BAB 101

2.4K 102 5
                                        

FAHRYIL membuang pandang ke arah keindahan laut yang terbentang luas seluas pandangan matanya. Lelaki itu sekadar membiarkan dirinya dibelai angin dingin di kawasan pelabuhan Howth yang kelihatan sedikit lengang pada waktu begini. Hari sudah semakin senja namun dia masih lagi membatu di situ.

"Humayraa, where are you, honey?" Kata-kata itu hanya sekadar dibisikkan kepada dirinya sendiri.

Seharian mereka cuba menjejaki Humayraa di kota London sehinggalah Michael Haxton, adik kembar kepada Isaac Haxton berjumpa dengan mereka dan berterus-terang bahawa Humayraa sudah tiada lagi di bumi London. Mengenangkan pesanan Emilia yang mengatakan bahawa Humayraa kini berada dengan pakciknya, Fahryil dan Hazman terus sahaja terbang ke Dublin, Ireland tanpa bertangguh-tangguh. Mereka menempuh perjalanan udara selama hampir dua jam untuk ke rumah Isaac Haxton dan Liyana Lisa.

Sebaik sahaja tiba di rumah banglo sebesar istana milik tokoh perniagaan Ireland itu, Fahryil mendapati bahawa isterinya juga tiada di situ. Dia melawat Lisa di hospital persendiriannya untuk mencari Humayraa namun masih gagal menjumpai gadis bermata biru itu. Lelaki itu meraup wajahnya beberapa kali. Keluhan berat terhembus keluar.

"You hate me so much that you didn't want to meet me at all," lelaki itu menatap gambar isterinya yang dijadikan sebagai paparan utama di telefon bimbitnya. "I miss you, honey."

"Fahryil," panggilan daripada Hazman membuatkan dia tersedar daripada gelora emosinya. Dia menoleh ke arah sahabatnya yang satu itu. Lelaki itu mula duduk di sisinya.

"Nah, makan ni. Seharian ni kau langsung tak jamah apa-apa. Kau tu sudahlah tak sihat, lari dari wad hospital. Ni mama Anne risau takut kau collapse lagi." Lelaki itu menghulurkan sebungkus makanan kepada sahabatnya sambil mulutnya berleter.

Fahryil hanya memandang kosong huluran itu sebelum dia kembali membuang pandang ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya.

Hazman menghembuskan keluhan halus. "Tiba-tiba aku rasa takut pula nak kahwin," dia tersengih kecil, turut melihat kecantikan pemandangan petang di pelabuhan Howth.

Fahryil meleretkan senyuman kelat. "Bukan salah 'kahwin' itu, tapi salah orang macam aku ni yang tak reti untuk menghargai orang lain." Lelaki itu berkata perlahan.

Mereka berdua mendiamkan diri lagi. Sekadar menikmati angin petang dan suasana lengang di kawasan tepian laut itu.

"Jadi kita ni macam mana? Malam ni kita nak bermalam di mana? Aku tak book hotel lagi takut-takut kau nak terbang lagi," Hazman bersuara, memecahkan tembok kesunyian.

"Aunty Lisa ajak kita bermalam di rumah dia. Malam ni uncle balik dari Edinburgh. Lagipun aku masih tak puas hati dengan informasi yang aku dapat daripada diorang. Aku yakin yang diorang berdua ni mesti tahu sesuatu tentang lokasi sebenar Humayraa," Fahryil menggenggam erat telefon bimbitnya.

.....

"MAAF susahkan aunty untuk terima kehadiran kami di sini," Fahryil berkata dengan penuh hormat sebaik sahaja mereka dijemput masuk ke dalam rumah agam itu. Hazman turut tersenyum dan mengangguk sedikit.

"Eh, tak ada apalah. Aunty pun dah lama tak dapat kunjungan daripada orang Malaysia. Jemput duduk dulu," wanita itu terus sahaja mempelawa kedua-dua jejaka itu untuk duduk di ruang makan rumahnya. Di atas meja makan itu sudah terhidang juadah makan malam.

"Sementara nak tunggu pembantu rumah sediakan bilik untuk kamu berdua, jemputlah makan dulu. Tak lama lagi uncle kamu sampai lah. Aunty pun tak dapat nak siapkan apa sangat untuk kamu berdua, biasalah hari ni hospital sibuk." Seperti biasa, Lisa masih lagi ramah berbicara walaupun dia sudah tahu niat kehadiran dua lelaki itu di situ.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang