DAUN pintu dikuak dari dalam. Mereka semua keluar dari bilik mesyuarat itu. Kelihatan wajah masing-masing menunjukkan garis-garis ketegangan. Fateh yang sedari tadi menunggu di luar bilik tersebut bergerak mendekati Nisyha yang berjalan di sisi ayahnya. Lelaki muda itu jelas tertanya-tanya dengan keputusan yang dijatuhkan kepada setiap seorang daripada mereka.
"Nisyha," Fateh memanggil perlahan menyebabkan gadis itu menoleh ke arahnya.
Fateh tidak berkata apa-apa melainkan sekadar membuat isyarat mata.
Nisyha tersenyum kelat. Dia berbisik pada ayahnya sambil menunjuk ke arah Fateh. Ariff menoleh ke arah ketua pengawas itu dan mengangguk beberapa kali. Nisyha melangkah menghampiri sahabatnya.
"Yo. Ponteng kelas ke?" Gadis itu tersengih. Lagaknya seperti biasa.
"Macam mana Nisyha?" Fateh tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.
"Agak-agak?" gadis itu tidak segera menjawab. Soalan dibalas dengan soalan.
"Gantung?"
"Lima hari persekolahan bermula hari ini. Atas sebab mencederakan pelajar lain secara fizikal."
Fateh terkejut. "Tapi itu atas sebab provokasi. Dan ada bukti yang menunjukkan kau tidak bersalah." Lelaki itu seakan tidak percaya.
"Kalau aku nak mempertahankan diri aku, sepatutnya aku lepaskan diri aku dan lari. Bukannya belasah empat daripada lima orang tu sampai lembik. Well, I know that. Lagipun, sekurang-kurangnya tuan pengetua tak lucutkan jawatan aku. Untuk rekod disiplin aku, tuan pengetua bisik tadi, 'itu cerita tepi'." Nisyha tersengih seperti kerang busuk membuatkan Fateh mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Yang lain?"
"Kena buang sekolah atas sebab... banyak sebab!" Nisyha membesarkan mata bulatnya. Bunyi deheman daripada Ariff mematikan perbualan mereka. Nisyha mengerling sedikit ke arah ayahnya.
"Bye, Fath! Got to go. Kirim salam Mayraa. Cakap dengan dia, jagakan tempat aku dekat kelas elit. Kalau senang-senang, datanglah rumah! Bukan kau, tapi dia!" Nisyha berkata sambil melangkah pergi meninggalkan Fateh yang tercegat di situ.
Gadis itu sudah hilang di sebalik dinding-dinding bangunan. Fateh meleretkan senyuman nipis. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Nisyha... Nisyha. Aku tak pernah jumpa kawan yang sehebat kau. Kau memang hebat. Kau kuat fizikal dan mental.
.....
"HUMAYRAA? Awak okey?" Humayraa terjaga sebaik sahaja dia terdengar satu suara yang memanggilnya. Dia mengangkat kepalanya yang terasa berat. Dahinya berkerut.
"Cikgu dah masuk ke, Fateh?" suaranya kedengaran serak-serak basah.
"Belum lagi. Tapi Fateh tengok Mayraa ni macam tak sihat je. Okey ke tak ni?" Fateh jelas menunjukkan reaksi prihatinnya. Gadis bermata biru itu mengeleng perlahan. Dia tersenyum paksa.
"Mayraa okey je. Cuma kepala pening sikit,"
"Nisyha kirim salam." Fateh mengambil kerusi yang terletak di meja hadapan Humayraa lalu duduk di situ.
Mata gadis itu kelihatan bersinar sebaik sahaja mendengar nama Nisyha. Dia membetulkan posisi duduknya.
"Macam mana dengan dia?"
"Kena gantung. Minggu depan naik," Fateh tidak mengulas banyak. Jelas kelihatan reaksi terkejut di seluruh raut wajah Humayraa.
"Dia suruh Mayraa jagakan tempat dia dekat kelas. Dia kata, kalau senang-senang, datanglah rumah. Dia bosan," tambah lelaki kacukan Belanda itu lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
