Bab 15 | Family, huh?

70 6 0
                                    

Enjin kereta terus Zinnirah matikan selepas Shahir angkat anak mereka, Muaz ke dalam rumah. Kak Zin yang dah gelabah tak nampak Reyhan dekat ruang tamu terus terjah masuk dapur. Kelihatan Reyhan yang dah berpeluh tertunduk-tunduk depan kuali berisi rendang tengah periksa keadaan daging yang ada. Kak Zin lepas nafas lega. Perlahan dia dekati pengantin baru tu.

"Rey... Sumpah. Kalau Kak Zin tak perasan Rey dekat sini, satu kampung Kak Zin jelajah demi Rey tau." Zinnirah pegang dada sambil belakang badan Reyhan dia tepuk beberapa kali.

Reyhan yang tersentak terus berdiri tegak. Dapur besar yang muat untuk kuali besar tu cuma paras buku lali dia. Nasib periuk besar tu kurangkan kerendahan dapur besi tu. Zinnirah terus Reyhan peluk. "Ya Allah, Kak Zin... Terkejut Rey. Bila sampai?"

Zinnirah tarik senyum nipis. "Baru je. Ermmmm.. Lama lagi ke Rey nak hadap rendang ni?" Zinnirah siap check gerbang yang bersambung dengan ruang tamu tengah. Takut ada mata-mata yang tersilap indentiti senyap-senyap curi dengar perbualan diorang.

"Dah settle dah. Tunggu daging dah lembut, baru Rey nak isi santan." Rey mendekati singki lalu tangan dia basuh. Perlahan dia buka langkah membontoti Kak Zin yang nampak tak berapa selesa dari tadi.

Sampai depan satu bilik, Kak Zin pusing menghadap Reyhan. Senyum lebar yang tertampal pada bibir Kak Zin buat Reyhan ikut tersenyum. "Kak Zin ada surprise untuk Rey. Rey buka pintu bilik ni,ada surprise atas katil." Kebetulan Shahir baru munculkan diri dari sebalik pintu.

"Ermmm.. Rey, tengok kejap, eh?" Kak Zin dengan Abang Shahir saling berpeluk bahu sambil mengangguk.

Perlahan Reyhan tolak daun pintu lalu laju mata Reyhan daratkan pada katil yang terletak di sebelah kiri bilik. Terus besar mata gadis muda itu sambil tahan jeritan kecil yang hampir terlepas tadi. "Kak Zin! Abang Shahir! Korang ada anak?!"

Tergelak halus pasangan tu. "Kitorang ada 3 orang anak, Rey. Dua ketul dekat asrama KL, seketul lagi tu. Atas katil tu." Kak Zin lepaskan pelukan Abang Shahir lalu Reyhan dia bawa dapur semula. Abang Shahir pula dah masuk semula ke dalam bilik. Sebelum ruang dapur diorang masuk, beria Kak Zin check dulu. Bila ditanya, laju Kak Zin tukar topik.

"Rey dari pukul berapa dekat dapur? Rey dah sihat ke?" Kak Zin tarik kerusi lalu dia labuhkan duduk di situ.

Reyhan kerut dahi. "Kak Zin.. Rey sihat lah. Siapa kata Rey tak sihat?" Tangan dia yng memang tak mampu duduk diam mula sediakan bahan kari telur.

"Ezra siap pesan dekat Kak Zin beli panadol untuk Rey tau. Tak ke tak sihat tu sampai minta panadol." Berkali-kali Zinnirah senggul lengan Reyhan. Habis merah dah muka Reyhan ysng agak putih tu.

"Tak ada lah sakit teruk. Sakit fitrah seorang perempuan. Bukan apa pun." Malu-malu Reyhan singkap cerita. Bukan apa, Ezra kot yang beria suruh orang beli panadol, apa kes?!

"Tak payah malu dengan Kak Zin. Ezra tu nampak je stern macam tu. Nampak macam tak kisah langsung pasal urusan orang lain. Tapi kalau betul cara dia, dia ok je. Kan?" Kak Zin tepuk beberapa kali belakang badan Reyhan lalu jag air teh o maghrib tadi dia tarik.

Reyhan terkebil sorang di situ. Kak Zin dah beria angkat kening tinggi berkali-kali. "Ezra stern ke?" Nasib tak Reyhan duduk sebelah Kak Zin. Habis tersembur jauh air teh o sampai ke seberang meja.

"Rey... Serius la?" Kak Zin tarik dua helai tisu lalu mulut sendiri dia lap. Mungkin air yang terpercik tadi tak banyak jadi Kak Zin mampu lap dengan sehelai tisu je.

"Rey rasa dia ok je." Reyhan main bunga lawang dalam mangkuk.

"Rey mesti tak tengok muka Ezra tidur ni.." Kak Zin isi semula air dalam gelas sendiri. Sempat dia offer pada Reyhan, tapi Reyhan tak rasa dia boleh terima air teh bila perut dia masih sengal.

EZRAWhere stories live. Discover now