Bab 50 | Her & Only Her

63 2 0
                                    

Tawa Reyhan dan Ezra terbang ke mana-mana. Tawa senda mereka ikut bergema. Ezra buat mereka berdua terpaksa berjalan masuk ke kawasan The Residence. 

Sesekali, derapan larian Reyhan mencemar alunan cengkerik bercerita. Diikuti gelak besar gadis itu bila berjaya mengusik si suami yang miskin reaksi dan ekspresi. 


"Catch me if you can!" Reyhan yang dah beberapa kaki jauh kedepan melaung.


Buat Ezra koyak senyum lebar. Dia buka langkah besar sebelum laju cuba menyaingi langkah kecil Reyhan. Terus dirangkul pinggang gadis itu lalu diangkat tinggi hingga Reyhan terpaksa merapatkan lututnya ke dada. Geli bila jemari Ezra elok mendarat pada pinggang dia yang agak sensitif.

Ezra buat beberapa pusingan dibawah lampu jalan hingga Reyhan meronta minta diturunkan. Langkah diteruskan setelah Reyhan betulkan duduk blouse panjang pada tubuh. Gadis itu sulam jemari mereka sebelum tiba-tiba melompat ke atas bendul jalan yang dah mula hilang warna.


"Carefull, babe."


Ezra eratkan pegang tangan Reyhan. Kaki yang meniti bendul jalan diperhati sambil tawa gadis itu kembali jadi musik lembut mengusik telinga Ezra.

Hari ini, dia bawa Reyhan menikmati makanan kegemaran gadis itu. Ezra mengaku, dia salah bila biarkan gadisnya larut dalam gelap tanpa sebarang informasi. Tengok senyum pada bibir Reyhan, sikit sebanyak buat jiwa dia lega.


"Abang! Tangkap!"


"Zenia!" Hampir putus urat jantung bila tiba-tiba gadis itu melonjakkan tubuh ke arah dia. Haisy, nak luku kepala tapi sayang. Pipi Reyhan dicubit lembut.

Reyhan tawa kecil sebelum kucupan ringkas sampai ke bibir Ezra. "Hehe, sorry. Sugar rush sebab dapat hot chocolate tak habis lagi." Rambut depan Ezra yang sudah diparas yang memuaskan Reyhan tolak kebelakang.

"Don't ever think to do that again." Ezra rendahkan dagu meninggalkan pandangan yang cukup.. menggetarkan urat saraf.

"Tak janji." Laju Reyhan geleng kepala. Kaki dia goyang keras. Tanda dia mahu diturunkan.

"Reyhan. Zenia." Pegangan pada paha gadis itu dikejapkan. Membuatkan Reyhan terdiam. Roh Reyhan mula bergetar takut.

"No more silly move, understand?" Rendah ton Ezra sambil turunkan tubuh Reyhan. Tudung yang terselak dia betulkan dan duduk skirt gadis itu dia kembalikan ke tempat asal.

Reyhan mengangguk kecil. Kebelakangan ini, Ezra kembali ke dirinya yang dulu. Ezra yang memukau dan Ezra yang mampu buat si kepala batu itu terdiam. "Sorry."

Lembut suara Reyhan berbisik sambil tangan ikut betulkan tudung dan skirt yang Ezra pegang. Ezra tarik senyum senget sebelum hujung hidung Reyhan dia cuit. Bila Reyhan terpejam-pejam menahan geli, Ezra tarik senyum lebar. 

"Kau tak pernah tak manis, Zenia." Terus tangan kecil itu dia genggam lalu dimasukkan ke dalam poket suit yang elok membalut tubuh. Reyhan di sebelah lagi sekali bertukar merah. Buat Ezra lagi sekali menarik raut bangga.

Butang lif dia tekan, tangan yang masih dalam poket dia keluarkan. Beberapa kali dia labuhkan kucupan buat Reyhan ketawa kecil. Reyhan cuba tarik tangan yang masih dalam genggaman namun terkunci rapat dengan jari panjang si suami.

"Stop, abang. Geli." Reyhan senggul siku Ezra dengan sisi kepala.

Dinding terdekat Ezra jadikan tempat sandar. Reyhan yang jauh dia tarik masuk dalam pelukan dengan tangan yang masih bertaut. "Nope. Terlalu lembut untuk aku lepas."

EZRAWhere stories live. Discover now