"ANATRA..." Sebaik sahaja Fahryil tiba di rumah banglo, dia terus sahaja menapak menuju ke bilik tidur Humayraa. Pintu yang diperbuat daripada kayu jati itu dikuak perlahan-lahan. Fahryil menjenguk ke dalam bilik dan mendapati yang isterinya sedang bersantai di balkoni bilik. Humayraa menyandarkan kepalanya di kerusi sandar yang ada di beranda bilik tidurnya sambil memejamkan mata, menikmati angin malam. Gadis itu berasa sangat kepenatan sehinggakan dia langsung tidak menyedari kewujudan Fahryil di situ. Humayraa yang baru sahaja selesai mandi, sekadar membiarkan rambutnya yang berwarna keperangan, dibiar lepas dan mengering sendiri.
"Honey..." suara Fahryil menyapa gegendang telinganya. Perlahan-lahan gadis kacukan Inggeris-Palestin itu mengangkat kelopak matanya yang terasa berat. Lelaki yang masih kelihatan segak memakai baju kemeja kelabu cair itu mula menyisir lembut rambutnya yang panjang ikal mayang.
"Eh, Fahryil. Awak baru balik?" suara itu kedengaran betul-betul mengantuk.
"Ya, sayang. I baru balik. So, how's your first day?" Pertanyaan itu membuatkan Humayraa diam buat beberapa ketika. Gadis bermata biru itu kembali menatap ke dalam anak mata coklat Fahryil.
"Boleh tak saya nak berhenti?"
"Kenapa? Anything happened? Tell me." Jari-jemari yang dari tadi bermain dengan rambut Humayraa, terhenti. Fahryil melabuhkan punggungnya di sisi gadis itu. Anak matanya serius menatap wajah cantik isterinya.
Humayraa menggosok perlahan matanya yang terasa mengantuk.
"Saya penat. Saya rasa macam tak boleh nak teruskanlah, Fahryil. Macam tak kena dengan jiwa saya. Apa kata saya tak payah belajar semua ni, tak payah buat apa-apa? Biar awak je yang uruskan company. Hmm?" Fahryil hanya diam saja mendengar omelan Humayraa yang sebenarnya dalam keadaan separa sedar.
"Eh, tapi tahun depan kan kita nak bercerai. Tak apalah saya boleh-" ayat itu tidak dapat disempurnakan apabila bibir nipisnya ditindih dengan bibir Fahryil. Mata biru yang layu seketika tadi terus menjadi segar-bugar apabila nafas hangat mereka bersatu. Humayraa membatu secara spontan manakala Fahryil masih lagi mengucup bibirnya.
"Please don't say something like that. I don't like it." bisikan suara itu kedengaran dalam dan garau membuatkan jiwa Humayraa seolah-olah lemas dalam renungan serius lelaki itu. Tindakan Fahryil yang seperti mahu mendaratkan kucupan sekali lagi membuatkan Humayraa tersentak.
"Fahryil!" Gadis kacukan Inggeris-Palestin itu menolak kuat tubuh suaminya lalu bangkit dengan cepat. Wajahnya menjadi merah padam. Mata biru itu sepertinya sudah tidak keruan. Dia bergerak menjauhi lelaki itu.
"That's my first kiss!" Humayraa berkata dengan nada yang tidak puas hati dan tangan yang menutupi sedikit mulutnya. Rasa mengantuk yang merajai fikirannya seketika tadi sudah hilang entah ke mana.
"Not your first..."
"Shut up! Awak keluar sekarang!" Humayraa sudah tidak mahu melihat wajah Fahryil, waima mendengar suara lelaki itu sekalipun kerana dia sudah hampir-hampir hilang akal. Tanpa menunggu lama, Humayraa menolak Fahryil keluar dari bilik tidurnya. Berdentum pintu bilik tersebut dihempas di hadapan muka lelaki tampan itu.
"Amboi, garang betul bini aku ni," Fahryil hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil melonggarkan sedikit ikatan tali lehernya. Entah kenapa, setiap kali dia melihat reaksi dan respon Humayraa, hatinya semakin melonjak-lonjak untuk menyakat lagi gadis itu.
Perlahan-lahan jarinya menyentuh bibirnya sendiri. Sejujurnya, jika Humayraa tidak melawan seketika tadi, dia mungkin tidak akan dapat mengawal tindakannya selepas itu. Tangan yang di bibir kini dibawa turun ke dada. Diusap beberapa kali dada bidangnya sambil mengucap perlahan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
