BAB 7

2.4K 85 1
                                        

DUA gadis itu duduk melepaskan lelah berhadapan dengan air pancut yang terletak di luar bangunan Suria KLCC Mall. Suasana di situ agak redup dan berangin walaupun jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Sebaik sahaja selesai makan, Nisyha dan Humayraa berjalan-jalan di dalam mall itu manakala Fateh pula meminta diri untuk bersendirian mencari barangnya. Lelaki itu yang menyuruh mereka berdua menunggu di situ sementara dia pula hilang entah ke mana.

Pandangan Humayraa yang sedari tadi melilau memandang suasana sekeliling kini terpasak pada novel baru sahaja dibeli oleh Nisyha di Kinokuniya ketika berada di dalam Suria KLCC sebentar tadi. Buku itu dibelek seketika.

"Novel ni nampak best, itu yang aku beli tu," beritahu Nisyha tanpa dipinta. Humayraa memandang wajah bersih Nisyha dan tersenyum kecil.

"Semua novel kau kata best, Nisyha." Humayraa tertawa perlahan. Hampir-hampir tidak kedengaran. Sahabatnya itu sekadar mampu tersengih.

"Hmm... Nisyha, kau kan dah banyak baca novel, kau rasa... cerita-cerita dalam novel tu, betul ke?" Lambat-lambat Humayraa bertanya. Wajah jernihnya tampak kosong. Dia memandang sahabatnya sekilas sebelum turut membuang pandang ke arah air pancut seperti mana yang dilakukan oleh Nisyha.

"Entahlah, Mayraa. Bagi aku, semua cerita novel tu wujud. Sebab kita dapat idea untuk tulis novel, sebenarnya kalau difikirkan balik, semua idea itu asalnya daripada siapa? DIA. DIA yang merangka semua kisah hidup hamba-Nya dari Nabi Adam A.S sehinggalah hari kiamat. Kau bayangkan sajalah betapa banyaknya manusia yang Allah cipta. Dari jutaan tahun yang lalu sampai ke hari ini, manusia masih terus berkembang dan tak pernah pupus. Semua tu ada variasi pada kisah hidup masing-masing. Hatta kembar sepuluh seiras sebiji macam photostat sekali pun, cerita hidup diorang lain-lain. Kalau sekali pun, main idea yang ada dalam cerita-cerita novel itu tak berlaku dalam kehidupan manusia di Malaysia ni, mungkin di London? Italy? Jepun? Ceruk dunia entah kat mana-mana? Atau mungkin juga berlaku pada zaman-zaman lain? Percayalah, setiap sesuatu itu datangnya daripada Allah yang Maha Mengetahui. Kita ni lemah, hamba yang sangat kerdil tetapi kita selalu rasa yang kita tahu segala-galanya. Macamlah dunia ni kecil," Panjang lebar Nisyha bertazkirah. Walaupun sekali pandang gadis ceria ini selamba sahaja tingkah laku dan tutur bicaranya, namun tersembunyi fikiran yang matang dan jauh ke hadapan di sebalik identiti luarannya itu.

Humayraa terpegun mendengar hujah bernas wakil debat sekolah itu. Dia mengangguk-angguk kecil mengiyakan penjelasan panjang lebar sahabatnya.

"Habis tu, hidup kita ni macam cerita novel jugalah?" Humayraa menyoal lagi.

"Kita semua adalah watak-watak dalam cerita novel, Humayraa! Kau ialah watak utama dalam novel kau. Aku ialah watak utama dalam novel aku. Cerita kita berbeza tetapi, Penulis yang sama. Kalau difikirkan, bila kau baca novel, ada kalanya, nama watak-watak dalam novel tu sangat pelik dan sedap. Macam mustahil pun ada juga. Tapi, cuba kau buka pandangan kau luas-luas. Ramai saja manusia yang nama dia sangat sedap." Ujar Nisyha bersungguh-sungguh. Bibirnya terlukis sebuah senyuman lebar.

"Tapi, novel sekarang ni banyak yang klise. Kahwin paksa, tangkap basah, orang miskin kahwin dengan orang kayalah, CEO lah. Macam tak berkembang pun," rungut Humayraa pula menyatakan ketidakpuasan di hatinya.

"Cerita rekaan dan tulisan tangan manusia ini banyak sangat kurangnya kalau nak dibandingkan dengan cerita tulisan Allah. Olahan manusia ini banyak celanya. Sebab itulah ada bezanya antara realiti dan fantasi. Manusia ini banyak ikut sedap diorang saja. Kalau realiti kita, walaupun sesuatu perkara itu jika difikirkan memang tak logik, tetapi Allah selitkan dengan hikmah dan sebab. Supaya hamba-hamba-Nya berfikir. Memang benar ada jurang antara fantasi dan realiti. Sebab itulah..."

In a perfect story book,
the world is brave and good,
a hero take your hands,
a sweet love will follow.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang