Reyhan jatuhkan tubuh dia atas kerusi. Mengah yang menguasai dia cuba stabilkan. Maklum lah, kelas teori terakhir hari ini diadakan dalam bangunan lama. Jadi agak jauh dari bangunan baru yang tak sampai 10 minit dari bangunan kolej dia.
"Penatnya..."
Nina yang sampai sekali tadi pun dah mengipas muka bila pendingin hawa agak tinggi suhunya. Langsung tak buat bilik sedia panas itu jadi sejuk. Namun mata tajam dia terpandang jaket kulit yang Reyhan pakai.
"Huish.. Sejak bila Reyhan Zenia terjerumus jadi rider ni?" Mata dah terjeling-jeling jaket yang tersarung pada tubuh Reyhan.
Reyhan betulkan jaket kulit dengan riak malu-malu kucing. "Bukan jaket aku la." Cantas Reyhan perlahan.
Baru Nina nak sambung usik Reyhan yang dah naik merak muka dia, pintu tadi dibuka kasar dari luar. Muncul Lisa, Liana dan beberapa pelajar lain. Cumanya, dua wanita itu masih beraut bengis. Reyhan terus renung dua manusia itu dengan mata penuh dendam.
"Asal kau tengok dua ekor tu macam nak telan? Diorang buat apa dekat pula kali ni?" Nina pandang Reyhan dengan dua gadis yang tengah jalan penuh bergaya ke arah mereka silih berganti.
Reyhan tarik sengih sinis. "Semalam aku balik bilik. Entah mimpi apa tak tau, boleh pula Liana tu terjah masuk."
"Buang tabiat apa ambil kisah pasal kau?" Nina yang tengah mengunyah kacang bagi respon paling dramatik. Bukan Nina la kalau tak berdrama.
"Kau tau rumours terbaru aku minggu ni?" Reyhan siap angkat kening sambil hujung mata elok pandang dua manusia yang elok peluk tubuh sebelah meja yang Reyhan duduk.
Nina pandang Lisa dan Liana tapi mulut menjawab soalan Reyhan. "Hah, apa lagi benda mengarut pasal kau yang aku tak tau?"
"Aku buat servis buka kaki."
"Huh?" Nina terpaksa pandang dua kali pada Reyhan. "Buka kaki apa dia kau ni?"
"Aku buat servis 'spread the leg'... Alaaa, servis s*ks tu, Nina..." Reyhan rasa nak piat telinga Nina. Duduk sebelah pun, gaya hidup zaman batu dia punya loading.
"Hai Nina. Takkan itu pun kau tak tahu? Bukan kau join sekali ke semalam? Bawa jantan masuk bilik siap buka baju." Lisa letak bag ke atas meja sebelah tapi masih berdiri di sisi meja Reyhan.
"Hah? Malam semalam aku ikut kakak aku pergi jumpa tunang dia la dekat rumah bakal dia. Kau ni dah kenapa, Lisa?" Alaaaa.. Reyhan rasa nak demam tengok perangai lambat Nina ni.
"Nina.. Kau ni bengap ke apa? Point dia sekarang ni, kawan baik kau ni bawa masuk jantan dalam bilik. Otak kau tu yang dah kenapa sekarang ni." Liana dah sengih nak tergelak.
Elok la dua-dua perangai tak guna. Sorang pelacur tak tau malu berkawan dengan perempuan otak lembap. Sepadan sangat jadi kawan.
"Jantan? Reyhan? Kau ni baru hidup ke, baru nak ambil tahu hal semasa?" Nina pula tergelak sinis bila dengar perkataan paling anti dalam hidup Reyhan itu.
"Kau pernah dengar tak cerita best student kena sunat kali kedua masa first semester kita? Ha, Reyhan la yang sunatkan tu." Habis berterabur kacang terkeluar dari plastik bila Nina gelak tak ingat dunia.
"Kau boleh tak jangan nak ungkit hal lama. Sekarang ni, aku cerita pasal Reyhan Zenia ni baru bawa masuk lelaki dalam bilik!" Ambil kau. Habis satu dewan pandang diorang berempat dekat situ.
YOU ARE READING
EZRA
Action-*The dangerous MYTH that becomes true*- **** "Kalau macam tu, aku sanggup mati." - Reyhan Zenia "Wah, wah, wahhh! Sanggup mati, ek? Kau tau tak siapa si sial ni?" - Sang pembelot "Kenal!" "Siapa?" "Ezra." "Udara un...