BAB 2

3.3K 108 2
                                        

“INI wasiat daripada arwah papa.” Puan Sri Jeanne mula bersuara melihatkan keadaan Fahryil yang hanya berdiam diri. Perlahan-lahan wanita itu mengambil sampul surat tersebut daripada pegangan lemah anak lelakinya.

“Aril saja harapan arwah papa untuk tunaikan hajat dia.” Sambung Puan Sri Jeanne lagi. Fahryil hanya diam membisu. Ada rasa tidak enak timbul di benaknya.

“Kalau keluarga kita nak dapatkan Empire semula, Aril kena kahwin dengan anak Mursyid seperti mana yang dah tertakluk dalam wasiat ni,” perlahan sahaja nada suara Puan Sri Jeanne.

No! No!” Pintas Fahryil tanpa berlengah.

“Aril tak percaya. Arwah papa tak pernah buat Aril macam ni. Arwah papa tak pernah nak atur hidup Aril. Aril tak percaya! Lagipun, Aril akan kahwin dengan Vieya. Muktamad!” Fahryil menggelengkan kepalanya dengan laju, cuba menafikan fakta yang diterima. Sekali lagi, dia menerima suatu kenyataan yang begitu sukar untuk dihadam oleh mindanya.

“Fahryil Danial! Juvieya Aima tu tak nak kahwin dengan kamu. She didn’t choose you,” Puan Sri Jeanne mengingatkan.

I don’t care. I will wait for her! Lagipun, selama ni kenapa Aril dilayan macam Empire masih milik kita? Kenapa masih lagi ada bodyguard yang iring kita waktu Aril balik Malaysia hari tu? Kenapa kita tak dihalau keluar dari sini sejak awal lagi? Habis tu, apa erti kekayaan keluarga kita, ma?” Aril menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Puan Sri Jeanne memegang tangan anaknya, cuba menenangkan jiwa anakya yang sedang berkecamuk.

“Fahryil, dengar sini. Semua ini akan bergantung pada keputusan kamu. The moment you knew, which is now, you have to choose. You need to marry her, by hook or by crook or else you and…

You deceived me! I said I wouldn’t and never will!” Ucap Fahryil keberangan, memintas kata-kata Isaac tanpa sempat lelaki Inggeris itu menghabiskan bicaranya. Fahryil bingkas bangun dan menuju ke arah pintu.

“Aril!” Panggilan daripada Puan Sri Jeanne menyebabkan langkahnya mati. Dia hanya diam tidak berkutik. Langsung tidak memalingkan muka untuk memandang wajah mamanya.

“Itu sahaja cara untuk kita dapatkan semula Empire. Aril kena kahwin dengan pemilik saham terbesar...”

“Kenapa tak papa je yang kahwin dengan perempuan tu dulu? Senang dan tak menyusahkan sesiapa!” Fahryil terus memintas dan melangkah keluar tanpa mahu menunggu mamanya menghabiskan percakapan terlebih dahulu.

“Fahryil Danial!” Puan Sri Jeanne keberangan. Hatinya benar-benar terguris dengan bicara anaknya sendiri. Bunyi dentuman pintu kayu jati itu memenuhi suasana.

Isaac dan Puan Sri Jeanne terkedu dengan keputusan dan tindakan Fahryil yang langsung tidak mahu mendengar penjelasan mereka berdua.

.....

SUASANA yang sunyi di luar membuatkan hati Humayraa sedikit yakin. Gadis bermata biru itu akhirnya membuka selak kunci pintu dengan perlahan-lahan sebelum melangkah keluar. Dia menjenguk ke arah tandas hujung dengan berhati-hati.

Jantungnya terasa mahu gugur. Mata birunya tidak berkelip, tidak percaya akan apa yang sedang dilihatnya.

Seorang pelajar perempuan yang berkaca mata, sudah tertanggal tudungnya, terduduk tidak sedarkan diri. Tudung pelajar itu sudah pun berada di dalam mangkuk tandas.

Humayraa baru sahaja mahu mendekati pelajar itu namun satu suara yang datang dari arah belakang seakan menyentap jantungnya.

“Aku dah agak dah ada orang dekat dalam tu,” itulah suara tenang yang didengarinya dari dalam tandas tadi.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang