BAB 76

1.8K 87 3
                                        

HUMAYRAA mengorak langkah menuju ke surau yang ada di tingkat 45 bangunan korporat Empire Berhad itu. Pada waktu-waktu begini, ruang kaki lima di situ kelihatan sunyi, kerana kebanyakan pekerja sedang berehat dan menjamu selera untuk makan tengahari. Ramai yang lebih gemar menunaikan solat Zuhur di surau utama yang ada di tingkat 15 dan tingkat 30 kerana fasiliti di situ lebih luas dan selesa. Humayraa pula sebaliknya lebih suka menunaikan tanggungjawab hakikinya sebagai seorang Muslim di surau yang ada di tingkat 45 biarpun surau itu kecil dan perlu mengambil wudhuk di tempat lain.

Gadis kacukan Inggeris-Palestin itu menghayunkan beg telekungnya sambil berjalan, lagaknya senang hati. Pada ketika Humayraa menghayunkan beg itu sekali lagi, satu tangan muncul dari sebalik pintu tangga kecemasan lalu merentap kuat begnya sekali gus membuatkan dia tertarik keluar. Akibat dorongan yang kuat, tubuh gadis tersebut berpusing sekali sebelum dia tersandar di dinding ruang tangga kecemasan itu. Dahi Humayraa berkerut. Kepalanya terasa pening dengan situasi yang berlaku dengan sangat pantas. Tiba-tiba sahaja dia sudah berada di ruang tangga kecemasan.

"Fahryil!?" Mata biru itu membulat besar apabila dia tersedar bahawa Fahryil berdiri tegak di hadapannya. Wajah tampan itu kelihatan serius, tiada terpalit walau seulas senyuman nipis. Mata Fahryil yang merenung tepat ke dalam anak mata Humayraa membuatkan gadis itu berasa tidak selesa. Tangan lelaki itu masih lagi mencengkam kemas pergelangan tangannya.

"Fahryil... lepaslah. Saya nak pergi solat ni," Humayraa bersuara perlahan, tanpa memandang ke arah mata suaminya.

"Kenapa you cuba elak daripada I, Anatra?" Dahi lelaki itu berkerut. Dia bertambah tidak puas hati apabila Humayraa langsung tidak mahu menatap wajahnya.

Kali ini, Fahryil yang mula berasa geram, menekup pipi Humayraa menggunakan kedua belah tangannya lalu dipaksa kepala itu untuk menoleh memandangnya.

"You don't even want to see your husband now?" Lelaki tampan itu membesarkan matanya. Perlahan-lahan dia dapat melihat wajah putih Humayraa bertukar menjadi semakin kemerah-merahan. Secara spontan, Fahryil menyentuh dahi Humayraa dengan menggunakan dahinya sendiri. Bunyi keluhan halus kedengaran melepasi kerongkongan.

"You make me crazy, sayang."

Nafasnya seakan terhenti mendengarkan ayat itu. Kepala lututnya terasa lemah apabila Fahryil membisikkan suara dalamnya di telinga Humayraa. Jantung gadis itu berdegup dengan sangat laju. Telinganya dapat mendengar bunyi degupan jantungnya sendiri. Humayraa mengetap bibir dan menarik nafas dalam-dalam. Dengan sekuat hati, dia menghantukkan dahinya dengan dahi Fahryil.

Fahryil yang tidak menyangkakan hal tersebut terus sahaja mengadoi dan menggosok dahinya dengan spontan. Dalam masa yang sama, Humayraa melepaskan dirinya daripada kawalan lelaki itu. Cepat-cepat dia melarikan diri dari situ dengan wajahnya yang sudah pun bertukar mejadi merah padam.

"Anatra!"

.....

"KAU ni dah kenapa? Dahi merah semacam." Tegur Hazman dengan kerutan di dahinya melihatkan Fahryil yang melangkah memasuki pejabat mewah itu. Wajah lelaki berdarah Thailand itu masam mencuka. Dia menggosok-gosok dahinya dengan kasar. Fahryil menghempaskan tubuhnya di atas sofa lembut yang ada di dalam pejabat Hazman.

"Habuan 'anak itik'." Nada suaranya kedengaran malas. Dia menguak rambutnya ke belakang seraya menyandarkan kepalanya di atas sofa. Buat seketika, Fahryil memejamkan matanya.

"Aik? Garang betul 'anak itik' kau ni. Apa yang kau dah buat?"

Fahryil diam tidak memberi respon. Hazman hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat keadaan sahabat baiknya itu sebelum dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang