Sebatang pencungkil gigi diambil dari kaunter kedai mamak. Dia letak lengan dia di atas kaunter lalu mata dipicingkan untuk mencari meja luar yang kosong.
8 pagi macam ni memang sedap tekak kalau pekena teh susu panas dengan dua keping roti canai kuah banjir. Bangun je tiga orang pelanggan di meja luar, laju Jerry ambil meja tanpa tunggu di kemas.
Terus dia order masa salah seorang pekerja di situ ambil pinggan-pinggan kotor. Nak jimat masa kononnya padahal dah 3 hari dua malam asyik hadap roti Gardenia dengan kaya.
Bukan pasal tak ada duit, tapi konco-konco perembat 'reban ayam' dia masih berkeliaran cuba cari dia lepas dia habiskan hukuman penjara selama lima tahun. Jerry betulkan kaca mata hitam pada pangkal hidung. Cap hitam yang tersarung pada kepala dia betulkan berkali-kali.
Tak sempat order sampai, seorang lelaki bertubuh sederhana dengan baju bunga-bunga yang Agak terpakai duduk depan dia. Jerry yang terkejut nasib tak melompat. Nasib la lelaki yang duduk depan dia ni pakai baju bunga. Kalau dia bantai pakai jaket kulit dengan boot, memang sayonara la teh susu dengan roti canai dua keping banjir dia.
"Apahal pagi-pagi buta mesej aku ajak jumpa ni? Kau tau tak aku baru keluar tiga hari lepas? "Lelaki Melayu berbaju bunga-bunga tu masih gosok pangkal leher dengan mata yang masih layu.
"Kau ada kerja or tak ada kerja? "Straight to the point. Jerry pun kesuntukan masa sebab...
Dia perlu cepat. Lima tahun.. Lima tahu itu dah terlalu lama untuk misi yang dia nak jalankan ni.
"Kerja? "Laju lelaki tu pandang Jerry yang dah pangku siku di atas meja.
"Kerja dengan aku. Tapi itu la.. Jangan harap gaji la.. Awal-awal ni. "Jerry satukan ibu jari dengan jari telunjuk sambil sebelah mata disepetkan.
Lelaki Melayu tadi terus gelak sinis. "Dah la, Jerry.. Aku pun dah tak nak buat kerja tu lagi. Kan aku dah cakap hari tu. "
"Aku nak berubah. Aku nak anak bini aku makan makanan halal, sedap-sedap.. Ok? "Lelaki tu bertukar riak selamba kepada riak serius.
"Alaa, Fit... Fitri... Iya, aku tahu.. Duduk.. "Jerry sempat sambar pergelangan tangan Fitri. Dia tarik-tarik tangan itu sampai Fitri terduduk semula. Nasib la keding je tubuh Fitri ni. Kalau tak, Jerry pun malas nak angkut Fitri masuk projek besar dia ni.
"Fitri... Aku tau.. Kau nak cari rezeki halal... Itu pasal aku offer kau job ni.. And itu pasal aku kata gaji lambat masuk. Boleh la, eh? Tolong aku? "Jerry satukan tapak tangan paras dada. Senyum lebar penuh makna dia kasi padu.
Elok Fitri buka mulut, order Jerry pun sampai. "Dua keping lagi. Sama.. Banjir. Air, Fit? "Laju je Jerry orderkan untuk Fitri yang masih berbelah bahagi.
"Milo 'o'. "
"Haaa.. Macam itu la kawan.. "Jerry tepuk lengan kiri kanan Fitri sambil tersengih suka.
"Kau nak aku buat apa? Kalau setakat cari anak ayam, jadi broker anak-anak ayam kau, aku angkat tangan. Aku resign awal. "Fitri yang duduk menghadap luar silangkan kaki sambil main dengan hujung baju besar yang tersarung pada tubuh dia.
"Hisyyy.. "Jerry mendesis dengan roti canai masih dalam mulut. Dia telan dulu mana yang sempat sebelum bersuara. "Dah beribu kali aku cakap. Aku tak terlibat dah dengan bussiness tu.. Berapa kali aku nak kena cakap ma? "
Muncul balik slang cina bila Fitri betul-betul hit the spot Jerry. Fitri tersengih sinis. Bukan tak tau member dua tiga tahun menyesal tak sudah sebab deal dengan pihak yang salah.
YOU ARE READING
EZRA
Action-*The dangerous MYTH that becomes true*- **** "Kalau macam tu, aku sanggup mati." - Reyhan Zenia "Wah, wah, wahhh! Sanggup mati, ek? Kau tau tak siapa si sial ni?" - Sang pembelot "Kenal!" "Siapa?" "Ezra." "Udara un...