"PLEASE, Heavenly Father. I beg you," David membisik ayat tersebut berulang kali sambil kakinya membuka langkah besar menghampiri gadis itu. Sebaik sahaja tiba di situ, dia terus berdiri membelakangi gadis tersebut dan seterusnya berhadapan dengan meriam kereta kebal itu. David terus membuka lipatan kain yang dicapainya tadi lalu dikibarkan.
Kini terpampang jelas bendera kebangsaan United Kingdom - Union Jack dikibarnya, membuatkan semua yang melihat tergamam.
Sejujurnya, hatinya kecut berdepan dengan kereta kebal yang pada bila-bila masa sahaja boleh melepaskan tembakan menghancurkan sekujur jasadnya. Sebagai manusia biasa, dia juga tidak lepas daripada rasa takut itu.
'Help me, God. Help us. Please,' hatinya secara tidak sedar mula memanjat doa pada Tuhan, biarpun dia seorang atheist - seorang yang tidak mempercayai tuhan.
"Has- hasbu... hasbunallahu wa ni'mal wakeel." Kali ini zikir itu pula yang terpacul dari bibirnya secara spontan.
"Only Allah is sufficient for me," ayat itu diulang berkali-kali dengan rasa hati yang kian teguh tanpa sedar. Dia seakan sudah lupa pada perkataan 'Jesus' dan 'Heavenly Father'.
"Berundur! Mereka bawa banyak tentera. Ada dua biji roket dah bersedia pada kedudukan jam 2 dan jam 10. Lagipun kita tak nak timbulkan kekacauan antara Israel dan United Kingdom. Ramai wartawan di sekeliling kita."
Dengan izin Allah, kereta kebal itu berundur dan tidak mengapa-apakan David dan yang lain. Hakikatnya, mereka langsung tidak nampak 'tentera' dan 'wartawan' yang dilihat oleh tentera Zionist itu. Malah, roket yang dikatakan itu juga sebenarnya tidak wujud di situ.
David terduduk melutut, pertama kali dia berasa begitu takut saat dirinya berdiri di ambang maut. Biarpun fitrahnya sebagai seorang manusia untuk berasa gerun namun dia tetap menggagahkannya. Mujur sahaja tentera itu berundur, jika tidak, pasti sudah hancur bersepai seluruh badannya menerima tembakan meriam yang tepat ke arahnya. Jika dia berada di negaranya, dia akan dikawal rapi oleh pengawal-pengawal peribadi yang sangat cekap melakukan kerja mereka. Walaupun dia sendiri sentiasa berjaga-jaga namun kehadiran pengawal-pengawal peribadinya itu mampu membuatkan hatinya berasa sedikit senang. Tetapi di sini, di tempat asing yang penuh dengan bom dan peluru, sangat berbeza.
David langsung tidak menyangka bahawa dia akan merayu dan memohon kepada Tuhan untuk menyelamatkan mereka semua. Naluri hatinya kuat mengatakan bahawa ada suatu kuasa besar yang boleh mengawal semua yang ada di muka bumi ini.
"David! Are you alright?!" Isaac yang berlari dari jauh terus mendapatkan bosnya itu. Riak wajahnya jelas terpamer garis-garis kerisauan.
David yang tersedar daripada lamunannya mula mengangkat pandangan dan bangkit kembali. Dia kini telah dikerumuni oleh semua yang menyaksikan kejadian yang mendebarkan tadi. Masing-masing cuba memastikan keadaannya. Sejujurnya, tindakan yang dilakukan oleh lelaki atheist itu tadi sangat bahaya.
"Thank you," gadis paramedik itu mendekati David dan mengucapkan terima kasih. Suaranya kedengaran sedikit serak dan wajahnya merah seakan baru lepas menangis.
Buat seketika, David terpana melihat wajah gadis Palestin itu secara dekat. Matanya seakan tidak mahu menoleh ke arah lain. Dia membalas ucapan terima kasih tersebut secara bisikan sambil memerhatikan gadis itu mendekati pasukan perubatan yang berada tidak jauh dari situ.
"Dave, please don't do that next time," Isaac tidak dapat menyembunyikan kerisauannya. Dia seorang sahaja yang tahu betapa pentingnya nyawa lelaki bermata biru itu di seluruh Scotland.
"Isaac, teach me more about Islam," mata birunya merenung ke dalam anak mata Isaac. Kata-kata itu membuatkan kesemua ahli sukarelawan yang ada di situ tergamam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romantik🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
