MATA biru itu terkebil-kebil buat seketika. Fateh? Lelaki muda segak yang berdiri di hadapannya juga tersentak tatkala mata mereka bertembung. Humayraa berdehem beberapa kali sebelum terus sahaja berpaling. Cepat-cepat dia menapak pergi dari situ.
"Humayraa? Humayraa Syahlaa?"
Gadis kecil itu hanya berjalan terus tanpa menghiraukan panggilan Fateh. Hari ini sahaja, dia sudah beberapa kali berlari anak dalam gaun labuh itu. Bukan senang rupanya nak jadi seorang Cinderella...
Tiba-tiba langkahnya tersekat. Gadis berdarah Inggeris-Palestin itu terasa sukar untuk menapak, hampir-hampir sahaja dia mahu tersembam ke hadapan, mencium lantai Grand Ballroom itu. Terasa seperti ada sesuatu yang menghalang. Pantas dia menoleh ke belakang.
"Fateh!" suaranya ditahan. Pemuda itu membuat muka selamba padahal kakinya sedang memijak kain gaun Humayraa yang labuh menyapu lantai. Patutlah tak boleh jalan!
Fateh berpeluk tubuh. Keningnya dijongketkan sebelah. Keadaan masih sama - Fateh masih lagi memijak kain Humayraa menggunakan kasut kulitnya yang licin berkilat.
"Fateh, lepaslah." Pinta gadis itu separa merayu. Mata birunya sengaja dikebil-kebilkan.
"Oleh kerana ada kemungkinan yang Mayraa akan melarikan diri, janji dengan Fateh yang Mayraa tak akan lari. Kalau Mayraa lari, Fateh akan kendong Mayraa dan bawa naik atas pentas." Ugut lelaki itu. Serius sahaja raut wajahnya.
Humayraa mengangkat tangan kanannya, lagak seperti membaca ikrar dan pantas menganggukkan kepalanya beberapa kali. Nak kendong aku? Dekat sini? Nak mati ke apa?
Fateh mengangkat sedikit kakinya dan sepantas itu juga Humayraa menarik labuhan kain tersebut rapat pada dirinya. Mereka berdua membetulkan posisi masing-masing.
"Apa yang awak buat dekat sini? Kenapa awak pakai lawa-lawa ni? Macam mana awak boleh dapat baju ni? Macam mana awak boleh ada dekat sini? Siapa yang jemput awak ke majlis ni? Apa kaitan awak dengan majlis ni? Awak datang dengan siapa?" bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Fateh seperti hujanan peluru berpandu. Humayraa menarik nafas dalam-dalam.
"Fateh, slow down. By the way, Mayraa tak boleh nak jawab semua soalan tu sekarang."
Fateh diam. Lama dia merenung wajah Humayraa. Tanpa memberi sebarang amaran, laju sahaja Fateh menarik pergelangan tangan Humayraa yang kemas menyarung sarung tangan hitam lalu melangkah keluar dari Grand Ballroom.
"What are you doing, Fateh Imann?!" Humayraa tersentak dengan tindakan drastik sahabatnya itu. Mereka kini berada di ruang legar - Grand Ballroom Foyers.
Fateh masih enggan melepaskan cengkaman tangannya. Melihatkan kawasan di situ agak sibuk, dia menarik Humayraa memasuki sebuah lorong. Bebelan Humayraa langsung tidak dihiraukan. Niatnya adalah untuk berterus-terang dengan gadis itu.
Langkah Fateh yang berhenti tiba-tiba sekali gus membuatkan Humayraa terpaksa berhenti secara mendadak, hingga terlanggar sedikit belakang badan lelaki itu.
"Apa masalah awak ni, Fateh?" gadis itu merengus geram. Tidak pernah-pernah lelaki itu bertindak sedemikian rupa sepanjang tempoh perkenalan mereka.
Humayraa mengangkat pandangan. Nafasnya seakan tersekat di kerongkongan.
.....
"MANA budak-budak tu? Batang hidung pun langsung tak nampak," Puan Sri Jeanne melihat sekeliling sambil bertanya kepada Rahimah dan Lisa.
"Betul tu. Ke mana entah si budak Humayraa ni hilang lepas dapat anugerah tadi?" Rahimah turut mengiyakan kenyataan itu.
Lisa tidak ketinggalan. Dia turut melihat sekeliling. Baik Fahryil mahupun Humayraa, kedua-duanya langsung tidak ditemui di mana-mana. Kelibat Fahryil juga sudah tidak kelihatan sebaik sahaja acara yang terakhir iaitu acara penyampaian anugerah sudah berakhir. Lisa kembali menalakan pandangannya ke arah Puan Sri Jeanne dan Rahimah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
