"DIPERSILAKAN Encik Fahryil Danial untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan pembukaan kelas elit." Satu dewan bergemuruh dengan bunyi tepukan. Fahryil bangkit dari duduk dan mula melangkah naik ke atas pentas. Namun lelaki segak itu tidak segera pergi ke rostrum, sebaliknya dia pergi ke belakang pentas. Tindakannya membuatkan yang lain terkejut.
Kemunculan Fahryil di belakang pentas membuatkan pelajar-pelajar yang terlibat dengan persembahan-persembahan tadi terperanjat besar. Mereka langsung tidak menyangka lelaki tampan itu akan masuk ke kawasan tersebut.
"Humayraa mana? Humayraa Syahlaa?" Fahryil meninggikan sedikit nada suaranya supaya dapat didengari dalam suasana yang agak kecoh itu. Matanya melilau melihat sekeliling.
Wajah Humayraa jelas terpinga-pinga sewaktu namanya dipanggil dan disebut-sebut oleh pelajar-pelajar lain yang berada berhampiran dengannya.
"Humayraa, ada orang cari." Gadis itu menoleh ke arah jari telunjuk seorang pelajar perempuan yang datang mendekatinya. Mata biru itu membulat serta-merta apabila terpandangkan Fahryil di situ.
"Apa awak buat dekat sini?"
Tanpa menjawab soalan gadis kacukan Inggeris-Palestin itu, Fahryil terus mencapai pergelangan tangan isterinya lalu dibawa bersama-sama naik ke atas pentas. Perbuatan itu sekali lagi mengundang desas-desus dalam kalangan pelajar dan guru-guru.
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Nama saya Fahryil Danial, Ketua Pegawai Eksekutif Empire Berhad dan yang berdiri di sebelah saya sekarang ialah isteri kesayangan saya, Humayraa Syahlaa."
Rata-rata yang melihat dan mendengar penjelasan daripada Fahryil terperanjat besar apabila mengetahui hakikat yang sebenar. Masing-masing mula berpandangan sesama sendiri.
Humayraa menundukkan pandangannya. Dia juga sudah kehilangan kata. Langsung tidak menyangka bahawa Fahryil akan bertindak sedemikian rupa. Wajahnya yang putih melepak kini bertukar menjadi merah. Tidak tahu hendak menyembunyikan mukanya di mana. Fahryil pula masih lagi tidak melepaskan genggaman tangannya.
"Saya berada di sini dengan diberi tanggungjawab untuk memberi ucapan kepada semua yang hadir sempena perasmian kelas elit tajaan Empire Berhad. Tetapi, saya mendapat tahu bahawa timbul sedikit salah faham antara warga di sekolah ini terhadap isteri saya. Oleh itu, saya dengan rendah diri ingin membuang salah faham dan tuduhan itu."
Fateh mengukirkan senyuman nipis. Ya, hanya Fahryil saja yang boleh mendiamkan gosip-gosip liar itu. Lelaki itu hanya perlu menjelaskan sedikit tentang kisah mereka supaya tiada lagi timbul kisah-kisah rekaan daripada mulut-mulut busuk orang luar.
.....
"ANATRA, jom balik." Fahryil yang baru selesai berbual-bual dengan tuan pengetua dan beberapa orang pegawai besar sekolah, mendekati gadis kecil yang ayu memakai baju kurung cotton itu. Humayraa menoleh ke arah Fahryil. Sinaran matahari yang menyilaukan, menyebabkan anak mata biru itu tampak berkilauan seperti butiran permata.
Humayraa tidak membantah, hanya sekadar melakarkan senyuman.
Mereka berdua melangkah ke arah kereta Porsche yang diparkir kemas di kawasan lapang sekolah. Gadis itu membuka pintu di bahagian penumpang. Hasratnya terhenti seketika sebaik sahaja dia melihat sejambak bunga ros merah yang terletak cantik di situ.
"Oh, yeah. That is for you." Fahryil sempat meleretkan senyuman sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.
Humayraa mencapai jambangan bunga ros itu sambil tersenyum manis. Gadis itu duduk sambil memeluk kejap jambangan itu. Barulah dia perasan akan kehadiran sebuah kotak hadiah yang tadinya terselindung di bawah jambangan bunga.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romantik🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
