Bab 2 | Sweet-adventurous girl

137 8 2
                                    

"Sorry. Did you hurt?"




Tersedar je Reyhan, dia tak tahu nak buat apa. Mulut nak jawab, tapi hati dah turun naik macam roller coaster tengah memecut. Adakah ini rezeki yang terselit pada mimpi buruk malam tadi?

Atau lelaki ni sebenarnya.... No! Dia ikut kau sampai sini ke?! Eh!  Reyhan geleng kepala laju. Jangan merepek please, Reyhan. "I'm okay.. No worries." Reyhan sorok segala riak di sebalik kulit muka dia yang tebal itu. Mata melilau entah ke mana.


"Ha?"

"Huh? Apa?"


"Erhhh.." Lelaki itu nampak confius sambil sebelah kening ternaik. Ke dia yang confius ni? Reyhan keluarkan gelak nervous.

"Takkk... Tadi Kan awak Tanya saya ok ke tidak.. Jadi saya jawab la, saya.... Ok ok saja." Penuh keyakinan dalam diri, Reyhan siap buat simbol ok guna jari.

"Err... Aku tak Tanya kau. Aku tanya roti-roti ni. "Lelaki kulit agak keperangan dengan raut mat salleh itu denga fluentnya  bercakap bahasa Melayu.

Satu dewan gelak sakan bila suara sexy dan deep lelaki itu memantul ke mana-mana.

Kejap....

Whattt?!!!




Reyhan ternganga luas tak percaya sambil tangan kanan berusaha tutup mulut terbuka dia. Reyhan siap pusing 90° sebab terlalu tak percaya. Tak guna kau, mat salleh! On the spot je dia malukan Reyhan?!


"Eh, Reyhan! Bertuah punya budak... Hang pikir apa sampai habih jatuh roti-roti tu?" Sudah! Reyhan tepuk dahi sendiri. Cukup sesuai dia hari ini dengan peribahasa jatuh ditimpa tangga.

"Bukan.. Ummi.. Lelaki ni yang langgar Rey....  "Suara Reyhan makin menghilang bila tersedar lelaki tadi dah pun lesap entah ke mana.

"Haaaa.. Mana? Jantan mana yang malang sangat tu jumpa hang pagi-pagi buta nih? "Lagi sekali, gurau perli dari ummi Hayat pula cuit hati mereka.

"Ttt--tadi ada, ummi. Betul-betul depan Rey tadi. Ummi... "Reyhan kalut mencari. Siap panjangkan tengkuk sambil menjingkit untuk tengok seisi dewan.

"Tak ada tu, tak ada la. Dia dah bla la tu. Kesian mamat mat salleh tu. Mesti tengah fikir, kenapa lah dia kena jumpa perempuan macam kau hari ni. "Azlin yang baru ambil tempat duduk bersuara. Bukan dia tak perasan lelaki mat salleh tu keluar tadi. Senyum sinis pada bibirnya tak pernah hilang bila Reyhan dan dia bertemu empat mata.

Reyhan ketap gigi geram. Kepala loklak dia pun, kalau dah panas. Berangin... Jadi juga.. Reyhan cuba sedaya upaya untuk tidak mengamuk, ya. Dia ada misi lagi penting sekarang ni. Misi untuk disiplinkan mat salleh kurang diajar tadi. Bertuah punya lelaki. Kalau ummi Hayat tak tegur tadi, memang dah hilang kepala mamat tu.

"Dah.. Dah.. Apa hang ni, Azlin. Tak baik cakap lagu tu." Ummi Hayat bagi pandangan amaran. "Dah.. Hang nak apa masuk dewan makan ni, Reyhan? "Ummi Hayat pusing menghadap Reyhan lalu bawa Reyhan keluar sekali alang-alang memang dia mahu keluar. Azlin baru capai sudu untuk menyuap Reyhan jeling tajam.

"Rey nak jumpa ummi la. Rey nak gerak dah ke pondok bas. "Reyhan pakai semula Chuck Tailor limited edition yang baru dia beli dua tahun lepas.

Dua tahun lepas!

Kah! Tak ada makna dia nak tukar beli baru. Masih elok ya kasut tu. Masih bau kedai lagi. Tapi dalam mimpilah bau tu. Heh..

"Aaaah.. Ingat apa la tadi. Kejap na.. Hang ikut ummi sat. Biaq ummi settle dengan dia, ummi hantaq hang pi pondok. "Ummi terus jalan laju menuju porch seberang bangunan dewan makan itu.

EZRAWhere stories live. Discover now