BAB 85

2.1K 88 1
                                        

KESESAKAN di kawasan itu tidak dihiraukan. Masing-masing kelihatan sibuk dengan agenda yang tersendiri. Dia hanya duduk mendiamkan diri di sebuah bangku besi yang terdapat di kawasan itu. Kedudukan cermin mata hitam yang terletak di atas batang hidung mancungnya dibetulkan sedikit. Dia menarik lagi topi yang tersarung kemas di kepalanya membuatkan separuh daripada wajahnya terlindung. Telefon bimbit yang telah dicas penuh, dihidupkan. Seharian suntuk dia tidak melihat isi kandungan iPhone itu. Sebaik sahaja telefon pintarnya kembali bernyala, berderu-deru notifikasi masuk ke dalam sistem.

73 missed calls. 96 messages. 352 personal WhatsApp.

Dia hanya membelek kesemua notifikasi itu sekali imbas sahaja. Tiada apa yang menarik perhatiannya. Kesemua mesej-mesej yang diterima terarah kepada topik yang sama. Jarinya berhenti menolak skrin telefon pintar itu. Niatnya untuk kembali mematikan telefon itu terbantut. Tajuk sebuah artikel yang tiba-tiba muncul di skrin mencuri tumpuannya.

Ireland business tycoon declared bankruptcy?

Haxton Group is facing its deadpoint.

Isaac Haxton holds a mass press conference in Dublin.

Dia mematikan skrin telefon pintar itu. Keluhan berat terhembus keluar. Tangannya menggenggam erat iPhone itu. Beg sandang yang dibawa bersama, digalas di bahu. Kesemua dokumen-dokumen penting diperiksa sekali lagi. Pengumuman yang dibuat oleh pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu membuatkan dia bangkit dari duduknya.

Kakinya melangkah masuk ke balai perlepasan. Sedikit pun dia tidak menoleh ke belakang. Sudah tiada lagi sebab untuk dia terus tinggal di sini.

Selamat tinggal, Malaysia.

.....

"SITI, tadi Humayraa ada turun sarapan tak?" Tanya Puan Sri Jeanne sambil menapak ke ruang dapur dengan beberapa beg plastik yang berisi bahan-bahan masakan yang diangkut bersama. Di belakangnya diikuti oleh Mak Bi dan tiga orang pekerja lelaki yang sedang sarat mengangkat beras, minyak masak dan beberapa lagi bahan basah. Mereka baru sahaja pulang daripada membeli barang-barang dapur untuk majlis tahlil yang akan diadakan lagi pada malam ini. Beberapa orang pembantu rumah yang ada di dapur itu mula membantu Puan Sri Jeanne menyusun barang.

"Cik Puan tak ada turun, Puan Sri. Tapi tadi saya dah hantarkan makanan dekat bilik dia." Salah seorang pembantu rumah yang bernama Siti itu berkata.

"Dia dekat bilik dia sendiri ke?"

"Ya, Puan Sri."

"Dia tengah buat apa?"

"Dia cuma termenung dekat beranda luar. Dia tak ada cakap apa-apa pun."

Puan Sri Jeanne hanya sekadar mengangguk dan tidak berkata lebih. Dia kembali memantau pekerja-pekerja di situ menyusun stok barang-barang dapur yang baru dibeli. Berkenaan Humayraa, dia bercadang untuk menjenguk keadaan menantunya itu selepas semua urusan selesai. Fahryil juga akan pulang untuk makan tengahari pada hari ini. Mereka akan bincangkan berkenaan keadaan Humayraa dengan lebih terperinci, sama ada mahu merujuk pakar psikiatri atau tidak berkenaan kemurungan.

Wanita itu mengerling ke arah jarum jam dinding yang ada di ruang dapur itu. Pukul 10.30 pagi. Dia mahu ke taman bunga sebentar.

.....

SEMUA pekerja Jabatan Strategik Korporat itu berdiri hampir serentak apabila Fahryil melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu. Wajah tampan lelaki itu kelihatan dingin dan tegang sekali gus menggerunkan semua yang ada di situ. Masing-masing tidak berani untuk bertentang mata dengan CEO muda itu.

"Duduk," suara garau itu kedengaran tegas memberi arahan, jauh berbeza dengan cara pertuturannya pada malam dia menghadiri majlis makan malam tahunan jabatan mereka.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang