FAHRYIL menarik Humayraa pergi meninggalkan kawasan itu. Beberapa orang yang berselisih dengan mereka mula melihat-lihat ke arah mereka, pertamanya kerana wajah kedua insan ini yang memang indah di pandangan mata ditambah pula baju Humayraa dan Fahryil yang cantik sedondon.
"Apa masalah awak ni?!" Humayraa membentak sebaik sahaja lelaki itu menyimpan semula tangannya. Masing-masing berwajah tegang.
"Kau ni cuba matang sikit, boleh tak?" Fahryil pula yang menyemburkan kata-kata itu tepat ke wajah bersih Humayraa.
"Matang? Awak suruh saya matang? Siapa yang tak matang sekarang?! Kenapa awak tumbuk dia? Dia tak ada cederakan awak, kan? Kenapa awak sibuk-sibuk nak kacau saya dengan dia?" Wajah Humayraa merah seperti buah tomato. Gadis itu akhirnya menghamburkan kemarahannya.
"Saya tak pernah terhegehlah pasal awak dengan perempuan tu! Sebab tahun depan bila kita bercerai, berlambak-lambak lelaki lain yang berjuta kali lagi baik daripada awak nak dekat saya, Fahryil!"
Fahryil tersentak mendengar kata-kata yang diluahkan oleh gadis yang sedang marah itu. Dia terkedu buat seketika apabila mendengar Humayraa sendiri yang menyebut tentang penceraian. Tanpa dia sedar, firasat hatinya tidak menginginkan apa yang dikatakan oleh isterinya itu untuk menjadi kenyataan. Membayangkan gadis cantik seperti anak patung ini bersama dengan lelaki lain sahaja sudah terasa pedih di hatinya.
Humayraa sudah mula mahu beredar. Hatinya terlalu sakit untuk dia terus-terusan berada bersama lelaki itu. Namun, sepantas itu juga Fahryil merentap tangan kecil isterinya lalu terus mendakap erat tubuh Humayraa. Membenamkan wajah gadis itu ke dadanya.
Gadis berdarah kacukan itu tersentak dengan tindakan drastik Fahryil. Dia cuba menolak dan meleraikan pelukan tersebut namun Fahryil tetap tidak melepaskannya. Mereka diam begitu buat seketika.
"I'm sorry. I broke the rule. I'm sorry, anatra. Let me hug you the way I hugged her."
Kata-kata itu membuatkan air mata gadis itu gugur serta-merta.
... the way I hugged her.
Hatinya pilu dan sayu. Pelukan hangat itu bukan eksklusif miliknya. Dia sebagai isteri perlu menumpang kasih dengan wanita lain. Benaknya terasa seperti disiat-siat. Oh Humayraa, bodohnya kau kerana mencipta perjanjian yang tidak masuk akal sebegini.
Air matanya mengalir laju. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini.
.....
JUVIEYA AIMA yang sedang berjalan santai di lobi hotel itu terkejut tatkala melihat ada seseorang yang sedang menanti ketibaannya. Wanita itu bijak menyembunyikan reaksi terkejutnya, hanya sekadar berlagak seperti biasa.
"Hi, aunty. Or... should I say, future mother-in-law?" sapa gadis model itu sambil tersenyum mesra.
Puan Sri Jeanne mencebik. Sapaan mesra itu sengaja dibiar sepi.
"Kau buat apa datang sini? Baru tahu jalan balik Malaysia?"
Juvieya tergelak halus. "Aunty sayang, bukan aunty ke yang send dekat I gambar kahwin Danny dengan perempuan tu? I come here to check it out and also to congratulate Danny, of course!" gadis model itu meleretkan senyuman di hujung ayatnya.
"Jangan kacau Aril dengan Humayraa! I'm warning you, Vieya."
"Aunty, I tak buat apa-apa pun lagi. Lagipun, Fahryil Danial tak cintakan perempuan tu. Dia cintakan I. Hubungan mereka tak akan kekal lama, don't worry. At the end of the day, I will be the one who will call you 'Mama'. "
"Jangan nak berangan, Vieya. Cerita kamu dengan Fahryil dah lama berakhir." Sekali lagi ayat Puan Sri Jeanne itu menyebabkan Juvieya tergelak.
"Aunty, I tak cari pun Danny. Anak tunggal aunty yang tak boleh hidup tanpa I. Lagipun, I yang selamatkan Danny waktu dekat US dulu. Bukannya perempuan yang entah siapa-siapa tu." Kata-kata itu membuatkan Puan Sri Jeanne mengguatkan genggaman tangannya. Sungguh dia tidak mahu mengakui hakikat itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
