JUVIEYA tersenyum senget sebaik sahaja menerima ketibaan gadis bermata biru itu di situ. Wajah Humayraa jelas kelihatan terkejut melihat suasana di kolam renang hotel itu. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.
“What’s happening here?” Humayraa terus sahaja bertanya sebaik sahaja dia mendekati wanita model itu. Jelas sekali dia berasa tidak selesa dengan keadaan yang berlaku di situ. Kawasan kolam renang itu dipenuhi dengan lelaki dan perempuan yang galak bersuka ria dan ada di antara mereka sekadar memakai baju renang sahaja, baik yang beragama Islam dan sebaliknya.
Gadis bermata biru itu perasan akan sedikit kelainan pada fizikal Juvieya namun dia memaksa dirinya untuk tidak mengendahkan hal itu. Ada rasa tidak sedap hati mula menyusup masuk ke dalam benaknya.
“Tak payah nak tunjuk suci sangat. Obviously they are having fun celebrating the new year.” Jemari runcing Juvieya bermain dengan gelas kaca yang dipegangnya.
“Aku tak suka dekat sini.” Humayraa sudah berkira-kira untuk pergi dari situ.
“Danny and I… we have to get married.” Langkah kaki Humayraa terhenti apabila mendengar kata-kata itu. Dalam diam, dia menelan liurnya sendiri, cuba menahan perasaannya yang mula bergelora. Mata birunya digagahkan untuk merenung ke dalam mata coklat milik Juvieya. Wajahnya dingin.
Juvieya mencapai tangan Humayraa lalu dia memaksa tangan gadis itu untuk menyentuh perutnya yang terasa keras, seperti ada sesuatu yang hidup di dalamnya. Humayraa terkejut dengan tindakan di luar jangkaan Juvieya lantas cepat-cepat menarik kembali tangannya. Gadis model yang memakai dress sehingga paras lutut itu tersenyum penuh makna. Tangannya mengusap perutnya sendiri.
“This is the crystallization of our love.” Ayat itu benar-benar telah membuatkan sekeping hati Humayraa hancur berkecai. Bibirnya menggigil sedikit, masih menahan amukan perasaan yang sudah bercampur baur.
“I rasa sudah tiba masanya untuk you pulangkan Danny pada I. Anak ini tak boleh lahir tanpa ayahnya.” Humayraa rasa lututnya menjadi lemah, hampir-hampir sahaja dia terjelopok di situ. Dia tahu Fahryil tidak pernah mencintainya. Dia tahu Fahryil dan Juvieya Aima ialah sepasang kekasih yang saling mencintai. Namun, sebagai seorang manusia biasa, dia tidak dapat lari daripada rasa kecewa dan sedih selayaknya seorang isteri yang telah dicurangi oleh si suami. Setelah semua yang berlaku selama ini, fitrah itu datang sendiri sebagai lumrah kehidupan, Humayraa juga tidak dapat menafikan rasa cinta dan harapan yang tertanam dalam hubungannya dengan Fahryil Danial.
“Honey, I’m sorry for you. Kami terlanjur semasa di Tokyo. Malam tu…”
“Stop!” Humayraa menutup telinganya sendiri. Matanya sudah berkaca, sedikit masa lagi empangan air matanya akan pecah.
Juvieya melangkah mendekati gadis kacukan Inggeris-Palestin itu. Dia menarik kuat tangan Humayraa, melarang gadis itu menutup telinganya sendiri. Senyuman sinis terukir di bibir. Puas rasa hati melihat Humayraa yang tidak keruan.
“You tahu tak kenapa dia ajak you keluar sehari sebelum pembentangan projek tu? Mesti you ingat apa yang berlaku kan? You tak pelik ke kenapa tiba-tiba ada orang nak culik you pada hari itu? You tahu kenapa?”
Ingatannya terus terimbau insiden dia telah diculik semasa mereka berdua ingin membeli sut untuk Fahryil. Disebabkan itu jugalah Fahryil telah mengalami kemalangan jalan raya dan patah tulang rusuk.
“Sebenarnya Danny dah tahu yang ada orang follow dia beberapa minggu sebelum tu. Sejak dia tahu, dia tak pernah keluar dengan I sebab dia tak nak I dan baby dalam bahaya. Dia gunakan you sebagai umpan. You sedar tak yang you dah dipergunakan?” Juvieya tergelak sinis. Wajah Humayraa yang putih melepak kini menjadi panas membahang dan merah padam. Dadanya terasa sakit dan sebak. Perasaan marah, geram, kecewa dan sedih bergaul menjadi satu. Gadis itu menggenggam erat buku limanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
