BAB 80

2K 77 2
                                        

AIR mata yang deras melencuni pipinya tidak dihiraukan. Gadis itu berlari keluar dari bangunan mewah hotel lima bintang itu. Tangannya terketar-ketar mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan lalu mendail sesuatu.

"As-assalamualaikum... ibu..." esak tangisnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Humayraa sudah menangis tersedu-sedan.

"Waalaikumussalam, Humayraa. Kenapa ni? Kenapa anak ibu menangis ni?" Suara Rahimah yang sepertinya baru terjaga dari lena kelihatan segar sebaik sahaja terdengar esak tangis anak kesayangannya di hujung talian.

"Ibu.... ibu bo-boleh tak... jemput Mayraa sekarang? Ma-Mayraa tunggu ibu... dekat pondok bas... depan hotel ni." Gadis itu masih gagal menghentikan esak tangisnya. Pipi kirinya terasa pedih namun tidak sepedih hatinya sendiri.

"Humayraa sayang... Fahryil mana?" Lembut sahaja suara ibu menyentuh hatinya.

'Humayraa sayang...' Humayraa memejamkan matanya. Air mata mengalir laju.

"Humayraa?" Suara ibu di hujung talian menyedarkannya semula daripada lamunan. Humayraa mengesat air mata yang tumpah. Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Ibu jemputlah Mayraa cepat. Mayraa nak sangat jumpa ibu sekarang ni. Mayraa nak peluk ibu. Nanti Mayraa ceritakan semuanya pada ibu. Dah nak hujan ni. Mayraa send location dekat WhatsApp ya. Assalamualaikum."

.....

SUDAH lebih 20 minit Humayraa menunggu di situ. Ibu juga dijangkakan akan sampai tidak lama lagi memandangkan jarak hotel itu dengan rumah mereka tidaklah sejauh mana. Namun tanpa disedari, jarum jam hampir menunjukkan angka 12.

Fahryil langsung tidak menelefonnya, bertanya khabar sama ada dia sudah berjaya pulang ke rumah dengan selamat ataupun tidak. Tindakan lelaki itu tadi betul-betul menghancurkan sekeping hatinya. Sedikit pun Humayraa tidak diberikan peluang untuk menjelaskan situasi yang berlaku. Mengenangkan hal itu, hatinya terasa sakit.

Keputusan lelaki itu tadi telah menjawab segala persoalan sewaktu dia berdepan dengan Juvieya Aima. Mungkin sebelum ini, Humayraa masih lagi terbuai saat Fahryil seakan memberikannya harapan. Namun kini dia sedar yang selama ini, dia memang betul-betul tidak mempunyai tempat di hati lelaki itu. Apa yang mereka telah lalui dan kongsikan bersama selama ini hanyalah sebuah permainan lelaki itu. Tetapi sayang sekali, Humayraa tertipu dengan lakonan itu.

Allah... perasaannya begitu remuk dan hancur apabila dia mengenangkan setiap ayat yang dilafazkan tadi. Saat dia mengatakan kepada Juvieya yang dia tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap Fahryil, saat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya rasa di hati, menafikan apa yang dituturkan. Hakikatnya, satu ayat pun tidak membawa makna kebenaran malah hanya sekadar memalsukannya

Dia mengeluh halus. Satu persatu hal yang diberitahu oleh Juvieya berputar kembali di mindanya. Humayraa mengelamun jauh. Tanpa disedari, air matanya tumpah lagi.

Aku betul-betul harap yang ini cuma sekadar mimpi sahaja. Hatinya berdesis perlahan.

Tiba-tiba bunyi dentuman yang kuat menyentakkannya. Humayraa segera menoleh ke arah punca bunyi yang sepertinya datang dari arah kawasan lampu isyarat simpang T.

"Bunyi apa tu? Bunga api ke?" Gadis itu bertanya sendirian. Dahinya berkerut. Dia mengelap matanya yang berair. Dalam suasana malam yang berbekalkan cahaya lampu jalan, tahap penglihatannya agak terbatas.

Humayraa mengerling ke arah jam tangannya. Masih lagi berbaki 10 minit sebelum jam 12 malam. Macam bukan bunyi mercun ataupun bunga api. Dari tempat duduknya, Humayraa meninjau-ninjau sedikit ke arah punca bunyi. Dia perlu berjalan sedikit untuk melihat apa yang berlaku.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang