BAB 17

2K 76 0
                                        

ENTAH mengapa, rasa ingin tahu bertambah membuak-buak apabila dia mendapat tahu insan yang diselamatkan oleh anak bujangnya merupakan seorang gadis bernama 'Humaira'. Perasaannya mula bercampur-baur. Dia tidak mahu ada halangan baru yang bakal merosakkan rancangannya. Bukan senang untuk dia memaksa anaknya mengahwini gadis pilihannya. Dia tidak mahu wujudnya pencabar baharu.

Wanita itu tetap gigih menapak ke wad persendirian di mana pesakit tersebut telah dipindahkan dari unit kecemasan.

Syafina yang sedari tadi termenung di sofa yang terdapat di dalam wad peribadi itu serta-merta berdiri dan melakarkan senyuman buat Puan Sri Jeanne yang menapak masuk. Wanita itu membalas semula senyuman tersebut dan terus sahaja melangkah ke arah katil apabila melihat sesusuk tubuh terdampar kaku di atas katil hospital.

Kali ini wanita yang berusia separuh abad itu bertekad untuk berterus-terang kepada gadis yang telah diselamatkan oleh Fahryil agar tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap anak terunanya itu.

Apabila wajah yang terlena tidak bermaya itu semakin jelas di pandangan…

“Ya Allah!” Puan Sri Jeanne menekup mulutnya yang sedikit ternganga. Matanya terbeliak. Tidak percaya dengan apa yang dilihat dengan matanya sendiri.   Kebetulan ini terasa amat sukar untuk diterima.

Syafina hanya diam memerhati reaksi wanita elegan itu. Jauh di sudut hatinya, dia agak tertanya-tanya. Adakah wanita itu mengenali Humayraa?

Puan Sri Jeanne memandang Syafina dengan wajah yang jelas garis-garis kerisauan. “Dia… dia ni… sakit apa?” mulutnya terasa berat untuk bertanya namun hatinya melonjak-lonjak ingin tahu.

“Kenapa pipi dia bengkak? Apa yang berlaku?”

.....

FATEH meluru masuk dan terus menuju ke arah katil pesakit tanpa langsung memandang ke kiri atau kanannya. Syafina yang terkejut dengan kehadiran Fateh pantas bangun dan mendapatkan lelaki itu. Wajah tampan pemuda itu mengalir keringat biarpun suasana di dalam wad itu dingin dan nyaman. Fateh yang menyedari kehadiran gadis itu langsung menoleh.

“Kau?” lelaki itu jelas terkejut besar tatkala melihat Syafina.

Non-fatal drowning, ankle sprain, swollen in both cheeks, mild to moderate hypothermia but no internal injury… so far. Pendek cerita, dia hampir sahaja maut.” Syafina berkata jelas.

Fateh yang mendengar terus terduduk dan segera meraup mukanya berkali-kali. Wajahnya berselirat dengan kerutan.

How could this be?” tangannya menggenggam kuat pagar katil hospital itu.

“Aku telefon mak dia sekarang,” Fateh mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Tak perlu. Aunty dah beritahu tadi,” Puan Sri Jeanne yang sedari tadi menjadi pemerhati yang setia, akhirnya bersuara. Dua pasang mata itu akhirnya beralih perhatian ke arahnya. Wanita itu melangkah mendekati mereka berdua dengan seraut wajah yang selamba.

“Siapa kamu, orang muda?” Soalan yang kedengaran seakan sebuah sindiran itu ditujukan khas buat Fateh Imann.

“Nama saya Fateh Imann. Saya kawan dia, aunty.” Fateh yang sedang duduk, pantas bangun bagi menghormati wanita yang berusia seperti ibunya.

“Oh, Fateh… Imann,” riak wajah Puan Sri Jeanne jelas menyembunyikan sesuatu. Dia seperti pernah terdengar nama itu.

Aunty?” Fateh memulangkan semula soalan.

“Nama aunty, Anne. Puan Sri Jeanne.” Fateh dan Syafina terkejut dengan pengakuan wanita itu. Patutlah nampak seperti orang kenamaan. Puan Sri rupanya.

Billionaire vs Millionaire | COMPLETECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang