"HANA NATRAH?" Humayraa membaca nama yang tertulis di borang itu berkali-kali. Gambar passport yang tertampal di borang itu ialah miliknya, namun data yang terkandung dalam borang itu sangat berlainan.
"Umur 23 tahun, tak pandai cakap menggunakan Bahasa Melayu, pelajar tahun akhir Universiti..." gadis bermata biru itu membaca satu persatu maklumat yang terpapar di situ. Dahinya berkerut sedikit. Lain macam.
"Mana awak dapat semua maklumat ni, Fahryil?"
"Buat sendiri," mata lelaki itu masih fokus pada skrin komputer ribanya.
"Nama ni awak yang bagi juga ke?" Dahi Humayraa semakin berkerut. Banyak betul masa lelaki ni!
"Ha'ah..." Fahryil mula mengangkat pandangannya dan merenung wajah Humayraa.
"Senang je nak fikir. Hana Natrah... Anatra... bunyi nak dekat sama," lelaki itu menyambung lagi sambil tersengih.
"By the way, kau memang betul-betul nak drive sendiri pergi office? Tak nak pergi dengan aku ke?" soalan Fahryil itu membuatkan Humayraa menggeleng secara spontan.
"Tak nak. Saya malas nak menjawab. Lagipun, apa fungsi awak bagi saya identiti palsu kalau awak suruh saya naik dengan awak?" Humayraa sudah berkira-kira untuk keluar dari pejabat mini Fahryil yang ada di dalam rumah banglo mereka sebelum niatnya terbantut apabila lelaki itu memanggilnya lagi.
"Anatra," Fahryil mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya lalu dihulurkan kepada Humayraa.
"Nah ni kunci kereta. Pergi test drive dekat bawah," Fahryil menyerahkan kunci kereta Mini Cooper S berwarna putih yang baru sahaja dibeli untuk isterinya. Melihatkan itu, mata biru itu membulat seakan tidak percaya. Wajahnya terus berubah riak menjadi teruja.
"Seriously? Oh my God, Ya Allah! Thank you, Fahryil. Love you!" Humayraa berlari lalu menyambar kunci kereta itu dan mencium pipi Fahryil. Kegembiraannya langsung tidak dapat disembunyikan. Cepat sahaja gadis itu lesap dari pejabat mini tersebut, meninggalkan Fahryil seorang diri. Lelaki tampan itu terkesima sebentar sebelum tangannya perlahan-lahan menyentuh bekas kucupan isterinya. Bau minyak wangi Humayraa membuatkan wajahnya terasa panas. Jantungnya berdegup dengan laju seperti mahu melompat keluar dari dada.
.....
HUMAYRAA menelan liurnya sendiri. Dia berasa gementar sewaktu melangkah masuk ke dalam bangunan korporat yang megah milik Empire yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Gadis itu terasa seakan mahu berpatah balik dan pergi mencari Fahryil. Ah, aku tak bersedia lagi! Hatinya menjerit kuat.
Tanpa sebarang kelulusan dan pendidikan yang selayaknya, dia terasa sangat kerdil apabila dikelilingi orang-orang hebat. Humayraa seakan terlupa yang dia sendiri pernah mengetuai pembentangan projek penting yang dikendalikan oleh Fahryil di hadapan barisan menteri dan pegawai tinggi kerajaan.
"Awak... okey?" sapaan itu membuatkan Humayraa menoleh ke arah punca suara. Sebaik sahaja gadis bermata biru itu mengangkat pandangan, kecantikannya ternyata telah membuatkan nafas lelaki itu tersekat. Buat seketika mata mereka bertaut.
"Err... you okay? You look... lost," lelaki itu membetulkan pertuturannya tanpa sedikit pun mengalihkan pandangan matanya dari wajah Humayraa.
"I'm looking for HR department," Gadis berdarah kacukan itu menjawab ringkas.
"Oh really? I'm going to the HR department too. Let's go together." Melihatkan kemesraan lelaki itu, Humayraa sebenarnya berasa kurang selesa namun dengan teragak-agak dia berjalan menyaingi pemuda tersebut.
"By the way, my name is Harraz. What is your name?" Sambil mereka berjalan, Harraz kembali membuka perbualan. Sesekali dia mengerling ke arah gadis berwajah kacukan yang berjalan tidak jauh darinya. Buat seumur hidup, dia tidak pernah melihat wajah secantik itu. Kulitnya bersih seperti kaca, putih melepak dengan rona kemerah-merahan, keningnya terlukis cantik, bulu matanya lebat dan lentik, hidungnya mancung, bibirnya merah dan nipis, terukir dengan sempurna. Seakan patung ukiran karyawan agung.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Roman d'amour🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
