FAHRYIL DANIAL melilaukan pandangannya ke serata arah. Dia menolak cermin mata hitamnya ke atas. Lelaki itu mengemaskan lagi pegangan tangannya pada jambangan bunga mawar yang segar. Sesekali dia mengerling ke arah jam tangannya. Tepat jam 10.30 pagi.
“Mana Vie ni? Flight dia dah landed tadi.”
Kelihatan pramugari-pramugari dan para penumpang kapal terbang Emirates dari Milan mula keluar dari balai pendaratan. Fahryil masih sabar menunggu dan mencari wajah kekasih hatinya dalam keramaian manusia itu.
Setengah jam berlalu namun kelibat gadis model itu masih lagi tidak kelihatan. Fahryil akhirnya melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia di sekitar kawasan itu. Jambangan bunga mawar yang sedari tadi dipegang kini diletakkan di sisinya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Juvieya.
Panggilan yang dibuat tidak dijawab. Fahryil masih lagi tidak berputus asa dan terus membuat panggilan kali kedua. Buat seketika, panggilan ke Itali itu akhirnya berjaya disambung. Dahi Fahryil berkerut sedikit.
“Hello, Vie?”
“Honey…” suara dihujung talian kedengaran serak-serak basah.
“You dekat mana ni?” Dahi licin Fahryil kembali berkerut. Dalam perkiraanya, waktu di Milan sekitar jam 3.30 pagi. Lelaki itu seakan dapat mengagak situasi yang berlaku kini.
“You balik ke tidak, Vie?” Fahryil masih cuba untuk mengawal suaranya.
“I’m… I’m sorry, baby. I tak jadi balik. Kontrak I dah sambung semula,” kedengaran suara Vieya separuh berbisik. Kenyataan itu membuatkan hati Fahryil terasa sakit akibat dipermainkan. Dia mengetap bibir.
“Kenapa you tak inform I pasal ni?” lelaki itu masih cuba bertenang. Rasa sayangnya pada Juvieya masih dapat mengawal rasa sakit hatinya.
“I’m sorry, baby. I forgot. You tunggu I dekat KLIA ke?” suara di hujung talian kedengaran merengek manja.
Fahryil mengeluh halus. “Tak. I dekat market teman mama,” dia berdalih.
“Danny, I’m sorry, okay? I will compensate this. I love you…”
“Chi è quello (who is that), hone-…” belum sempat Juvieya Aima menghabiskan bicaranya, tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki mencelah dalam bahasa Itali namun belum sempat ayat itu habis, talian sudah terputus.
Fahryil yang terkejut mendengar suara asing itu segera melihat skrin iPhonenya. Sekali lagi dahinya berkerut. Lelaki itu cuba mendail nombor telefon Juvieya beberapa kali namun talian tidak berjaya disambungkan.
Dia bangkit dari duduknya. Akibat geram yang terlampau, lelaki itu mencampak jambangan bunga mawar yang ditempah khas ke dalam tong sampah yang berdekatan. Tong sampah besi tersebut bergoyang sedikit akibat hentaman kuat jambangan bunga itu.
Fahryil terus sahaja beredar dari situ.
.....
“OKEY, apa semua ni, ibu?” Humayraa yang berjalan mundar-mandir sedari tadi mula melabuhkan punggung di sebelah ibunya. Wajahnya berselirat dengan kerutan yang merunsingkan segenap minda. Rahimah sekadar memerhatikan gelagat anaknya yang tidak keruan. Seulas senyuman cuba diukirkan di bibirnya.
“Apa dia, Mayraa?” Tanya Rahimah lembut. Cuba untuk mengawal riak wajahnya.
Humayraa merenung ke dalam anak mata Rahimah. Lama. Seakan cuba merungkai rahsia yang cuba disembunyikan oleh ibu angkatnya.
“Apa dia?” Gadis bermata biru itu mengulang kembali soalan ibunya.
“Pagi tadi ibu hantar Mayraa ke kursus kahwin. Kursus kahwin, ibu!” Humayraa masih lagi dengan wajah terkejutnya. Dia memang benar-benar tidak dapat menerima kenyataan tentang tindakan ibu susuannya itu.
“Kenapa? Apa salahnya? Ada sesiapa halang Humayraa daripada pergi ke?” Rahimah tidak lekas melatah. Sengaja dia mengajukan soalan itu kepada Humayraa.
Gadis bermata biru itu mendekat seraya tangannya merangkul tubuh tua Rahimah. Kepalanya disandarkan di bahu ibunya.
“Memanglah tak salah, ibu. Tapi… tak ada angin, tak ada apa, kenapa tiba-tiba hantar Humayraa pergi kursus kahwin? Humayraa belum lagi nak kahwin. Lagipun, orang lain tadi semua pandang Humayraa semacam. Humayraa tak suka tengok diorang pandang macam tu. Mayraa tak tahu motif ibu hantar Mayraa ke situ.” Akhirnya, gadis berkulit putih kemerah-merahan itu pun meluahkan segala isi hatinya yang dipendam sejak pagi tadi ketika dia mengikuti kursus kahwin. Rangkulannya dikemaskan lagi.
“Sudahlah tu, Mayraa. Bukannya kamu tak pernah kena yang lebih dahsyat daripada tu. Setakat orang pandang je, bukannya boleh keluar api pun daripada mata diorang untuk bakar kamu. Sudah, pergi tidur. Esok ada lagi, kan?” Rahimah memandang wajah suci anaknya. Tangannya menggosok-gosok tangan lembut gadis itu. Keluhan halus terhembus keluar, namun Rahimah bijak menyembunyikannya.
Humayraa bangkit serta melepaskan rangkulan. Mata birunya menatap wajah Rahimah. Anak matanya cuba mencari sesuatu pada wajah cantik yang sudah semakin dimamah usia itu.
“Ibu ada sembunyikan sesuatu daripada Mayraa ke? Mayraa tak tahulah, tapi akhir-akhir ni, ibu nampak… pelik,” matanya masih lagi tidak lepas daripada merenung seraut wajah ibu susuannya. Penuh dengan maksud yang mendalam.
Tiba-tiba sahaja Rahimah mengucup dahi dan ubun kepala Humayraa menyebabkan gadis itu tersentak. Dia terkebil-kebil untuk seketika.
“Sudahlah, Humayraa. Ibu mengantuklah. Ada kelas mengaji esok. Lagipun… entahlah, Mayraa. Ibu sendiri rasa ibu ni makin pelik.” Rahimah bangun dari sofa. Dia menghadiahkan senyuman kepada Humayraa yang jelas masih lagi terkebil-kebil tidak memahami bait bicaranya.
“Esok, Humayraa pergilah habiskan kursus tu. Nanti ibu bagi hadiah untuk Humayraa. Mungkin, tempoh ibu dah nak habis agaknya. Nanti kalau ibu dah tak ada, taklah bersusah-susah. Mungkin itulah sebabnya,” ujar Rahimah lantas meninggalkan anaknya keseorangan di ruang tamu itu.
Humayraa terkedu dan terdiam. Membisu seribu kata seolah-olah lidahnya sudah tiada. Dia hanya melihat sahaja pemergian Rahimah. Hatinya tetap seperti tadi – terasa ada sesuatu yang tidak kena!
~
Selamat hari raya Aidilfitri! :)) Maaf atas semua kesalahan dan kesilapan saya.
Terima kasih support saya ✨
Sincerely, cik Aiza. <3
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
