"APA kata kita buat perjanjian?" Setelah agak lama mendiamkan diri, Humayraa menyuarakan cadangannya. Fahryil segera menoleh ke arah gadis bermata biru itu. Keningnya dijongketkan sebelah. Dia tertarik dengan idea itu.
"A contract? With you? I'm on!"
Humayraa mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen dari dalam beg galasnya. "This is a win-win situation. Awak letak syarat awak dan saya akan letak syarat saya. Vice versa." Humayraa menghulurkan kertas dan pen itu kepada suaminya. "You first."
Fahryil mencapai kertas dan pen itu lalu menulis sesuatu.
"Nombor satu. Jangan ganggu hal peribadi masing-masing." Fahryil memandang Humayraa. Gadis bermata biru itu mengangguk setuju. Kertas itu berganti tangan.
"Dua. Tidak boleh menidakkan status pasangan masing-masing. Awak suami, saya isteri." Humayraa mula mengulum senyuman.
"Okay, fine with me. Tiga, aku atau kau boleh keluar dengan sesiapa pun atau ke mana sahaja tanpa perlu memberitahu yang lain (Fahryil atau Humayraa)," Fahryil pula yang tersenyum.
"Are you serious you are okay with this?" Humayraa bertanya cuba memastikan.
Lelaki itu mengangguk beberapa kali. "I am okay with that. Tak ubah macam hidup yang dulu. Why anatra? Takut?"
Kertas itu kembali semula kepada Humayraa. Gadis itu menjongketkan keningnya. Bring it on! "Okey. Keempat, kita perlu meluangkan masa bersama-sama, cuma berdua sahaja, seharian sewaktu hujung minggu," Humayraa tekun menulis di atas kertas.
"Wait. A day? With you? It's too long!" Fahryil membantah. Lelaki itu merampas kertas kontrak mereka lalu memotong perkataan 'sehari' dan digantikan dengan perkataan 'sekurang-kurangnya dua jam'. Tindakan itu membuatkan Humayraa mencebik kecil.
"Kelima-"
"Terakhir." Gadis itu memotong. Mereka berpandangan sesama sendiri.
Fahryil menjongketkan bahunya. "Oh, okey. Hmm... nak tulis apa?"
"Macam mana dengan... communication is a must?" Humayraa sekali lagi memberi cadangan. Dalam hal ini, dia perlu mengetuai sebelum diketuai.
Fahryil diam agak lama sebelum mengangguk. "Okay, communication is a must." Lelaki itu menulis di atas kertas perjanjian mereka.
"Tandatangan," gadis itu meminta kertas tersebut untuk ditandatangani.
"Sekejap. Syarat tak akan lengkap tanpa denda. Kita kena tulis denda sekali."
"Okey, boleh. Denda apa?" Humayraa memeluk tubuhnya. Semakin menarik.
Fahryil menyentuh dagunya. "Silence treatment from me." Mata coklat itu memandang Humayraa.
"Okey. Kalau awak langgar perjanjian ni pula, awak kena luangkan masa dengan saya dan lakukan perkara yang sama macam awak lakukan dengan girlfriend awak. Fair enough." Humayraa menjongketkan keningnya sebelah. Bibirnya terukir senyuman nipis.
"Okay, fair. Kontrak ni sah untuk tempoh setahun ini," Fahryil mula mencatat denda-denda yang diutarakan dan kemudiannya menandatangani perjanjian tersebut. Kertas perjanjian itu dihulurkan kepada isterinya untuk ditandatangani.
Humayraa menulis 'Billionaire vs Millionaire' di bahagian atas sekali sebagai tajuk kontrak mereka berdua.
"Billionaire vs Millionaire, anatra? Wow, tak tahu pula kau macam ni," Fahryil menyisir rambut yang menutup dahinya dengan menggunakan tangannya sendiri. Dia mengukir seulas senyuman senget.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romansa🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
