Ezra hembus asap terakhir daripada puntung rokok yang baru dia pijak dekat lantai tadi. Perlahan-lahan dia tolak tubuh dia jauh dari dinding. Sekejap itu juga dia mengeluh panjang lagi. Blazer yang tergantung pada tembok dia capai lalu dibawa ke atas bahu kanan.
Thump!
Kuat pintu utama itu bertembung dinding kesan tolakan ganas Ezra. Ruang pejabat terus jadi senyap daripada riuh rendah tadi. Jake yang memang dah pucat sebelah Hafiz terus berdiri sambil menyapa Ezra. "Bos."
"Ezra."
Sementara yang lain cuma duduk balik dekat tempat masing-masing, dia rasa macam tak boleh hidup. Hidup dia kembali rasa tak ada tujuan bila nampak sinaran yang terpancar dari anak mata Ezra. Malap.
Mate, let me tell you. That's not a good sign, alright? Never a good sign!
"Jake Najmi! My office, NOW!"
Habis semua yang terlibat operasi hari ini berdesis takut. Beberapa saat lepas tu, semua orang mula tertumpu pada Jake yang dah serupa robot yang baru dapat minyak pada sendi. "Korang.. Doakan aku hidup lepas ni."
Masing-masing angguk laju. Dah tentulah. Bila kau dah kena titah masuk bilik yang penuh aura mahkamah syariah tu, Allah je mampu bawa kau keluar hidup-hidup. Tak ada benda lain.
Tok
Tok
Tok
"Masuk."
Kedengaran dingin. Jake kemam bibir sambil dalam hati tak putus doa yang Reyhan tak pernah terlibat langsung dengan kes lemas tempoh hari. Ya Allah... HanyaMu yang mampu selamatkan hambuMu ni daripada syaitan segala syaitan yang ada dalam office tu.
Tutup sahaja pintu, Ezra pusingkan kerusi menghadap Jake. "Report."
"Err... Emm...."
"Jake Najmi... Please.. Aku tak ada masa nak dengar kau tergagap dekat sini." Ezra tegakkan tubuh untuk meletakkan tangan atas meja.
"Ss--sorry.. Emmm... Ha--hari tu.. Ma'am.. Masa aku jumpa dia dekat mall... Dia terduduk. And bi---"
"Apa maksud kau dia terduduk?"Keras suara Ezra terkejut dengan berita luar alam yang baru sampai pada telinga dia hari ni.
"Makk--maksud aku, dia really looked sad. Maybe she's too sad and .... you know, kaki jadi lemah and whatsoever." Makin lemah suara Jake dihujung ayat.
Bukan apa, dia tak kuat geng.. Mata Ezra lagi tajam dari kata-kata, mat.. Mampus kau, Jake.. Jake tarik nafas reda.
"She's too sad? Like really, really sad?" Ezra bersuara dengan muka tak beriak. Perlahan-lahan dia bersandar lemah pada kerusi. "Are you sure, Jake? she cried after I left there?"
Jake kerut dahi. Sekarang ni Ezra bercakap dengan dia kan? Bukan dengan dinding sebelah dia ni kan? Sempat Jake tengok dinding yang mungkin dah tertembus dalam kepala Ezra. "Ye--yeah.. Yeah.. Dia.. Dia actually tak nak kau tau.. Tapi nyawa aku sekarang ni lagi penting dari janji tu... aku rasa.." Jake kecilkan mata dengan sengih tak berapa berani tengok Ezra yang dah berdiri.
"Ok.. Kau boleh keluar." Mendatar suara Ezra.
YOU ARE READING
EZRA
Action-*The dangerous MYTH that becomes true*- **** "Kalau macam tu, aku sanggup mati." - Reyhan Zenia "Wah, wah, wahhh! Sanggup mati, ek? Kau tau tak siapa si sial ni?" - Sang pembelot "Kenal!" "Siapa?" "Ezra." "Udara un...