Bab 13 | A promise still a promise

54 5 0
                                    

Hati Reyhan mula berdegup kencang. Kereta yang berpendingin hawa ni pun tak mampu bagi dia rasa sejuk. Nasib baik dia bukan jenis yang berpeluh bila nervous. Sekarang pun, kaki sendiri tak boleh duduk diam. Dari pukul 9 tadi diorang sampai dekat pejabat agama ni, Kaki tu pandai berhenti bergerak atas bawah.

"K, still tak dapat contact ke?" Reyhan cuba distract diri sendiri. Makin lama tunggu, makin lama hati dia tak tenteram.

Wakil diorang dah sampai, tapi dia..." K tarik muka rasa bersalah. Tak nak la Reyhan ikut susah hati memandangkan hari ni hari pernikahan dia. K mula lap tompokan peluh yang dah terbentuk pada dahi. Reyhan mula rasa bersalah tengok matahari yang dah terpacak tinggi.

Apasal la dia janji macam tu hari tu? Apasal la dia cari pasal dekat begkel hari tu? Apahal lah dengan otak dia tak faham-faham perasaan orang lain ni? Reyhan angkat kepala. Jam dekat dashboard kereta dia pandang. Dah pukul 11: 15 p.m.

Perlahan-perlahan Reyhan keluar dari kereta. Ummi yang dah masuk dalam pejabat dia tenung dengan perasaan penuh rasa bersalah. Dah dia yang buat hal bukan-bukan, kan haru-biru macam ni.

"Jom balik, K, Reyhan. " Hakimi sambar lengan Reyhan dengan berlapikkan kain baju kurung lalu laju menapak ke pejabat. Hakimi nak bawa Reyhan untuk pujuk ummi balik. Dia tak suka tengok ummi susah sebab benda bodoh ni. Haiishh..

"Eh.. Abang Kimi.. Jatuh Rey ni.." Reyhan cuba rentap tangan kanannya tu. Kot boleh kembalikan Hakimi ke alam dunia ni. Terkejut dia tiba-tiba ada orang sambar lengan dia macam lengan tu dahan pokok dekat hutan tu.

"Kejap.. You cakap apa tadi? Balik?" K pegang lengan Hakimi yang masih lagi tak menapak jauh. Dia agak tak suka perkataan tu hari ni. Nak-nak lagi bila sesuka hati dia je sambar lengan anak dara orang. Ingat lengan perempuan tu dahan kayu ke sesuka hati je usung ke hulu le hilir.

"Balik. Kita balik." Hakimi rentap perlahan tangan K yang tiba-tiba berpaut pada lengan dia. Mata langsung tak pandang anak mata yang tikam belakang kepala dia.

"Balik? Tak kesian dekat ummi ke apa you ni, ha?" K rentap kasar pula lengan Hakimi kali ni. Keras kepala Hakimi ni sekali-sekala kena dilayan dengan keras kepala juga.

"Sebab kesian la aku ajak balik. Kesian ummi kena tunggu lama macam ni. Aku lebih rela balik sekarang ni. Janji ummi senang." Hakimi Cuba lepaskan genggaman tangan K.

"Abang Kimi, apa ni? Lepas dulu boleh tak?" Nasib tak tersadung je bila kasut tinggi buat hal tersepak tar yang timbul-timbul. Tangan masih tak dilepaskan. Lepas ni confirm merah jugak lengan Reyhan tu.

"Rey diam. Ikut je abang." Kalut dia tarik lengan Reyhan bawa dia ke dalam pejabat.

"Senang dengan buat ummi kecewa? You dari alam mana ni, Hakimi? Tu tangan Rey tu, lepaslah. " K Mula guna reverse psychology. Dia tahu Hakimi tak suka kena layan dengan kenyataan songsang macam tu. Lagi sekali tangan Hakimi dia tarik ke belakang.

"K, tolong lah. " Hakimi cuba menapak lagi. Kali ni dia gandakan kelajuan. 

"Kenapa ni? Apa yang bising-bising ni, K? Rey?" Sampai juga Nina, Ihsan, dengan Khairi.

"Hakimi ajak kitorang balik." K dengan tegas bagi jawapan bila akimi 

Nina dah tergeleng perlahan. Khairi yang dekat belakang dah laju ke depan menyaingi Reyhan. "Aa-abang Kimi kenapa nak balik?" Dan-dan Khairi masuk campur. Ihsan apa lagi, dia cepuk juga la dua tiga kali belakang badan lelaki bercermin mata tu.

"Aku kesian dekat ummi tunggu lama sangat. Nak tunggu lelaki tu.. Hmphh.. Entah-entah dah lari balik England." Hakimi tak sorok lama. Terus dia lepas apa yang terbuku dalam hati. Biarlah pandangan orang dekat dia nanti. Asalkan Reyhan tak jatuh dalam tangan orang lain.

EZRAWhere stories live. Discover now