"Thank you for your help. I dah tak tahu nak minta tolong siapa dah." Chef Zarina hampir nak peluk lelaki yang bertubuh lebih tinggi dari dia yang cuma berketinggian biasa.
"Nahh, you're once my Guru. Apa pasal saya nak tolak pulak permintaan kecil ni." Ezra gulung beberapa brochure yang dia dapat masa presentation budak-budak tadi.
"Oh my god! Dah fluent cakap Melayu student British saya ni..." Chef Zarina dah tutup mulut tak menyangka. Hampir terkeluar juga la biji mata dia daripada soket.
"Please, chef.. Chef kenal saya masa saya dah memang cakap Melayu, ok?" Ezra memasak kedua belah kaki ke bumi bila kelibat Reyhan dah menyapa ekor mata. Tertoleh-toleh macam gadis itu boleh hilang sekelip mata.
"Errrr, kalau tak ada apa.. Saya minta diri dulu." Tak sempat Chef Zarina nak tahan, berdesup jejaka British itu buka langkah. Entah apa yang dikejarkan, buat Chef Zarina panasaran sendiri.
Ezra cepat-cepat kejar Reyhan yang dah tutup muka dengan beberapa fail dalam tangan. Ezra tengok sekeliling. Negatif dengan kehadiran kawan-kawan isterinya. "Pssttt!"
Hampir terangkat kain baju kurung yang Reyhan pakai bila jari telunjuk Ezra cucuk pinggang sensitif dia. "Ahhh!"
"Bb—babe.." Laju juga Ezra pegang lengan Reyhan yang terkapai cari tempat berpaut. Sebelah tangan lagi cuba lindung dahi Reyhan yang sikit lagi nak bertemu dengan bucu tiang besi.
"Sor--- mck, I'm sorry.."Ezra tarik nafas panjang sebelum lekapkan belakang tubuh Reyhan pada dada.
Boleh rasa degupan jantung Ezra laju semacam. Kalah denyut jantung dia yang tengah berdebar sebab dah tak ada jarak antara diorang. "Zen ok lah..."
Baru nak bergerak, Ezra pusingkan posisi Reyhan menghadap dia. Terpaksa lah Reyhan mendongak memandangkan lelaki depan dia ni macam galah. Tinggi semacam.
"Are you okay, babe?" Ezra pegang lengan kiri dan kanan Reyhan sambil mata scan dari hujung tudung hingga hujung kasut. Mata Ezra dah kembali pada Mata Reyhan baru bahu tegang Ezra mengendur.
"Zen... ok, abanggg." Reyhan putarkan anak mata. Pipi Ezra dia cubit mesra sebelum sulam jemari lalu mula melangkah.
"Nak per—"
Ringgg~ ringgggg~~
Telefon dalam poket jaket Ezra tiba-tiba berbunyi. Ezra berdecit sebelum capai tangan Reyhan yang berura mahu disimpan lalu telefon diangkat.
"Hello." Dingin.
Reyhan di sebelah cuma mampu pandang Ezra tajam. Mulut tu diberi Allah bukan untuk kurang ajar ok.
Ezra kemam bibir lalu membisik kata maaf. Langkah diteruskan bila Reyhan sudah mula melangkah terlebih dulu. Tak sampai seminit, raut Ezra bertukar tegang dan langkah semakin luas.
"We got to go." Ezra lepas nafas geram.
Reyhan hilang kata. Baru dia nak ajak Ezra lepak dengan kawan-kawan. Lah, dah bersepah rancangan yang dia buat sebelum sesi briefing lokasi pukul 6 nanti.
Laju Ezra buka langkah, namun bila Reyhan asyik mengeluh, Ezra cuba pendekkan langkah dan perlahankan tempo berjalan. Setelah 5 minit perjalanan, rumah dua tingkat warna putih menyapa retina. Bila tombol nampak tak berkunci, Ezra tolak kasar pintu rumah.
Berkerut hebat dahi Reyhan, rasanya dia kunci pintu sebelum keluar tadi. Tapi kenapa Ezra tolak macam tu je? Ada pencuri ke? Oh No!
"Ezr—" Mencicit Reyhan lari dengan muka cemas sebelum perlahan-lahan terkaku.
"Ma'am..." Jake dekat sliding door pertama menyapa.
Reyhan terus betulkan cara berdiri sebelum tarik senyum ringkas. Setiap wajah lelaki-lelaki yang ada dalam ruang tamu dan balkoni rumah dia pandang. Ezra yang baru keluar dari bilik bawah dah mencekak pinggang. Sejak bila mamat tu masuk bilik tu?
YOU ARE READING
EZRA
Action-*The dangerous MYTH that becomes true*- **** "Kalau macam tu, aku sanggup mati." - Reyhan Zenia "Wah, wah, wahhh! Sanggup mati, ek? Kau tau tak siapa si sial ni?" - Sang pembelot "Kenal!" "Siapa?" "Ezra." "Udara un...