EPILOG

4.8K 129 31
                                        

HUMAYRAA mengangkat kelopak matanya perlahan-lahan. Cahaya mentari yang menerobos masuk melalui celahan langsir tebal di bilik tidur itu terasa menyilaukan. Dia mendepakan tangannya ke sebelah kiri. Kosong. Dahi licin gadis kacukan Inggeris-Palestin itu berkerut sedikit. Dia menoleh ke sebelah kirinya. Tiada sesiapa di atas katil itu. Lambat-lambat gadis berambut coklat keperangan itu bangkit lalu turun dari katil.

Humayraa dapat melihat Fahryil yang hanya memakai seluar tidur, sedang melakukan tekan tubi di atas permaidani yang terbentang luas di bilik tidur mereka. Gadis bermata biru itu tersenyum nakal saat melihat otot-otot di tubuh sasa suaminya. Fahryil yang sedang fokus melakukan senaman di pagi hari itu tidak menyedari isterinya yang kian mendekat.

Dengan selamba, Humayraa duduk di belakang badan suaminya membuatkan tubuh Fahryil tadinya terangkat, terus terhempas ke lantai. Dengan wajah yang tak puas hati, Fahryil menoleh ke belakang, mencari wajah cantik isterinya.

"Sayang, you ingat I ni jongkat-jongket ke?"

"I berat ke?" Tanpa menjawab soalan suaminya, Humayraa pula mengajukan soalan.

"Siapa cakap? You sama berat dengan Danish je I rasa." Fahryil menjawab tanpa teragak-agak selajur dia meneruskan tekan tubinya seperti biasa biarpun Humayraa masih lagi duduk di belakang badannya.

Humayraa tergelak kecil, terhibur mendengar jawapan suaminya. Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas lantai, bersebelahan dengan Fahryil. Kali ini, gadis bermata biru itu sengaja membaringkan kepalanya berbantalkan belakang badan Fahryil. Sekali lagi, fokus lelaki itu terganggu.

"Anatra."

"Hmm...?"

"I'm sweating right now,"

"Patutlah busuk," Humayraa pantas menjawab lalu tertawa di hujung ayatnya. Fahryil yang semakin geram dengan karenah nakal isterinya, terus sahaja memusingkan badan. Humayraa yang berada dalam keadaan tidak bersiaga terkejut apabila kepalanya hampir-hampir terhempas ke lantai namun tindakan pantas Fahryil cepat-cepat menyambut kepala isterinya. Mata biru itu terkebil-kebil buat seketika, melihat wajah tampan Fahryil yang sangat dekat dengan mukanya. Kini, posisi mereka telah berubah dengan sekelip mata. Fahryil menahan berat badannya dengan menggunakan kedua belah tangan, seperti posisi tekan tubi tadi namun bezanya, wajah Humayraa dalam keadaan terbalik betul-betul berada di bawah mukanya.

"Abang!" Seakan baru tersedar, gadis bermata biru itu menjangkaukan tangan memukul dada bidang suaminya membuatkan Fahryil tergelak.

"Siapa suruh kacau I pagi-pagi ni?" Fahryil melakukan tekan tubi sekali gus mendaratkan satu ciuman hangat di dahi Humayraa. Dia kembali menahan badannya menggunakan kekuatan tangan.

"You memang sengaja nak cari pasal, kan?" Fahryil mengecilkan matanya, geram melihat wajah tidak bersalah Humayraa yang berada dalam keadaan terbalik. Dia kembali menurunkan badannya, satu lagi kucupan singgah di mata kanan isterinya.

"Mentang-mentang you cuti, you saja nak goda I, hah?" Fahryil meneruskan tekan tubinya seperti biasa sambil itu berdas-das kucupan hinggap di serata wajah cantik Humayraa membuatkan gadis kacukan Inggeris-Palestin itu tertawa besar dan terjerit kecil.

"Stop it! Stop it! I'm sorry, okay!" Humayraa cepat-cepat menekup seluruh wajahnya dengan kedua belah tangan.

"Show me your face," suara garau Fahryil menampar gegendang telinga.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang