DAVID menyandarkan kepalanya. Sudah beberapa kali dia meraup wajah bersihnya namun kerisauan yang menganggu fikiran tidak juga sirna. David yang biasanya bertindak professional dalam urusan kerjanya jarang-jarang sekali begitu.
“Mike, bacakan laporan bulan ni,” David bersuara sambil matanya masih terkatup rapat. Rambutnya dikuak ke belakang.
Michael yang memahami arahan bosnya itu mula membuka fail laporan yang sentiasa di bawa bersama. Matanya meneliti satu persatu perkataan yang tertera di atas kertas-kertas itu.
“Laporang terkini bertarikh 24 Mac 1997. Kadar faedah MMA (Money Market Account) di Bank Dunia telah meningkat sebanyak 20 peratus. Bank Ireland pula telah membayar dividen dan faedah sebanyak 15 peratus. Harga saham di Tech Inc kini sedang meningkat dengan sangat pesat. Sekarang ni, pasaran saham sedang-”
“Sorry, Mike. Beritahu jumlah keseluruhan saja. Mungkin aku boleh pertimbangkan untuk beli bumi ni.” Mata pemuda tampan itu masih lagi terpejam rapat.
Michael mengangkat sedikit pandangannya seraya terukir senyuman di bibir. Bosnya tidak nampak seperti bergurau pada waktu ini namun kata-kata itu berjaya mencuit hatinya.
“Jumlah terkini di Bank Dunia adalah sebanyak £327.4 juta. Jumlah simpanan dan pelaburan di Bank Diraja Scotland sebanyak £316.2 juta. Tak meningkat banyak sebab sekarang ni mereka ada sedikit masalah dalam pasaran wang. Untuk Bank Ireland pula, simpanan kau meningkat menjadi £328.4 juta. Akhir sekali, Bank Diraja England, akaun pasaran wang kau meningkat naik dengan ketara, sehingga mencecah 30 peratus faedah. Jumlah simpanan semasa dalam akaun kini sebanyak £397.72 juta. Kesimpulannya, jumlah keseluruhan duit simpanan kau telah mencecah £1.37 billion. Saham-saham yang kau pegang dalam beberapa buah syarikat kini dalam permintaan tinggi, memberikan kau harga yang tertinggi, sekitar 70 peratus daripada harga biasa. Dengan semua duit simpanan, pelaburan, syarikat-syarikat dan aset yang lain, diri engkau bernilai £7.82 billion. Mungkin kau patut pertimbangkan semula idea untuk beli bumi ni, Dave. Simpanan peribadi kau baru saja mencecah satu billion.”
David mengeluh. “Agak perlahan juga untuk seorang billionaire yang dah menyimpan sejak enam tahun lepas. Aku ingatkan jumlah duit simpanan tu dah mencecah trilion.”
“Bukan saja trilion, malah boleh mencecah quadrilion kalau kau masih teruskan dengan cara ini, Dave. Tetapi semestinya untuk 40 tahun akan datang. Berdasarkan pengiraan dan pemerhatian aku, dana faedah yang dibayar oleh Bank Diraja England dan juga jumlah simpanan kau dalam akaun pasaran wang mereka…” Michael mengeluarkan kalkulatornya.
“Untuk 10 tahun akan datang, faedah terkumpul dan dividen setiap tahun mencapai 70 peratus bersama dengan faedah asas yang diterima setiap bulan, lebih kurang lima hingga enam peratus. Katakan kau masih kekal dengan jumlah sekarang yang ada dalam akaun di BDE, untuk 10 tahun lagi, akaun itu boleh membiak sehingga 10 bilion pound,”
“Mike, aku nak tukar nama pemegang akaun. Tukar kepada nama orang lain.” Mata biru lelaki itu merenung dalam ke dalam mata Michael.
“Kenapa tiba-tiba, Dave? Bukan ke nanti semua usaha kau selama ni akan jadi sia-sia? Aku tahu, kau buat semua ni sebab kau tak nak bergantung pada kekayaan Ianwood dan kau nak bebas daripada…. cengkaman dan telunjuk diorang, kan? Sebab itulah kau kerja keras dan buat simpanan daripada pendapatan bulanan kau untuk bina hidup dan empayar yang baru. Jadi, kenapa Dave?” Michael yang jelas terperanjat dengan apa yang dinyatakan oleh David sebentar tadi cepat-cepat mengingatkan semula lelaki bermata biru itu tentang impian hidupnya. Ingin bebas daripada cengkaman keluarganya.
“Ya, betul. Tujuan aku masih sama, Mike. Aku cuma nak guna nama orang lain supaya diorang tak dapat nak kesan semua ni. Bukannya aku nak serahkan duit-duit ni pada sesiapa pun. Dan bukannya aku mencurigai kau. Aku yakin pada kau dan Isaac. Tapi, kita tak boleh abaikan segala kemungkinan. Lagipun Isabelle sedang merancang sesuatu. Aku takut dia dapat hidu semua ni. Sebab itulah aku terfikir untuk tukar nama. Hmm… kalaulah aku ada waris,”
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romans🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
