Alunan piano dari seorang artis bernama Kitaro mula masuk ke corong telinga. Perlahan-lahan dia menyusun langkah masuk ke pejabat bertemakan vintage. Cuma yang membezakan suasana adalah pakaian yang dipakai lelaki yang elok bersila di sebalik meja rendah itu.
"Papa.. "Chairil duduk melutut depan Kenji Artemis, pengarah merangkap ayah kandung kepada CEO baru Warisan Artemis Hotel.
"Ryu.... "Kenji letak fail yang dipegang ke atas meja.
"Macam mana hari ni? Kerja semua ok? "Kenji peluk tubuh sambil lihat anaknya yang setia menghormati budaya keluarga ibunya.
"Ok.. Cuma dua minggu lagi Dato Acchiles ajak papa pergi private party dia. Papa nak pergi tak? "Chairil bersuara sambil tanggalkan tali leher yang dari awal pagi tadi jerut leher dia.
"Acchiles? Heh! Dah susah baru nak cari balik aku." Kenji atau nama sebenar ialah Assraf Artemis. Keturunan Melayu yang bercampur darah dengan Amerika. Namun, kerana terlalu sayangkan mendiang isterinya Kaoru Kazuki. Dia sanggup menukar nama.
"Papa kenal ke dia? "Chairil yang baru habis melipat lengan baju ke paras siku letakkan semula tangan atas paha.
"Lelaki tu tak boleh percaya. Bagi betis, nak paha. Tamak yang makan diri sendiri. "Kenji berdecit jijik bila teringat kisah lalu.
"So, papa nak Ryu pergi ke? "Chairil dah mula menyampah. Masih segar dalam kepala yang majlis tempoh hari pun agak bingit. Kalah anak-anak muda punya majlis.
"Hmmm.. Nak buat macam mana. Dia shield yang paling kukuh setakat ni. Hilang kerjasama dia, bisnes kita... "Kenji lerak ibu jari pada tengkuk lalu ditarik melintang merentasi tengkuk yang menegak.
"Lingkup. "
Chairil mendengus tak puas hati. Hati menjerit nak tolak arahan yang satu itu. Tapi rasa hormat pada satu-satunya ayah yang dia ada buat bibirnya terkatup rapat.
"Kalau itu keputusan papa.. Apa Ryu boleh buat." Chairil perlahan-lahan bangkit lalu betulkan seluar yang ternaik. Dia tunduk hormat 90° sebelum keluar dari pejabat peribadi Kenji Artemis.
Rapat saja pintu, dia mengeluh perlahan sambil langkah dia bawa ke arah tingkat atas. Sampai je depan pintu, lagi sekali dia mengeluh.
Sejak kejadian dekat hall hotel sendiri tempoh hari.. Kepala dia asyik teringatkan perempuan yang berani naik tangan ke pipi dia. Selama 26 tahun dia hidup, baru hari itu sorang perempuan dengan berani sentuh pipi dia.
Tangan kanan Chairil tanpa sedar naik mengusap pipi kiri. Dia tarik senyum sinis sebelum tolak pintu biliknya.
"Such an interesting girl. " Chairil campak tubuh letih dia ke atas katil.
"Kalau aku kelar tangan tu... Fuhhh.. "Terpejam mata Chairil menikmati riak sakit yang bakal perempuan hari tu tunjukkan.
YOU ARE READING
EZRA
Action-*The dangerous MYTH that becomes true*- **** "Kalau macam tu, aku sanggup mati." - Reyhan Zenia "Wah, wah, wahhh! Sanggup mati, ek? Kau tau tak siapa si sial ni?" - Sang pembelot "Kenal!" "Siapa?" "Ezra." "Udara un...