasarnya tak nampak seperti itu. Beberapa bulan yang lepas, sebelum semua ini terjadi, dia ada menghantar penyertaan ke Muslim Hands UK untuk menyertai aktiviti sukarelawan. Dia telah ditawarkan untuk menyertai misi sukarelawan ke Palestin yang akan bertolak hujung minggu ini. Selepas apa yang berlaku, kepercayaan Isaac pada Islam sudah berubah tetapi dia masih tidak membatalkan penyertaan itu. Aku kenal dia. Tak ada sebab lagi untuk dia pergi ke sana melainkan hanya satu. Untuk mati." Lisa menghela nafas berat.
........
"SO, that's how it is. Mayraa dah nampak kenapa abi pergi Palestin." Lisa menoleh ke arah Humayraa apabila mendengar gadis itu bersuara. Tersungging senyuman nipis di bibirnya.
"Uncle kamu tu licik. Semua peserta join sukarelawan tu untuk bantu orang dekat sana, tapi dia join semata-mata untuk mati dekat sana sebab dah tak tahan dengan ujian hidup."
"Tapi, syukur dia tak berputus asa dengan rahmat Allah. Allah pimpin dia semula ke jalan yang betul," ujar gadis bermata biru itu perlahan.
"The one I salute until now is your father, Humayraa. David Ianwood. Dialah sebenarnya yang tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Cuma masa tu, dia tak tahu kuasa apa yang menggerakkan hati dia."
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romantizm🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
