Bab 31| The truth

52 3 2
                                    

Raut Ezra bertukar tegang bila Reyhan mula tersenyum lebar macam tu. Dia mula rasa Reyhan cuma mahu bermain-main. Tajam dia pandang Jake, Edgar, dengan Hafiz.

Semua dah pucat semacam. Ini baru tahap pertama Ezra marah. Tak tau la apa jadi kalau tingkat amarah tu menaik. Rasanya jiwa raga koyak kot nak melayan sarcasm lelaki durjana tu. Sudahnya, tiga-tiga lelaki itu berdiri perlahan-lahan bangun dari kerusi.

Reyhan yang saksi kepada pertukaran rona muka tiga lelaki itu buat dia telan liur. Dia pandang Ezra semula. Suami kau marah, Zen?

Hmhh.. Peduli apa. Sekarang ni dia lagi kisahkan tiga benda alah atas meja tu. Reyhan perlahan berdehem lalu betulkan cara duduk. 

Hilang tiga jejaka tadi ke ruang tamu, Ezra habiskan nasi goreng yang berbaki sambil ditenung oleh isteri sendiri. Dari riak muka tu, dia perasan Reyhan masih tak kisah dengan rasa tak senang yang mula bertandang hati. Haishhh.. Nak hadap husband strict kena kental weh.

Ezra tolak kerusi ke belakang sikit buat Reyhan sikit tersentak. Haishhhhh. Reyhan rasa seram sendiri bila Ezra masih tarik muka. Tapi dia kena tetapkan riak stern dia tu kalau tak nak Ezra mengelak dari jawab segala persoalan yang dah 2 minggu dalam kepala.

Title Ezra sebagai suami tak bermakna dia perlu diamkan hal sensitif macam ni. Buatnya suami dia set-set mafia yang satu dunia cari? Tak pun kaki penipu yang sengaja menyorok dekat Malaysia.. Who knows..Free-free kena tipu dengan penipu dunia.


"Babe... "


Dingin. Sampai ke jiwa Reyhan. Ton yang berjaya buat tembok tinggi Reyhan bergegar macam tu je dengan angin sejuk suara Ezra. Reyhan kemam bibir. Dia tunduk sikit sambil mata pandang jari yang dah bertaut penuh rasa bersalah.

"Hey.. Come here. " Ezra yang perasan dengan riak Reyhan, senyum nipis.

Dari cara lelaki tu senyum, Reyhan dah boleh agak. Ezra bukan kaki hentam anak dara orang macam semua perempuan dekat atas muka bumi ni suka dekat dia. Sebab senyum nipis macam tu pun, boleh nampak kekok dia dekat situ.

Reyhan macam biasa la, tak kisah. Dia boleh buat lagi baik dari yang dah ada. Ezra akan senyum manis untuk dia dan hanya untuk dia.

Ezra tarik kerusi Reyhan bila gadis itu tak ada tanda-tanda nak bergerak. Rapat kedudukan mereka sampai kedua belah lutut Reyhan bertemu kerusi yang Ezra duduk. Kaki dia berada diantara kaki Ezra yang terbuka luas menyimpan ruang untuk Reyhan.

"Hey, look into my eyes. " Ezra bersuara.

Reyhan pandang anak mata Ezra lambat-lambat. Bibir dia kemam semula bila sifat berani tadi lambat-lambat bertukar jadi takut. Takut kalau-kalau Ezra bagi layanan dingin macam sebulan lepas mungkin.

"Are you scared of me?" Perlahan  Ezra berbisik sambil tangan mengelus rahang Reyhan hingga ke dagu.

Reyhan geleng lemah. "Tak. Just... You change your feelings too fast. I ... I'm scared that you'll do the same to me like before." Reyhan balas dengan berbisik juga.

Ezra yang tengah tahan lengan pada paha untuk samakan paras mata masing-masing melebarkan lagi senyuman. "Silly. "

Ezra ketuk perlahan hidung Reyhan dengan jari telunjuk yang dibengkokkan. Ternaik wajah Reyhan bila nada suara Ezra bertukar suka.

"Stop looking at me like that. That's why I didn't tell you what I actually did for a living." Ezra lepas nafas panjang sambil kepala dia pangku dengan tangan kiri. Mata pula masih melekat pada kedua belah mata indah milik Reyhan.

EZRAWhere stories live. Discover now